Author Topic: RAKYAT BARU & PERSOALAN TEKA-TEKI KERJA SENI  (Read 628 times)

markpiet

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 538
  • Saudagar Cerita
    • View Profile
RAKYAT BARU & PERSOALAN TEKA-TEKI KERJA SENI
« on: April 04, 2013, 01:09:51 AM »
Sssalaamualaikum, sejahtera dan selamat tengahari, kepada semua rakyat Empayar Pergh.Com... Semoga kebahagian dari hal-hal kecil yang tidak diendah manusia lain menyinari hidup mu semua.

Aku adalah rakyat baru Empayar Pergh.Com. Baru hari ini dapat kerakyatan. Lalu aku meraikan dengan minum kopi Colombiana yang aromanya menendang-nendang sinar mata ku. Maka email ini ku taip, sebelum aku copy-paste ke dalam ruang pengenalan Pergh.Com. Ya, aku tulis dulu di tempat lain, bukan dalam ruangan ini. Ruangan ini adalah tempat pasting dan posting, begitulah andaian diri ini yang dumbass.

Aku mohon pengetahuan dari Tuan-Puan yang bijak sekelian... dengan soalan-soalan berikut:

(1) ARTIS/ INKER
Adakah di empayar Pergh.Com ini ada ARTIS/ INKER yang gayanya seperti Mike Mignola atau Frank Miller - yang suka bermain shadow & lighting & mood? Yang suasana karya miliknya bernada gelap, seram, misteri dan mistikal?...

(2) UPAH KERJA
Berapakah anggaran upah melukis (black & white) untuk 100 mukasurat grafik novel?... Ini maksudnya "tanpa perkongsian royalty", hanyalah "upah kerja", seperti pembunuh upahan atau pemain bola gantian.
Nota: script, panel & basic pencilling sudah disediakan oleh penulis.

(3) PERKONGSIAN ROYALTY - KELAS 'A'
Melalui perjanjian 'royalty breakdown' dengan pihak penerbit, pembahagian royalty akan dinamakan kepada penulis dan pelukis mengikut peratusan yang dipersetujui antara penulis dan pelukis.... Maka itu, jika tidak mampu mengupah, berapa percent perkongsian royalty perlu dibahagikan?

(4) PERKONGSIAN ROYALTY - KELAS 'B'
Berapa percent perkongsian royalty perlu dibahagikan jika penulis hanya memberi script kepada pelukis, dan pelukis mengolahkan panel sendirian, pencil sendirian, inking sendirian dan coloring sendirian?


Sangat dimuliakan jawapan dari Tuan-Puan sekelian.

Sekian terima kasih.

Wish you well and good luck in everything you do.
there r kids in here... in d forum, in us.