Author Topic: Mari Cakap Pasal Superman!  (Read 15153 times)

Vulpine Ninja

  • Senior Member
  • ****
  • Posts: 2020
  • Back... but not really.
    • View Profile
    • WTF
Mari Cakap Pasal Superman!
« Reply #20 on: April 25, 2006, 06:48:21 PM »
Aku ada tengok movie Superman lakonan Reeve...
masa dia pi mana ntah... north pole? Yg dia jumpa muka bapak dia... Baju dia dah disediakan kat situ... :blink:

Masa dia gia kena interview oleh Louis Lane ade ke selamba je gitau X-ray vision dia tak leh tembus melalui plumbum... <_< . kan dah kuar kat surat khabar...
pastu siap ada lagu lak mcm filem hindustan  :lol:

Kalo dlm smallville (yg aku jarang tengok) aku suka masa part ada budak psikik tu. Lex kumpul komik pasal superhero menentang kawan baik dia yg dah jadi jahat, pastu budak psikik tu said something like, "You should remember that"... (sorry aku dah lupa da...)

[/align]

WAVE RIDER

  • Moderator
  • Ultra Member
  • *
  • Posts: 6628
    • View Profile
Mari Cakap Pasal Superman!
« Reply #21 on: April 26, 2006, 02:31:44 AM »
Superman yg besh dan Geng2 JLA yg besh dilukis oleh Jerry Ordway, John Byrne tahun 1980-an then..

masuk 1990an- mereka yg "membunuh" SOpomen dan melahirkan karakter seperti Waverider, Linearmen, Steel, Metal Men.. pada tahun 1990an iaitu Dan Jurgens dan Brett Breeding juga Bogdanove.. jugak Stuart Immonen mesti bersama sorg tu.. (lupa pulak pairing dia yg besh dulu tue...)- Marzan Jr. ke..  

korg pergi aa cari SUPERMAN COVER TO COVER... kot laa da sampai kat Kino.. sbb BATMAN COVER TO COVER sangat laris di US dulu.. sebarisan cover yg menghiasi komik nie diabadikan dalam satu buku!! Try!!

yg ko sembang td mcm SUPERMAN filem pertama jer Vulpine..

bg aku.. mcm Kimball ckp..sapa la  Superman tanpa BIG S emblemnya tue..

bagi aku Sopomen is more than a red spandex icon.. nak2 akhir2 ni dia dan Iron Man digunakan sebagai ikon US yg semangat plak dengan ungkapan For Truth, Justice and The American Way pas tragedi 9/11 tue... poyooo..

tapi kekagoman aku thdp heroicnya alien seperti yg tak "dipuehatikan" oleh Invic nie.. (terpk gak ako aghahah..) tak penah berakhir.. lagi2 moment aku tgk SUPERMAN filem pertama bersama Bonda dan Ayahanda aku tak bleh dierase.. lagi2 moment dia holding Lois Lane jatuh dr bangunan.. (then inspired SPIDRMAN 1.. tapi x cukup moment..) dan moment dia selamatkan budak kecik kat air terjun Niagara...

tabesh kalau tak hayati tanpa image nie... bawah nie imej dr ACTION COMICS 800 lokesan oleh Drew Struzan

[attachment tidak dipindahkan semasa pemindahan server]
"Everybody runs.. Fletcher.. everbody runs..."

ALYRIDURA

  • Moderator
  • Senior Member
  • *
  • Posts: 4861
  • rajin+dedikasi+cekal = radikal
    • View Profile
    • komikajif
Mari Cakap Pasal Superman!
« Reply #22 on: April 26, 2006, 01:25:03 PM »
superman ni pada aku takdela menyengat mana
cume suka ceta hero2 ni
aku tak bape suke bilamana superman pusing bumi utk mengubah sejarah
tu yang aku tak suka.

bila kuar siri smallville tu aku barula rasa minat sangat.
minat atas sebab camne diorang olah kehidupan masa remaja clark kent tu
tapi ramai plak yang freak utk menentang keadaan.
saje je buat duit lebih panjang2kan season. cis

smallville tu pun cam nak wujudkan JLA secara tak langsung
best jugak.

Vulpine Ninja

  • Senior Member
  • ****
  • Posts: 2020
  • Back... but not really.
    • View Profile
    • WTF
Mari Cakap Pasal Superman!
« Reply #23 on: April 26, 2006, 01:41:21 PM »
Quote
superman ni pada aku takdela menyengat mana
cume suka ceta hero2 ni
aku tak bape suke bilamana superman pusing bumi utk mengubah sejarah
tu yang aku tak suka.
Tu lar pelik sangat. Super habis la tu  :lol:

WAVE>> mmg aku ckp pasal filem petama pon...

[/align]

alifstyle

  • Mods
  • Senior Member
  • *
  • Posts: 2862
  • Sangat percaya dirinya boleh terbang
    • View Profile
    • http://www.cartoonrama.com
Mari Cakap Pasal Superman!
« Reply #24 on: April 27, 2006, 09:23:49 AM »
aku mengharapkan SMALLVILLE akan menjawab beberapa perkara
- mengapa superman pakai kostume seperti sekarang.
- bagaimana clark boleh lindungi identitinya dengan hanya memaki cermin mata
- bagaimana dia boleh serius untuk komitmen menjadi superhero

Sebab itu siri Smallville menjadi siri yang paling best. mungkin siri ni akn berlanjutan hingga season 6 (pasal sekarng season 5). jika benar, rekod ni akn susah nak dipecahkan kerana siri Louis and clark adventure sahaja hanya setakat season 4 (betulkan aku kalau silap).

aku masih minat giler ngan watak superman! Malah, masa aku kecik-kecik dulu pernah fikir, kalau aku masuk syurga... aku nak masuk dalam dunia di mana i situ akulah superman. Semua orang takut dan suka aku... hahahha... aku sure pasti rami lagi pernah terfikir macam ni.

p/s: masa aku taip ni, dalam baju kemeja ku ada baju t-shirt superman.

ALYRIDURA

  • Moderator
  • Senior Member
  • *
  • Posts: 4861
  • rajin+dedikasi+cekal = radikal
    • View Profile
    • komikajif
Mari Cakap Pasal Superman!
« Reply #25 on: April 27, 2006, 12:30:41 PM »
smallville akan berlanjutan hingga musim ke 6... kot
dalam preview diorang nak kuarkan watak Bruce Wayne, Wonder Women wahhaha... best tu tambah plak akan watak2 lain dalam JLA

producer Smallville ni mmg ade hati kot nak buat JLA

 

kimBall

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1143
  • Avatar Hideki Go
    • View Profile
Mari Cakap Pasal Superman!
« Reply #26 on: April 27, 2006, 01:27:39 PM »
hahahaha,
-aku mmg minat superman sebab Clark Kent adalah "Alter Ego" Superman sebenarnya,

-satu lagi sebab Jonathan and Martha la Superman yg sebenarnya,sebab walaupun superman dari planet lain,alien tetapi dia dibesarkan ngan nilai2 murni yang diajar dan dipupuk oleh Jonathan and Martha Kent dlm diri superman sebagai Clark Kent. Jadi bila dia jadi hero,dia sedar akan erti TANGGUNGJAWAB,JUJUR,TIDAK MENGKHIANATI kawan2 ataupun musuh2 dia,BERANI "menghadapi masalah", ......lagipun Goku pun bukan orang bumi jugak,sama macam Ultraman,tapi apabila hero2 ni berada di bumi,diaorg dididik oleh nilai2 murni sebagai seorang manusia melalui mentor2 mereka...macam superman,Jonathan and Martha....

-kesimpulanya.pada aku,superman ni kuat sebab dia disemai ngan sifat Kasih dan Sayang aje,Ikhlas...sebab tu dia leh jadi ketua Justice League...macam Batman,walaupun dia hero,tapi dia jadi hero atas dasar nak membalas dendam,clark sebab dididik....dipupuk ngan sifat2 yg terpuji...jadi sebab tu sampai skang pun walaupun pakai spender kat luar tapi dia still hero nombor satu,

so pada aku superman ni bukan setakat spender ngan cape aje la,better interprate la dulu,tak kisah la apa2 citer pun....

P/s : klu superman "JUstice ,truth and the American way".......(kat american way tu aku x gemar skit tapi hero ni diaorg cipta,so nak buat mcmana...), Thundercats lak....Justice, truth ,Honor and loyalty, The code of Thundera....jadi prinsip2 ni yg membuatkan hero2 ni best dan kekal evergreen..........Shuawwccthhhhh ( ultraman nye bunyi) !!!!!

TQ alif and wave, :D

alifstyle

  • Mods
  • Senior Member
  • *
  • Posts: 2862
  • Sangat percaya dirinya boleh terbang
    • View Profile
    • http://www.cartoonrama.com
Mari Cakap Pasal Superman!
« Reply #27 on: April 27, 2006, 01:57:36 PM »
Quote
... superman ni kuat sebab dia disemai ngan sifat Kasih dan Sayang aje,Ikhlas...sebab tu dia leh jadi ketua Justice League...macam Batman,walaupun dia hero,tapi dia jadi hero atas dasar nak membalas dendam...
 
pergh! Hujah yang menarik.

Kalau nak diikutkan. Superman adalah superhero paling mudah dikalahkan.
nenek tua yang pakai rantai batu kryptonite pun boleh bunuh superman.

dalam dunia justice league. Semua batu kryptonite disimpan di bilik kebal sebagai
keselamatan dunia. So... satu dunia dah tau kelemahan superman. tapi mereka masih hormat pada superman.

pasal apa?

berbalik pada kata Kimball itu....

 

PhoenixByte

  • Moderator
  • Ultra Member
  • *
  • Posts: 7420
  • RCW
    • View Profile
Mari Cakap Pasal Superman!
« Reply #28 on: April 27, 2006, 02:55:10 PM »
Sama jugak macam polis biasa, kita tau kelemahan diorang kena tembak / cucuk pisau mati, tapi takdelah kita nak pergi beli pistol atau bawak pisau pergi bunuh polis. Kalau orang tu dah psycho, dia nak bunuh, dia bunuh jugak dgn apa cara sekalipun. :)

Kalau semua org hormat dia, tak perlulah batu kryptonite tu disimpan dlm bilik kebal kan? Diorang ada antara takut / suka...sbb dgn batu kryptonite yg bermacam2 tu..superman jugak boleh jadi psycho yg teramatlah psycho.
« Last Edit: April 27, 2006, 02:56:51 PM by PhoenixByte »

alifstyle

  • Mods
  • Senior Member
  • *
  • Posts: 2862
  • Sangat percaya dirinya boleh terbang
    • View Profile
    • http://www.cartoonrama.com
Mari Cakap Pasal Superman!
« Reply #29 on: April 28, 2006, 09:33:55 AM »


Klasik:
Sedutan dari Superman 3. Kesan dari batu krypton merah (betulkan aku kalu silap). Oh... very klasik! aku sangat suka gambar ni.
 

kimBall

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1143
  • Avatar Hideki Go
    • View Profile
Mari Cakap Pasal Superman!
« Reply #30 on: April 28, 2006, 07:54:38 PM »
pastu superman jentik kacang, tuju botol2 arak bagi pecah...agaknya Alex Ross dapat idea buat Superman versi Kingdom Come dari sini kut,ada uban kit kat rambut superman,pastu costume superman masa ni jadi gelap,warna merah dah jadi mcm costume superman return. lepas jentik kacang,superman terus berlawan ngan clark kent lepas kena tegur ngan anak lana lang, :D

WAVE RIDER

  • Moderator
  • Ultra Member
  • *
  • Posts: 6628
    • View Profile
Mari Cakap Pasal Superman!
« Reply #31 on: April 28, 2006, 11:37:48 PM »
SUPERMAN 3 mmg besh.. dan diingati ramai sbb dia lawan darkside dia yg da merepek lps jumpa Kryptonite mat black  tue showed kat dia..

tapi bg aku dr ke empat2 filem tue kesemuanya ada kebeshan dia tersendiri..

1 sbb bermula segalanya..

2 sbb crook dr planet dia dtg..

4 sbb ringan.. kelakar... Lois ada pesaing sexy dan terbitan Reeve bersama..

tp untuk tgk betapa heronya seorang Reeve... korg kena la tgk remake citer alien VILLAGE OF THE DAMNED.. (1995..) lawan2 minda dengan anak2 alien... x pasti dia jatuh kuda dulu ke,. filem nie naik dulu..  
   

[attachment tidak dipindahkan semasa pemindahan server]
« Last Edit: April 28, 2006, 11:52:24 PM by WAVE RIDER »
"Everybody runs.. Fletcher.. everbody runs..."

alifstyle

  • Mods
  • Senior Member
  • *
  • Posts: 2862
  • Sangat percaya dirinya boleh terbang
    • View Profile
    • http://www.cartoonrama.com
Mari Cakap Pasal Superman!
« Reply #32 on: May 03, 2006, 12:37:56 PM »
ooo.. cerita tu pernah ditayngkan di Tv3. ceritanya best. reeve jadi hero
tanpa memiliki tenaga luar biasa. Intro cerita ni memang best. bayangkan.
satu bandar pengsan pada siang hari. dan bila sedar je, semua manusia perempuan mengandung. tup-tup.. semua anak mereka dilahirkan seperti gambar di atas.

Kenapa superman pakai spender merah di luar?

Pertama sekali, itu bukan spender, tapi corak pada seluar superman (aku dapat tahu ni dari majalah Jom dan aku gembira mengetahuinya)

kedua, merah tanda berhenti. maka, sekiranya superman terbang, burung atau kapal terbang akan berhenti apabila nampak superman (pasal nampak warna merah pada spender superman). boleh elak eksiden.

Kenapa superman pakai mantel labuh di belakang?

Pasal asalnya dia dapat kostume di antartik. kat situ sejuk. jadi mantel labuh
itu digunakan untuk dijadikan selimut. (ni aku main tibai je...)
« Last Edit: May 03, 2006, 12:43:41 PM by alifstyle »

WAVE RIDER

  • Moderator
  • Ultra Member
  • *
  • Posts: 6628
    • View Profile
Mari Cakap Pasal Superman!
« Reply #33 on: May 15, 2006, 07:37:14 PM »
they said... apart Jews mmg mengimpikan savior seperti Messiah.. Prague maka melahirkan SOpomen... ada jugak influence lain SUperman dr komik seperti di bwh...

sebelum SUperman ada Tarzan dan mamat nie.. Doc Savage.. (aku penah dengo nama jer.. tak penah have lagi.. kalau Tarzan tue biasa la jumpa..)

di bwh nie dr Wikipedia ttg siapa itu Doc Savage... antara ciri kental yg dekat nak sama ialah dia pun ada Fortress of Solitude, alias dia ialah Man of Bronze dan nama dia pun Clark.. Clark Savage..

sebagaimana Bob Kane inspired dr Zorro untuk melahirkan Batman dengan tempat dia menyorok: Batcave..


Quote
The character was created by Street and Smith Publications executive Henry Ralston and editor John Nanovic, but fully realized by Lester Dent, who wrote most of the 190 short novels in the series, which originally ran from 1933 to 1949, published by Street and Smith and now owned by Condé Nast Publications. The "house name" of the author was Kenneth Robeson. The final eight novels were written in the early 1990s by novelist Will Murray and published under the house name.

After the development of Henry W. Ralston and the further treatment by Lester Dent, Doc Savage almost became a Superman in the fight against the evildoers of the world. Dent, who wrote most of the 190 novels, described the hero as cross between Sherlock Holmes with his deductive abilities, Tarzan with his outstanding physical abilities, Craig Kennedy with his scientific education, and Abraham Lincoln with his goodness.

Doc Savage, whose real name is "Doctor. Clark Savage, Jr.", also known as "the Man of Bronze", is a physician, surgeon, scientist, adventurer, inventor, explorer, researcher and musician - a renaissance man. A team of scientists (assembled by his father) trained his mind and body to near-superhuman abilities almost from birth, giving him great strength and endurance, a photographic memory, mastery of the martial arts, and vast knowledge of the sciences. "He rights wrongs and punishes evildoers."

He resides on the top floor of a New York City skyscraper, implicitly the Empire State Building. Doc owns a fleet of cars, trucks, aircraft, and boats which he stores at a secret hangar on the Hudson River, under the name The Hidalgo Trading Company. He sometimes retreats to his Fortress of Solitude in the Arctic. All of this is paid for with gold from a Central American mine the natives gave his father and his father left to him.

Dent based the look of Doc Savage on the film actor Clark Gable. His height and weight varied, with most of the books listing his height as 6 ft 6 in (1.98 m). Reprint book covers by illustrator James Bama depict Doc as a muscular man with bronze skin and a crew cut with a pronounced widow's peak, usually wearing a partially ripped shirt. Bama based his version of Doc on model/actor Steve Holland.

   


[attachment tidak dipindahkan semasa pemindahan server]
« Last Edit: May 15, 2006, 07:39:47 PM by WAVE RIDER »
"Everybody runs.. Fletcher.. everbody runs..."

batmanbegins

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 953
  • aku suka komik!
    • View Profile
    • blogku
Re: Mari Cakap Pasal Superman!
« Reply #34 on: July 07, 2006, 03:44:29 PM »
Assalamualaikum

...bile citer je pasal superman, teringat aku masa kecik2
dulu, bapak aku bwak kitaorg sekeluarga tengok Superman the Movie(christopher reeves/CR) di panggung kat Pj. Aku pun dah xinagt panggung aper...time tu le aku baru kenal superman...(walaupun aku takleh nak tgk, sebab kple pening dan terus MUNTAH....wek...wek)

tapi bile aku g tengok superman returns baru2 ni...aku jadi frust sebab xboleh nak beat superman era CR. Kira superman returns ni menang tang efek je le. Dari segi pembinaan watak, brandon routh masih gagal utk menyaingi C.reeves.Kalau tgk part dia jadi clark dan superman, hampir same.  Same le jugak dengan Kate bosworth still tak leh nak beat margot kidder...

Lagi satu story line dah mula merepek sebab dia dah ada anak. seingat aku, mase superman 2, clark mendedahkan identiti dia kat lois dan diaorg ehem2 kat fortress of solitude. tapi end of the story, clark wat satu kissing kat lois dan lois hilang ingatan dan xtau sape clark yg sebenarnyer...

tapi dlm S.returns, lois tau pulak yg anak dia tu anak dia ngan superman. confius aku. Ape2 pun C.reeves masih seswai utk lakonkn watak suparman....eh superman.

dan bagi aku, Story line Batman begins lis the best bile movie ni wat comeback dalam banyak2 movie batman! :mellow:

alifstyle

  • Mods
  • Senior Member
  • *
  • Posts: 2862
  • Sangat percaya dirinya boleh terbang
    • View Profile
    • http://www.cartoonrama.com
Re: Mari Cakap Pasal Superman!
« Reply #35 on: July 07, 2006, 04:40:37 PM »
Cerita Superman Return best giler!
tetapi sekiranya mahu dibandingkan dengan superman11, memang tak boleh celen. Namun Superman Return masih cerita yang menarik untuk ditonton berulang kali.

btw, louis lane masih tak tahu clark kent adalah superman dalam superman return. Ciuman clark kent dalam filem sebelum mungkin hanya untuk memadamkan memori louis lane berkenaan identiti clark kent atau entahapakebendantah. Tetapi, kita tahulah result ciuman dalam superman return. Melalui filem terbaru ni, kita boleh buat kesimpulan, ciuman tu hanya buang memori louis berkenaan identiti clark. pening? itulah kuasa superman. hohohohoho....


RAHSIA DI SEBALIK SIMBOL SUPERMAN



Warna:
Dikelilingi warna biru melambangkan keberanian. Simbol di tengah diwarnakan merah dan kuning adalah symbol darah dan daging. Juga boleh ditafsirkan sebagai warna matahari. Matahari adalah sumber tenaga bagi kehidupan.

 
Huruf:
‘S’ di situ lebih terkenal sebagai ‘Superman’. Ia juga boleh diertikan sebagai Sun (matahari). Matahari adalah simbol harapan / tenaga / kegembiraan.

Mengikut sejarah, simbol ‘S’ ini adalah simbol keluarga Kal-El (Superman). Ia juga mungkin bermakna ‘Scientist’ kerana keluarga Kal-El(Superman) adalah keluarga saintis yang terkenal di Krypton.

 
Bentuk:
Garisan luar berbentuk Diamond (berlian) membawa maksud kekebalan (berlian lebih kebal berbanding besi). Juga bermaksud kemasyuran. Seterusnya, cuba anda kira sudut yang berwarna kuning yang selari dengan garisan merah di luar. Ada 4 sudut, bermakna mewakili 4 sudut dunia (Utara, Selatan, Timur dan Barat). Selanjutnya, perhatikan bentuk bewarna kuning paling bawah sekali (di bawah bentuk ‘S’). Ia berbentuk segitiga yang merujuk arah ‘bawah’. Ia membawa maksud sembunyi / senyap / tekanan.

 
Kesimpulan:
Itu adalah simbol milik keberanian seorang yang suka membawa kegembiraan, menolong, dan pemberi harapan. Walau apa jua dugaan, dia tetap cuba kebal hadapi dugaan. Ia kelihatan masyur, tetapi dia lebih suka bersembunyi walaupun tertekan dengan apa yang dimilikinya. Bukan mudah menjadi pemilik simbol ini


petrakhus

  • Super Moderator
  • Senior Member
  • *
  • Posts: 4376
  • Penternak kambing digital, DuaCuttyVFX
    • View Profile
Re: Mari Cakap Pasal Superman!
« Reply #36 on: July 08, 2006, 04:41:57 AM »
"S" mungkin sardin?...

thanks for the info.. sungguh best dibaca alif.
.hanya artis biasa.

PhoenixByte

  • Moderator
  • Ultra Member
  • *
  • Posts: 7420
  • RCW
    • View Profile
Re: Mari Cakap Pasal Superman!
« Reply #37 on: July 08, 2006, 10:31:42 AM »
Sbnrnya aku respek giler mak angkat clark ni leh design baju yg kalis api dan peluru ni. Tgk je la dlm superman returns tu...kena tembak pakai rail gun tu..tak koyak pun.

batmanbegins

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 953
  • aku suka komik!
    • View Profile
    • blogku
Re: Mari Cakap Pasal Superman!
« Reply #38 on: July 10, 2006, 12:38:30 PM »
tapi pelik gak...kena tembak ngan rail gun besar, baju superman langsung tak koyak, tapi masa superman pengsan kat spital, doktor leh koyak baju superman ngan sekali tarik jer... kot2 superman returns ni pakai baju cap ayam kot.

tapi tulah...part superman ada anak pulak yag xleh nak terimer....apa daa?

Skynet

  • Moderator
  • Senior Member
  • *
  • Posts: 4601
    • View Profile
    • http://www.firdausradzi.com
Re: Mari Cakap Pasal Superman!
« Reply #39 on: July 10, 2006, 05:39:50 PM »
apa yg aku tau pasal Superman ni..masa dia guna power dia..lari/terbang apa2 yg melibatkan pergerakan sejenak..dia diliputi aura utk mengelakkan baju2 dia koyak rabak...kira logik..masa dia pengsan..power dah takde kot..senang la koyak baju...

tapi seingat aku..baju Superman mmg asal dari planet asal dia...sbb dlm Superman 1 bapak/mak dia letak baju tu sebelah dia dlm spaceship tu kot masa nak antar dia ke bumi...ntah ler...