Author Topic: Sesi orientasi saya.  (Read 1088 times)

Kenichi Kageharu

  • Newbie
  • *
  • Posts: 3
    • View Profile
Sesi orientasi saya.
« on: February 16, 2013, 11:21:06 AM »
Ehem, ehem.....

Helo dan assalamualaikum dan konniciwa kepada semua ahli forum Pergh di sini. baiklah, tanpa membuang masa lagi, saya akan perkenalkan diri saya.

Pertama sekali, nama saya di sini ialah Kenichi Kageharu, tapi tu bukan nama sebenar saya. itu cuma nama untuk nama pena saya. buat masa sekarang ini, saya adalah lepasan tingkatan 6 yang sedang menunggu keputusan STPM. saya berasal dari negeri Johor.
saya minat bermain permainan video, terutamanya RPG dgn 'simulator'. saya juga minat membaca manga-manga Jepun , menonton anime (tapi tak selalu) dan kadang-kadang saya juga suka membaca novel detektif dan penyiasatan.

saya kini mempunyai minat untuk melukis manga anime. dan saya selalu praktis melukis watak anime untuk meningkatkan kemahiran melukis saya. oleh itu, saya membuat keputusan untuk menyertai komuniti forum Pergh bila saya dapat tahu ini adalah forum untuk artis-artis dan pelukis komik, haha. saya berharap agar saya dapat melibatkan diri di dalam komuniti tersebut di samping saya berharap agar mendapat ramai kawan di sini dan juga saya mahu mendapat tunjuk ajar daripada sasiapa di sini berkenaan pembelajaran dalam bidang melukis komik manga.

OK, itu saja yang saya boleh taipkan untuk pengenalan saya. Sekian.

p/s: ada tak siapa2 yang minat Steins;Gate? :D
Lawatilah laman DeviantArt saya di sini:
http://kenichi-kageharu.deviantart.com/

Arief_hardi

  • Junior Member
  • **
  • Posts: 168
    • View Profile
Re: Sesi orientasi saya.
« Reply #1 on: February 16, 2013, 02:42:31 PM »
Wassalam... selamat datang..... dan kalau rajin letak-letak lah hasil kerja disini ya :D

hkm

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1014
    • View Profile
Re: Sesi orientasi saya.
« Reply #2 on: February 16, 2013, 03:15:16 PM »
Ada tengok Steins;Gate, tapi setengah jalan. Selalu terlupa nak tengok. Tapi storyline dia agak best,heh.
Apa-apa pun, welcome to Pergh.com! :)

Kenichi Kageharu

  • Newbie
  • *
  • Posts: 3
    • View Profile
Re: Sesi orientasi saya.
« Reply #3 on: February 17, 2013, 11:14:43 PM »
Wassalam... selamat datang..... dan kalau rajin letak-letak lah hasil kerja disini ya :D

Insya'allah

Ada tengok Steins;Gate, tapi setengah jalan. Selalu terlupa nak tengok. Tapi storyline dia agak best,heh.
Apa-apa pun, welcome to Pergh.com! :)

haha. itulah. tak hairanlah kalau Steins;Gate dapat tempat no. 1 dlm anime award tahun 2011, sebab tema dia, aksi dia. tapi apa yg saya paling suka pasal anime ni ialah lagu dia. haha. apapun, terima kasih atas alu-aluan. :)
Lawatilah laman DeviantArt saya di sini:
http://kenichi-kageharu.deviantart.com/

melah melia

  • Newbie
  • *
  • Posts: 4
  • this is me!!!
    • View Profile
Re: Sesi orientasi saya.
« Reply #4 on: February 18, 2013, 07:23:41 PM »
hai....btw sy pon newbie here...so let share sumthing here k!!! :wink