Author Topic: Yaaa....Kami kembali Lagi. Sahabat yang suka makan kuih Kole Kacang.  (Read 4531 times)

Panaharjuna

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1007
    • View Profile
    • http://panaharjuna.scriptmania.com
Terimakasih kepada pihak PTS kerana telah memberi kepercayaan sekali lagi kepada Icesoul dan Aku untuk menerbitkan buku yang kedua bertajuk sahabat Kole Kacang Jiwa Pendekar. Kisah separuh benar ini terjadi kepada saudara pelukis (mengikut sumber-sumber gosip yang kurang pasti) dimana ilmu pertarungan yang dipelajari dalam kisah SAHABAT KOLE KACANG-JIWA PENDEKAR itu adalah diwarisi dari seorang tok guru buta. Namun kerana kesuntukkan waktu untuk menamatkan perguruan, saudara Icesoul telah terbelajar satu tumbukan terlarang yang sepatutnya tidak diajarkan kepada sesiapa pun, iaitu "tumbukkan kuda gila", Yaaaaa....tumbukan inilah yang saudara pembaca semua akan dapati di gunakan oleh Shafie dalam pertarungan separa maut yang terjadi di Kebun Pisang itu.

Yaa...,watak Shafie di dalam kisah ini adalah watak hero ya tuan-tuan, walaupun tuan-tuan dan puan-puan akan sedikit keliru dan akan terbengong seperti encik 'pembaca yang prihatin , saudara SENGAT PANCARAN' apabila terbaca muka surat 204 , kerana mendapati hero dengan tak semena-mena telah di berkas oleh pihak polis, sebenarnya pihak polis itu hanyalah membuat lawak sahaja. (Tidak diceritakan didalam buku)

"Biasalah.., kalau saya tak tangkap hero, atau pun kawan hero, nanti tak sensasi pula cerita pula cerita SAHABAT KOLE KACANG JIWA PENDEKAR ini, jadi UNTUK itu.."

"Oppp....bukan UNTUK, tetapi BAGI..."tiba-tiba, satu suara yang terselindung di belakang orang ramai yang lalu lalang di kawasan kejadian pengambaran stunt Shafie membelasah Hassan dan Johan menyampuk yang tiba-tiba.

"Oh yea, semula, bagi itu, saya telah dengan sengaja menangkap Shafie kerana dia telah menggunakan ilmu kependekarannya untuk membelasah lawannya di kebun pisang"

Mengapakah shafie membelasah lawannya?, apakah yang telah terjadi diantara mereka?, apakah sebenarnya yang di buat oleh Harmizi sehingga dia ditangkap oleh pihak polis. Dapatkan jawapan-jawapan ini dan 'penanda buku' anda dari buku



Dapatkan di kedai buku Popular dan MPH berdekatan anda!
« Last Edit: January 13, 2007, 03:47:17 PM by Panaharjuna »
When silent is deadly,breaking the silent is necessary

Blog: http://panaharjuna.blogspot.com

Webpage: http://panaharjuna.scriptmania.com

ICeSoul

  • Senior Member
  • ****
  • Posts: 4668
  • Imagineer
    • View Profile
    • ICeSoul web
Re: Yaaa....Kami kembali Lagi. Sahabat yang suka makan kuih Kole Kacang.
« Reply #1 on: January 18, 2007, 03:37:10 PM »
Sahabat Kole Kacang @ Kinokuniya KLCC

[attachment tidak dipindahkan semasa pemindahan server]

azharmaa

  • Ultra Member
  • *****
  • Posts: 5576
  • Sokonglah Komik Malaysia
    • View Profile
    • http://azharsketch.blogspot.com/
Re: Yaaa....Kami kembali Lagi. Sahabat yang suka makan kuih Kole Kacang.
« Reply #2 on: January 18, 2007, 03:48:35 PM »
cayalah panaharjuna...karya sulung 2007 udah terbit..

caya juga buat PTS..berjaya market buku kat KINO..pas ni apa lagi?..leh buat promo kat kino lah..

kena beli nih!
until tday..YEAHHH we keep on trying (*bak kata Queen)..."tak yah Cakap jer...BElaSAh JERRRR!!"
azharsketch.blogspot.com
http://urbancomics.blogspot.com/

orangdiam2

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1053
    • View Profile
    • researcherlife siries
Re: Yaaa....Kami kembali Lagi. Sahabat yang suka makan kuih Kole Kacang.
« Reply #3 on: January 19, 2007, 09:34:29 AM »
lenkali kena tulis kat muka depan buku : watak utama kali ini Shafie.. hehe.. puas la menunggu kot2 muaz and the geng keluar. sekali jadi cameo je.

Panaharjuna

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1007
    • View Profile
    • http://panaharjuna.scriptmania.com
Re: Yaaa....Kami kembali Lagi. Sahabat yang suka makan kuih Kole Kacang.
« Reply #4 on: January 19, 2007, 01:00:55 PM »
Err..sebenarnya Muaz tu memang jaguh pun.  tapi dia tak nak riak la.., kiranya kalau semua dia bikin nanti shapie tu tak adalah perubahan sikap, err..gitula sekurang-kurang adanya.  :D
« Last Edit: January 19, 2007, 01:03:11 PM by Panaharjuna »
When silent is deadly,breaking the silent is necessary

Blog: http://panaharjuna.blogspot.com

Webpage: http://panaharjuna.scriptmania.com

stingray_flyz

  • Senior Member
  • ****
  • Posts: 3172
    • View Profile
    • PENYULAM MIMPI
Re: Yaaa....Kami kembali Lagi. Sahabat yang suka makan kuih Kole Kacang.
« Reply #5 on: January 19, 2007, 09:37:50 PM »
SKK3 nanti, Muaz kena bagi umph dan bagilah  impak kepada watak Azizul yang sudah insaf itu 

cass

  • Junior Member
  • **
  • Posts: 239
    • View Profile
Re: Yaaa....Kami kembali Lagi. Sahabat yang suka makan kuih Kole Kacang.
« Reply #6 on: January 24, 2007, 11:03:06 PM »
limited edition ke?promote arr besh-besh lagi...  dgn regenye skali.... ~dapatkannya sblum terlambat!~  :wink

ICeSoul

  • Senior Member
  • ****
  • Posts: 4668
  • Imagineer
    • View Profile
    • ICeSoul web
Re: Yaaa....Kami kembali Lagi. Sahabat yang suka makan kuih Kole Kacang.
« Reply #7 on: January 24, 2007, 11:26:44 PM »
oh ye..berminat nak orde leh pm aku atau enchek panah.

SKK3 tgh hebat ditaip oleh panah. sampai hampir kong 'labtop'nye tu..hehe aku harap tgh tahun ni aku dpt tengok panah dgn acer ke compaq ke yg ringan skit :P

ALYRIDURA

  • Moderator
  • Senior Member
  • *
  • Posts: 4861
  • rajin+dedikasi+cekal = radikal
    • View Profile
    • komikajif
Re: Yaaa....Kami kembali Lagi. Sahabat yang suka makan kuih Kole Kacang.
« Reply #8 on: February 05, 2007, 02:41:17 PM »
tahniah atas buku ke 2 ni...cargas!

Panaharjuna

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1007
    • View Profile
    • http://panaharjuna.scriptmania.com
Re: Yaaa....Kami kembali Lagi. Sahabat yang suka makan kuih Kole Kacang.
« Reply #9 on: March 30, 2007, 06:48:06 PM »
 :D
Quote
SKK3 nanti, Muaz kena bagi umph dan bagilah  impak kepada watak Azizul yang sudah insaf itu

Ya untuk pengetahuan Cikgoo,aku telah pun mempertimbangkan kewajaran Azizul diserapkan kedalam team Sahabat kole kacang. Kini Sahabat kole kacang berjumlah 6 orang lelaki semuanya, dan perempuan masih kekal 3 orang. SKK 3 kini sudah masuk bab 9. Aku sudah resah. Ini SKK2 cuma ada sepuluh bab, SKK 3 sudah bab9 baru nak masuk awal kemuncak cerita.

Quote
lenkali kena tulis kat muka depan buku : watak utama kali ini Shafie.. hehe.. puas la menunggu kot2 muaz and the geng keluar. sekali jadi cameo je.

Ya, aku juga sudah mempertimbang, sukat dan ukurkan kata-kata mu itu orangdiam2, ada kebenarannya. idea ini juga sudah dimasukkan kedalam Aliran kesedaran SKK3.

Mengenai hal-hal lain adalah saudara Icesoul kini sedang mulai melukis watak-watak untuk sahabat kole kacang. Aku juga masih menimbang-nimbang untuk memasukkan watak Johan dan Hassan kedalam SKK3. Kalau dimasukkan Johan dan Hassan mungkin masih berwatak antagonis seperti yang dahulu.

Apa-apa hal dan kemajuan akan diceritakan secara sepintas lalu di sini dan dua pintas lalu di blog sahabat kole kacang dan blog panaharjuna. hahahaha...

Salam.

P/s- aku akan letak tajuk untuk Sahabat Kole Kacang 3. Misteri Banglo Lama
« Last Edit: March 30, 2007, 07:06:06 PM by Panaharjuna »
When silent is deadly,breaking the silent is necessary

Blog: http://panaharjuna.blogspot.com

Webpage: http://panaharjuna.scriptmania.com

ICeSoul

  • Senior Member
  • ****
  • Posts: 4668
  • Imagineer
    • View Profile
    • ICeSoul web
Re: Yaaa....Kami kembali Lagi. Sahabat yang suka makan kuih Kole Kacang.
« Reply #10 on: March 30, 2007, 08:03:13 PM »
eh kau kata haritu kat aku SKK 3: Kedatangan 300 Makhluk Asing
mana satu betul nih? hehe  :wink

Panaharjuna

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1007
    • View Profile
    • http://panaharjuna.scriptmania.com
Re: Yaaa....Kami kembali Lagi. Sahabat yang suka makan kuih Kole Kacang.
« Reply #11 on: March 30, 2007, 08:39:43 PM »
Laa betul la tu SKK 3 kedatangan 300 Makhluk Asing tu bukannya sahabat Kole Kacang 3, itu SKK 3 = Survival Komando Kalam 3 : Kedatangan 300 Makhluk Asing,  Ha yang itu dia punya Front Cover dia ada kat bawah ni
When silent is deadly,breaking the silent is necessary

Blog: http://panaharjuna.blogspot.com

Webpage: http://panaharjuna.scriptmania.com

Panaharjuna

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1007
    • View Profile
    • http://panaharjuna.scriptmania.com
Re: Yaaa....Kami kembali Lagi. Sahabat yang suka makan kuih Kole Kacang.
« Reply #12 on: April 24, 2007, 06:38:07 PM »
 :D Si Faisal ni segan nak cakap, so aku mewakili dia la ni menjemput korang ke temuduga dan temuramah masa pesta buku 2007 nanti...,

 Tarikh : Sabtu ni, 28hb April 2007
 Tempat : Booth pts, 3148 hingga 3153, ( tingkat 3, dewan tun razak)
 Jam : 1100 sehingga 1300 jam . ( pukul 11 sampai kul 1 le tu)
 Masuk dan tandatangan: Percuma (masuk sama tandatangan jer tau!, bukan bukunya!)
 Kedatangan : Harus (bukan wajib)
 
 Plan ada di http://bp0.blogger.com/_BBVTQhpccdU/RiyYbpdklhI/AAAAAAAAAEQ/h6od5Jnry9U/s1600-h/PLAN2.JPG

Jumpa disana sana saaaaaaaaaaana!
When silent is deadly,breaking the silent is necessary

Blog: http://panaharjuna.blogspot.com

Webpage: http://panaharjuna.scriptmania.com

matrempit

  • Newbie
  • *
  • Posts: 0
    • View Profile
Re: Yaaa....Kami kembali Lagi. Sahabat yang suka makan kuih Kole Kacang.
« Reply #13 on: April 24, 2007, 09:28:12 PM »
hi panah remember me? Chulanmuiz

Panaharjuna

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1007
    • View Profile
    • http://panaharjuna.scriptmania.com
Re: Yaaa....Kami kembali Lagi. Sahabat yang suka makan kuih Kole Kacang.
« Reply #14 on: April 24, 2007, 11:53:02 PM »
Op karkun, apa khabo? datang la masa pesta buku nanti!
When silent is deadly,breaking the silent is necessary

Blog: http://panaharjuna.blogspot.com

Webpage: http://panaharjuna.scriptmania.com

ICeSoul

  • Senior Member
  • ****
  • Posts: 4668
  • Imagineer
    • View Profile
    • ICeSoul web
Re: Yaaa....Kami kembali Lagi. Sahabat yang suka makan kuih Kole Kacang.
« Reply #15 on: November 01, 2007, 06:27:04 PM »
Enchek Panah masuk paper..klik sinih
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=1101&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sastera&pg=sa_02.htm

doakan rakan2 kita berjaya no... Aminn...

WAVE RIDER

  • Moderator
  • Ultra Member
  • *
  • Posts: 6628
    • View Profile
Re: Yaaa....Kami kembali Lagi. Sahabat yang suka makan kuih Kole Kacang.
« Reply #16 on: November 16, 2007, 08:01:12 AM »
sebelum nie novel apa eh.. yg tersiar beritanya dalam BH.. aku pun ingat2 lupa..   
"Everybody runs.. Fletcher.. everbody runs..."