Author Topic: Ruangan Chiharu Mengulas Buku  (Read 2002 times)

chiharu

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 869
  • neko ~nyaa...
    • View Profile
Ruangan Chiharu Mengulas Buku
« on: February 12, 2008, 01:43:18 PM »
Tajuk: ANIMATION FROM PENCILS TO PIXELS: CLASSICAL TECHNIQUES FOR DIGITAL ANIMATORS
Penulis: TONY WHITE
Penerbit: FOCAL PRESS
Tahun Terbitan: 2006
ISBN: 978-0-240-80670-9
Bahasa: Inggeris

ULASAN:
Tengok daripada tajuk dah boleh agak buku ni pasal apa.  Boleh kata "kitab" panduan kepada animator-animator lama dan baru untuk memantapkan lagi karya, memahami aspek-aspek yang terlibat dalam menghasilkan karya berbentuk animasi.  Juga sebagai rujukan kepada pelajar-pelajar dan pengajar-pengajar animasi.

Topik-topik yang terdapat dalam buku ni...
1. Development - ada topik yang menyentuh bab Intellectual Properties dan Copyright, serta hal-hal berkaitan.
2. Character Design
3. Project Financing
4. Rules of Film Making
5. Soundtrack Recording dan Editing
6. Storyboarding and Animatics
7. Digital Desktop Production
8. Principles of Animation
9. Animating Step By Step
10. 2D Animation Overview
11. 2D Animation Basics
12. Finessing 2D Animation
13. 2D Vector Animation
14. The Paperless Animation Studio
15. 3D Overview
16. Creating 3D Movement
17. Oh, I Almost Forgot - Tip-tip tambahan yang patut animator tahu kalau nak suksess dalam industri animasi.
« Last Edit: February 12, 2008, 01:46:45 PM by chiharu »
_(^!^)|    \(^!^)\    |(^!^)|    /(^!^)/    |(^!^)_    <(^o^)>    \(^!^)/

chiharu

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 869
  • neko ~nyaa...
    • View Profile
Re: Ruangan Chiharu Mengulas Buku
« Reply #1 on: February 21, 2008, 08:57:24 AM »
Tajuk Buku: Menjejaki Jutawan Senyap
Kategori: Motivasi
Penulis: Dr. Rusli bin Abdullah
Penerbit: Al-Ameen
Tahun Terbitan: 2004

Ulasan:
Antara buku motivasi yang laris – bestseller.  Biasanya kalau bercakap ada menyebut bab-bab jutaan ringgit, cepat orang akan berminat.  Samalah halnya dengan buku-buku yang tajuknya ada tulis “Jutawan”.  Banyak buku-buku lain seperti ini yang mendapat sambutan hangat – hangat untuk dibaca tanpa aplikasi sebab orang seronok nak tau macam mana nak jadi kaya tapi lepas tu tak cuba buat pun nak kaya… cara yang ditunjukkan dalam buku ini memang mudah.  MUDAH SANGAT.  Tapi dalam kebanyakan hal sebenarnya kita kena berusaha juga.  Mudah maksud disini, bukanlah duduk silang kaki, wang akan masuk juta-juta. Tak… jalan nak ke arah jutawan MUDAH, sesiapa sahaja boleh jadi jutawan, tapi usaha nak menjadikan diri jutawan tak semudah yang disangka. Ada kemahuan, ada usaha, ada disiplin, ada minda positif dan mungkin banyak lagi “ada”nya maka gelaran jutawan bukan lagi mustahil.

Quote
“Mereka tidak terbilang,
mereka tidak terpandang,
tetapi mereka JUTAWAN!
Siapakah mereka?”

“Selama ini para peniaga kecil atau usahawan jalanan tidak dipandang orang.  Mereka dianggap ‘kelas bawahan’ – tidak ada pejabat dan tidak perlu ada ‘business card’.

Cara mereka berusaha macam penyu lepas ke lautan luas dengan tidak tahu untung nasibnya.  Apabila mahu bertelur pulanglah ia ke dataran dan barulah ia diintai orang.  Bertelur ratusan biji tetapi mereka tetap senyap tanpa suara… Apa yang keluar hanyalah air mata.

Akhirnya tanpa sedar harta mereka mencecah jutaan ringgit.  Mereka masih senyap.  Itulah Jutawan Senyap.  Jutawan yang tidak terpandang dan tidak terbilang.  Tiada glamour, tiada kuasa dan tiada nama.  Namun mereka hebat…

Mungkin jiran anda Jutawan Senyap?  Anda tidak akan tahu sehinggalah anda menjadi salah seorang daripada mereka!”
-------------------------------------

Tajuk Buku: Menulis Buku: Cara Lain Dapatkan Wang Besar
Kategori: Motivasi
Penulis: Jeniri Amir
Penerbit: Jenza Enterprise
Tahun Terbitan: 2007

Ulasan:
Buku yang saya beli semasa mengikuti kursus penulisan di Desaru tahun lepas.  Buku ni kalau tengok cover design memang hampeh habis tapi isi dalamnya sangat berguna untuk orang macam saya, dan juga anda yang mahu jadi penulis, tak kiralah nak tulis apa pun.  Kadang-kadang nak tulis apa pun tak tau, jadi dengan membaca buku ini nampak sikit jalan atau idea.  Macam-macam tip diberikan termasuk tip-tip nak hantar manuskrip kepada penerbit.  Tapi perkara penting nak dapatkan wang besar ialah… Ada kemahuan, ada usaha, ada disiplin, ada minda positif dan mungkin banyak lagi “ada”nya…

Selamat Membaca dan memotivasikan diri anda!
_(^!^)|    \(^!^)\    |(^!^)|    /(^!^)/    |(^!^)_    <(^o^)>    \(^!^)/