MUKA DEPAN | GALERI | CRB HALL OF FAME | PENGIKLANAN | HUBUNGI

Author Topic: Pelukis Bujal Terus Berkarya  (Read 4600 times)

alifstyle

  • Mods
  • Senior Member
  • *
  • Posts: 2859
  • Sangat percaya dirinya boleh terbang
    • View Profile
    • http://www.cartoonrama.com
Pelukis Bujal Terus Berkarya
« on: May 31, 2004, 01:46:17 PM »
petikan dari http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/T...cle/indexs_html

Pencipta Bujal terus berkarya

Oleh Riadz Radzi

DI KALANGAN pembaca yang pernah menatap komik Bujal pada tahun 80-an, anda mungkin pernah menatap watak kanak-kanak lelaki bermata bulat, berjerawat, berbaju belang dan berseluar pendek yang popular di kalangan kanak-kanak pada waktu itu.

Komik Bujal yang sarat dengan mesej berguna cukup laris dan ditatap kanak-kanak generasi itu.

Namun, tahukah anda siapa pelukis dan penciptanya? Dalam komik itu, pelukis terbabit dikenali dengan nama pena Nasah.

Bakat dan kredibiliti kartunis yang ada dalam diri Nasah membuatkan Bujal diterima ramai. Malah, sewaktu di sekolah, guru penulis pernah menjadikan Bujal sebagai contoh berikutan mesej yang disampaikannya.

Kini komik Bujal sudah berkubur. Namun, pelukisnya, Nasah atau Sharif Hasan, 58, masih lagi aktif melukis dan membuat lakaran.

Karyanya kini terpampang di ruangan Jawi, akhbar Harian Metro serta majalah Pendidik dan Cahaya terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Namanya mungkin tidak sepopular Datuk Lat atau kartunis generasi baru seperti Ujang, Gayour dan Aie. Bagaimanapun, nama Sharif sebaris dengan kartunis lama seperti Rejabhad, Halim Teh, Wahidi, Mishar dan Raja Hamzah. Sharif mempunyai sentuhan dan gaya tersendiri dalam menghasilkan kartun.

Kartun dan komik memang dekat dengan jiwanya ketika dia masih kanak-kanak lagi. Hasil dorongan gurunya, Yaacob Rais, dia bergiat cergas dalam bidang berkenaan seawal 1969.

Karya pertamanya tersiar dalam majalah Hiburan sebelum dia mendapat ruangan tetap, iaitu Renungan Hari Ini di akhbar Utusan Melayu dan Utusan Zaman.

Mulai 1973, Sharif bekerja dengan syarikat Suarasa yang menerbitkan majalah seperti Bujal, Anak Rusa Nani dan Rina. Dia kemudian menyertai syarikat penerbitan Raz Studio sebelum berpindah ke syarikat Graphic Comic pada 1995.

Selain bertugas di situ, Sharif berkarya untuk beberapa majalah lain seperti Gelihati, Kuntum, Mingguan Kanak-Kanak, Pelita Rakyat, Gema RTM dan Pemimpin dengan menggunakan pelbagai nama pena.

Di samping majalah, karya Sharif tersiar di akhbar Berita Harian dan Utusan Malaysia. Komik Ima dan Nizam, Pak We Malang dan Gurau Senda mengangkat namanya.

Bukan itu saja, Sharif juga aktif sebagai penulis ruangan di beberapa majalah seperti Majalah Filem, Berita Filem, Mastika Filem, Seni, Hiburan, Utusan Filem dan Fesyen.

“Sebenarnya saya dah nak bersara sejak 1996 lagi sebab keadaan kesihatan tak mengizinkan. Tapi seorang rakan kemudian mempelawa saya untuk bekerja secara kontrak dengan Utusan Melayu. Tawaran itu sukar untuk saya tolak dan saya kembali bersemangat walaupun tak berapa sihat,” kata Sharif.

Kini beliau dalam perancangan untuk mengumpul koleksi kartun Miau bertulisan Jawi yang disiarkan dalam Harian Metro dengan sasaran pembaca kanak-kanak.

Menurutnya, kanak-kanak mudah tertarik dengan watak kartun tanpa mengira apa bahasanya. Contohnya walaupun kartun itu disiarkan dalam bahasa Inggeris, Kantonis atau Jepun, mereka tetap menghayatinya dengan penuh imaginasi.

Baginya, penghasilan buku bergambar dan komik Jawi dapat menarik kanak-kanak untuk meminati tulisan Jawi. Ini terbukti ketika majalah Bujal yang diterbitkan dengan konsep sebegitu pada tahun 70-an dan 80-an mencatat jualan yang tinggi berbanding majalah kanak-kanak lain waktu itu.

“Sekiranya komik dapat diterbitkan dalam tulisan Jawi berserta watak yang boleh mengkagumkan kanak-kanak, saya yakin ia boleh menjadi serampang dua mata untuk pendidikan moral dan jawi sekali gus,” kata Sharif.

Bermula pada tahun 90-an, majalah kartun semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat dan ia terbukti apabila jualan majalah seperti Gila-Gila, Ujang dan Gelihati begitu tinggi. Kerjaya kartunis juga semakin dipandang tinggi dan ramai kartunis yang hidup selesa.

Bagaimanapun, Sharif berasa penerimaan masyarakat terhadap majalah kartun tidak seperti dulu berikutan jualan kebanyakan majalah komik merosot, malah ada yang gulung tikar!

“Ini mungkin kerana kemunculan banyak stesen televisyen yang menyiarkan kartun dan khidmat internet yang meluas. Tapi, saya juga melihat idea dan persembahan sesetengah kartunis baru kurang menarik. Mungkin ini juga antara faktornya,” katanya.

------------------------------------------------------------------------------------------

alif cakap;
secara jujur aku tak merasai zaman kegemilangan bujal dan juga percaya sebahagian anak muda di sini pun ada yang senasib dengan aku. errr ada sesiapa di sini boleh tunjukkan kartun tu kat sini? maap mungkin ni berita basi. cuma mahu sebar-sebarkan lagi berita ni... :)
pandangannya tentang keadaan kartun semasa juga boleh dikongsi bersama melalui artikel ni
« Last Edit: May 31, 2004, 01:47:12 PM by alifstyle »




- Pro and Premium Member's are free of this! -


stingray_flyz

  • Senior Member
  • ****
  • Posts: 3166
    • View Profile
    • PENYULAM MIMPI
Pelukis Bujal Terus Berkarya
« Reply #1 on: May 31, 2004, 03:58:14 PM »
thnx alif kerana meletak artikel yang sangat berharga ni...dulu kawan ada gak beli majalah BUJAL  bersama SALINA. tak tahu pulak nama sebenar Nasah ialah Sharif Hasan.. sayang sekali semua koleksi sudah dihapusmusnah.. kalo tidak marangkali dapat letak sekeping dua hasil karyanya... yang prominen kartun Nasah ialah dalam versi Jawi... BUJIL dalam majalah BUJAL. kartun yang disampaikan dalam BUJAL ialah dalam bentuk pengajaran.

barangkali ada warga pergh yang menyimpan koleksi BUJAL.    

ubder

  • Moderator
  • Senior Member
  • *
  • Posts: 3168
    • View Profile
Pelukis Bujal Terus Berkarya
« Reply #2 on: May 31, 2004, 04:48:15 PM »
Thanks alif..... nampaknya metro pun ada review dunia komik....  kalo jumpa lagi... boleh post sini.... aku tak baca metro.... :D  
one

"Tuez-les tous; Dieu reconnaitra les siens."
("Kill them all; for the Lord knoweth them that are His.")
-Albigensian Crusade

 Igitur qui desiderat pacem, praeparet bellum...
- Publius Flavius Vegetius Renatus

ICeSoul

  • Senior Member
  • ****
  • Posts: 4642
  • Imagineer
    • View Profile
    • ICeSoul web
Pelukis Bujal Terus Berkarya
« Reply #3 on: May 31, 2004, 06:01:53 PM »
aku rasa aku sempat merasa kegemilangan bujal ni
mcm biasa tetiba je dia ilang...
tp comeback diorg ni harap2 dpt sambutan
lagi2 diorg tgh kempen tulisan jawi tu

pendapat dia ttg penerimaan masyarakat terhadap komik tu kena bincang gak tu. "persembahan kartunis baru kurang menarik" .. hmm camana ye?  <_<  

adzakael

  • Moderator
  • Senior Member
  • *
  • Posts: 3059
  • Boтум Cэпaратум
    • View Profile
    • http://www.adzakael.com
Pelukis Bujal Terus Berkarya
« Reply #4 on: May 31, 2004, 06:07:33 PM »
tang kurang menarik tu pon mcm ade betul jugak.
tapi susah jugak nak predict ape yg bakal in dan yg bakal out
dlm dunia media popular ni.

well,nampaknye kene gamble la sape2 yg terlibat tu, kotnye la...

                        иаи Таворищ, соединяйтесь!
               
 What Man is a Man Who Does Not Make The World Better?
P 1:48,G 1:5, P menang,150000th post,i made that one

madstone

  • Ultra Member
  • *****
  • Posts: 7970
  • Penorrent Berjaya
    • View Profile
Pelukis Bujal Terus Berkarya
« Reply #5 on: May 31, 2004, 10:58:42 PM »
majalah Bujal
tempat aku mengasah bakat mewarna
selalu dpt hadiah saguhati RM5 inggit masa tuh...

tapi aku suka majalah Bujal
masa tu tahun 80-an

WAVE RIDER

  • Moderator
  • Ultra Member
  • *
  • Posts: 5926
    • View Profile
Pelukis Bujal Terus Berkarya
« Reply #6 on: May 31, 2004, 10:59:39 PM »
BUJAL ada zawawie HO.. ismail AH... jamal.. s zain (power mcm omputih.. misteri. penyiasatan..suka main bayangan.. )  dan ada pelukis wanita... sorang tue.. lupa nama dia...

Ada satu watak mcm SUPER TUAH... tapi hitam putih by Ismail AH

ada AYU WATi by zawawie HO.. komik pendekar yang paling au minat dan ingat!!

sekali sekala depa contribute untuk FANTASI. (zawawi dan Ismail..)

dan selebihnya artikel2 ... cerpen.. ruang agama.. tokoh agama... ruang bahsa inggeris.. uji IQ.. dan AGEBU... (aku geng bujal...) - dengan biodata dan gambar2 pembaca Bujal..  

Nasah penah melukis untuk berita minggu... zaman2 Gopa buat komik pasal Toyol dan Tarzidi melukis Badang.. ruang komik warna hari minggu... zaman2 awal 1980-an..

Untuk apa yg disuarakan oleh beliau. tak payah la amik berat sangat.. biasalah pertembungan beberapa generasi nie..  budak skang kalau baca BUJAL pun tak amused... dan Nasah mungkin mmg tak buleh terikut dengan gaya komik2 sekarang... tatau la komik mana satu yg dia maksudkan....
anggapla mcm keluhan Pak Jakpo haritue..
« Last Edit: May 31, 2004, 11:09:47 PM by WAVE RIDER »
"Everybody runs.. Fletcher.. everbody runs..."

madstone

  • Ultra Member
  • *****
  • Posts: 7970
  • Penorrent Berjaya
    • View Profile
Pelukis Bujal Terus Berkarya
« Reply #7 on: May 31, 2004, 11:01:30 PM »
kena check ada lagi tak simpanan majalah SALINA dgn BUJAL tuh
tak silap SALINA ader la
BUJAL tatau plak ader ke tak...
hmmm alahai...

hairi

  • Senior Member
  • ****
  • Posts: 2639
    • View Profile
    • wanzu's
Pelukis Bujal Terus Berkarya
« Reply #8 on: June 01, 2004, 01:45:13 AM »
hahaha wave ingat lagi AGEBU...

aku tak merasa sgt keBUJALan time kecik2 dulu...
main baca2 yg sepupu aku beli je hehehe

kalau tak silap lukisan NASAH still ada sikit dlm majalah ASUH terbitan galeri ilmu


nuqarribu kulla ba'ied

WAVE RIDER

  • Moderator
  • Ultra Member
  • *
  • Posts: 5926
    • View Profile
Pelukis Bujal Terus Berkarya
« Reply #9 on: June 01, 2004, 02:10:11 AM »
:lol: hai mestilah sbb bapak aku soh tulis surat untuk sorang kawan perempuan yg letak gambor dia ruangan AGEBU (aku geng bujal)  kat situ.. surat aku berbalas ahahaha.. kalau tak silap awek tue dr johore!! aahahaha... sekali dua je berutus surat.. tak sampai besar.. ahahaa..   mesti da kawin budak tue skang yer? hiiih..  
"Everybody runs.. Fletcher.. everbody runs..."

darkkiller

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1903
    • View Profile
    • http://www.zanphotodesign.com
Pelukis Bujal Terus Berkarya
« Reply #10 on: June 01, 2004, 07:17:37 AM »
aku pernah baca Bujal ni masa aku tadika atau darjah 1..tak berapa ingat..budaknye mata besar..nak kata karakter tu lawa taklah..tapi memang penuh mesej yg best2 untuk budak-budak..pasal tu aku minat baca bujal...entah kat mana komik tu...dah jadi abu kot..

ada lagi karakter buaya tuu..aku tak ingat sama ada pelukis bujal yg buat atau orang lain...

bila teringat komik ni..aku teringat kartun Smurf,sang kancil dan buaya dan seekor arnab dgn kura-kura..nostalgia betul....
zanphotodesign.fotopages.com

ubder

  • Moderator
  • Senior Member
  • *
  • Posts: 3168
    • View Profile
Pelukis Bujal Terus Berkarya
« Reply #11 on: June 01, 2004, 08:34:53 AM »
mesej best-best...... sesuatu boleh dipelajari di sini....
one

"Tuez-les tous; Dieu reconnaitra les siens."
("Kill them all; for the Lord knoweth them that are His.")
-Albigensian Crusade

 Igitur qui desiderat pacem, praeparet bellum...
- Publius Flavius Vegetius Renatus

rio

  • Senior Member
  • ****
  • Posts: 2004
  • animangoStudio
    • View Profile
    • rio's artscape
Pelukis Bujal Terus Berkarya
« Reply #12 on: June 01, 2004, 11:06:22 AM »
nostalgia BUJAL ni masa aku sekolah rendah rasanya... RM1 senaskah... kira berkemampuan la untuk golongan miskin macam aku masa tu, sebulan sekali... bolehlah kumpul lebihan duit belanja sekolah sikit2! aku ingat satu2nya bahan bacaan aku zaman sekolah rendah BUJAL la... tak mampu masa tu nak beli GG, GH, etc. aku rasa masa tu CEpun terbitkan BAMBINO yg lebih berwarna-warni... dah dh tentu lebih mahal... aku tak mampu!

teringat dlm tu ada komik binatang, komik buah, komik jawi, etc. isk... syahdulah plak rasanya teringat zaman kanak2 nih!  :unsure:  
« Last Edit: June 01, 2004, 11:07:22 AM by rio »
:: The Art of Exchanging Saliva is Trust! ::
http://riorashid.blogspot.com

Leydi (R)

  • Senior Member
  • ****
  • Posts: 2100
    • View Profile
    • http://
Pelukis Bujal Terus Berkarya
« Reply #13 on: June 01, 2004, 11:18:09 AM »
Wak Segan songkok senget tu sapa lukis aaa?..pas tu ada satu karektor kepala botak..Bujul ke namanya?

madstone

  • Ultra Member
  • *****
  • Posts: 7970
  • Penorrent Berjaya
    • View Profile
Pelukis Bujal Terus Berkarya
« Reply #14 on: June 01, 2004, 12:05:59 PM »
Bujil rasanya

WAVE RIDER

  • Moderator
  • Ultra Member
  • *
  • Posts: 5926
    • View Profile
Pelukis Bujal Terus Berkarya
« Reply #15 on: June 01, 2004, 10:12:15 PM »
dalam Bujal ada Wak Sengih ke Wak Segan... then ada dia nyer kengkawan- Lina, ada sorang muka mcm Bujal tanpa jerawat... dan yg botak tue nama dia Dogol...(selalu gaduh ngan bujal..)  then ada budak2 kampung yg da tua2 mcm Karim... (peminat lagu nam ploan)... ada Cikgu Markonah yg seksi.. ada Gopal ke Raju.. nama dia.. kawan watak India...

Bambino pulak ada Abu, Moli, Rajoo... sapa lagi tah tak ingat... budak bandar..

Bujal pulak budak kampung...

Bujil yg pakai songkok... mess.. tak pakai baju.. muka serabut selalu dengan kain pelikat... the one dengan ruang mukasurat jawi..
 
"Everybody runs.. Fletcher.. everbody runs..."

WAVE RIDER

  • Moderator
  • Ultra Member
  • *
  • Posts: 5926
    • View Profile
Pelukis Bujal Terus Berkarya
« Reply #16 on: June 01, 2004, 10:25:01 PM »
Set2 binatang yang berpakaian tradisional tue .. (ular pakai songkok.. tikus pakai baju melayu lengkap samping) dengan nama2 singkatan binatang tue sbg nama kerekter.. ada dua pelukis.. sorang Jamal.. (yg lukis tersangat la halusnya... dan menghias banyak ruang artikel..) sorang lagi S. apa ke apa nama dia.. tah aa... mcm salah je ... nak  bubuh S. Mizi takut tersalah.. entah laa..  
"Everybody runs.. Fletcher.. everbody runs..."

stingray_flyz

  • Senior Member
  • ****
  • Posts: 3166
    • View Profile
    • PENYULAM MIMPI
Pelukis Bujal Terus Berkarya
« Reply #17 on: June 03, 2004, 10:26:24 AM »
wave : :
ko ada tak lagi simpam majalah lama RINA? kalo ada tolong scan cover tu dan tolong attach kat thread madstone, boleh kan?
 

WAVE RIDER

  • Moderator
  • Ultra Member
  • *
  • Posts: 5926
    • View Profile
Pelukis Bujal Terus Berkarya
« Reply #18 on: June 03, 2004, 03:50:33 PM »
mano ado... sorry aaa...

RINA ke SARINA?
"Everybody runs.. Fletcher.. everbody runs..."

-Mok-

  • Junior Member
  • **
  • Posts: 224
    • View Profile
Pelukis Bujal Terus Berkarya
« Reply #19 on: June 03, 2004, 03:59:30 PM »
MARINA kot............

atau pun maria mariana

 




cedko
pergh

Promote Your Page Too
Pergh @ Twitter