Author Topic: Kaki Komik oleh Zakri Rahman@deGenG  (Read 634 times)

deGenG

  • Junior Member
  • **
  • Posts: 339
    • View Profile
    • http://degeng.deviantart.com
Kaki Komik oleh Zakri Rahman@deGenG
« on: December 11, 2014, 12:12:30 AM »


Assalamualakum warga pergh.

Review yang saya buat ini mungkin agak bias kerana saya sendiri penulisnya.
Tetapi bagi tujuan promosi tanpa melanggar tatacara forum ini, saya akan cuba buat
review sebias yang mungkin.

PENGENALAN
Buku ini mengisahkan tentang seorang remaja yang suka membaca komik dan dia tahu dirinya
tidak popular. Tetapi dia cuba untuk menjadi popular kerana minatkan seorang gadis. Sampai satu
tahap, dia cuba melupakan komiknya.

BAHASA
Bahasa yang digunakan penulis buku ini agak santai bagi menarik minat pembaca sasaran buku
ini iaitu Awal Remaja. Namun orang yang sudah dewasa juga boleh menghayatinya kerana buku ini
tidak membodohkan pembaca.

CERITA
Ada komik, ada lucu, ada sedih, ada bromance, ada cinta, ada benci, ada buli. Pelbagai perkara cuba
diselitkan penulis ke dalam buku nipis ini. Setiap konflik ditangani dengan pantas bagi mengelakkan
pembaca lelaki berasa jemu. Pembaca perempuan juga boleh menghayatinya kerana kisah cinta mereka
agak sweet juga.

ART
Kulit buku dilukis oleh designer penerbit buku ini. Namun lukisan di dalam buku ini dilukis sendiri oleh penulis.
Penulis tidak belajar lukisan dari mana-mana sekolah. Beliau hanya belajar dari rakan-rakannya di PERGH.COM
Mungkin lukisannya agak ke amaturan, tetapi penulis berharap lukisan itu akan menambahkan lagi seri buku
ini dan menarik lebih minat pembaca untuk membacanya.

REKOMEN ATAU TIDAK?
Saya sudah baca cerita ini berpuluh-puluh kali dan masih tidak jemu. Jadi saya rekomenkan semua peminat
komik, peminat buku, pembaca novel atau sesiapa yang baru mahu berjinak-jinak dengan buku untuk
membeli buku ini. Beli untuk diri sendiri. Hadiahkan kepada anak-anak. Hadiahkan kepada adik-adik. Semoga
semua terhibur.

CARI DI MANA?
Buku ini khabarnya ada dijual di kedai-kedai buku termuka dan tak bermuka. Tetapi setakat ini saya tidak
menjumpainya lagi. Mungkin terselit di celah-celah novel Suamiku Encik Sotong. Namun tuan-tuan boleh
ordernya di sini dengan potongan harga yang istimewa :

http://store.karnadya.com.my/index.php/shop/all-product/kaki-komik-zakri-rahman-detail

Sekian terima kasih.

deGeng@zakriRahman
age is nothing but a bunch of numbers..ne?