Author Topic: 30 DAYS OF NIGHT - CBR  (Read 1178 times)

markpiet

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 538
  • Saudagar Cerita
    • View Profile
30 DAYS OF NIGHT - CBR
« on: November 17, 2014, 01:31:57 AM »
30 DAYS OF NIGHT
Cerita oleh Steve Niles Lukisan oleh Ben Templesmith
Nominasi Eisner Award 2005: penulis terbaik, pelukis terbaik, cerita pendek terbaik
Adaptasi filem tahun 2007 (bajet 30juta USD, boxoffice 100juta USD)
DOWNLOAD LINK > http://www.mediafire.com/download/m3jx7jfcfgk0zwf/30DaysofNight.cbr



> SINOPSIS: Kisah seram sebuah bandar di Alaska yg diserang kaum Vampra. Kisah ini berlaku semasa Alaska mengalami musim 'polar night' - suasana malam selama 30 hari dengan suhu sejuk melampaui tahap beku. Di waktu ini biasanya kebanyakan penduduk Alaska akan hijrah ke Selatan, tapi ada juga penduduk yg malas nak hijrah dan lepak sahaja di rumah. Dalam musim inilah kaum Vampa yg dianggap mitos oleh masyarakat dunia menyerang bandar tersebut dengan agenda mereka yg tertentu. Penduduk tidak boleh buat apa dalam cuaca ini, tidak boleh komunikasi dengan dunia luar, dan tidak boleh lari kerana dikepung. Jika terlepas lari pun mereka akan mati beku dalam kesejukan melampau. Lalu berlaku pembunuhan besar-besaran tanpa selindung oleh kaum Vampra.

Oleh kerana tiada cahaya mentari selama 30 hari maka kaum Vampa tidak boleh mati terbakar, dan dengan itu mereka terlalu yakin (overconfident) untuk menakluki bandar tersebut. Seperti yg Allah ajar dalam Quran, orang yg overconfident dalam peperangan atau hidup seharian, orang itu akan KALAH, kerana mereka telah buat kesilapan besarrr gilerrr. Kesilapan mereka ialah overconfident... Kerana overconfident, kaum Vampra pandang rendah pada Sherif Eben yg telah (berkorban diri) menjadi salah seorang dari jenis Vampra. Lalu senario "Ambil obat!.." berlaku.





> ULASAN: Walaupun jalan cerita ikut formula filem horor (act 1, act 2, act 3) namun penceritaan kisah ini ialah sesuatu yg baru dan segar (di waktu itu, 2002). Biasanya cerita bergenre horror jenis "mangsa terperangkap" berlaku di dalam rumah/ bangunan berhantu. Tapi ini berlaku pada sebuah bandar. Maka dari sudut saikologi ia kelihatan bagai kisah perang - negara ditawan musuh, mangsa perang cuba teruskan hidup, serta tentang si penakluk yg overconfident. Kebodohan mangsa perang dalam menghadapi penakluk ialah bila mangsa perang buat kesilapan yg sama - overconfident. Sangat yakin boleh mengalahkan musuh hanya dengan KEBERANIAN - tanpa strategi (malah Rasul dan Salahuddin sendiri buat strategi bila terpaksa perang).

Dalam kisah ini diceritakan strategi lari bersembunyi (bijak walaupun tak nampak berani), serta strategi akal dan pengorbanan Sherif Eben dalam menangani penakluk, dengan kesudahan yg tragik utk dirinya - dia MATI. Ini bagai tamparan potong-stim utk pembaca, sad ending...Ya, hero mati... Tokoh perang mati, Nabi dan Rasul pun mati juga. Mereka mati kerana pemergian mereka jadi kenangan dan hikmah utk kita ikuti ->  Do'a, fikir, usaha, tawakal, pengorbanan, dan jauhi diri anda dari overconfident... Namun yg paling menawan hati (dan sedih) ialah hubungan Sherif Eben dan isterinya Stella - di permulaan mentari Maghrib mereka bersama, dan harungi bahaya malam bersama, namun di permulaan mentari Subuh mereka berpisah. Ah, drama sedih siot... pusingan nafas hidup.





Lukisan encik Templesmith yg atmospheric kelam dalam rona kusam, dengan Vampa bertaring banyak tajam-tajam, serta watak-watak yg ada emosi di wajah mereka, adalah ground-breaking utk komik bergenre horror. Menjadi ikutan generasi pekomik seterusnya dlm arena komik (dan filem) horror. Ini adalah komik yg cantik karya seninya dan ceritanya. Aku suka betul.

DOWNLOAD LINK | cbr 26Mb
http://www.mediafire.com/download/m3jx7jfcfgk0zwf/30DaysofNight.cbr

DISCLAIMER: the digitally scanned publication if for promotional purpose only. Please buy the real book online.
« Last Edit: November 17, 2014, 01:38:36 AM by markpiet »
there r kids in here... in d forum, in us.

aimurban

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1864
  • ibn ahmad
    • View Profile
Re: 30 DAYS OF NIGHT - CBR
« Reply #1 on: November 17, 2014, 06:56:06 AM »
Artwork jenis camni mmg hip giler dlm 10-15 tahun dulu.. Heheh! Aku tau, sbb aku gile suka dulu. Problem dgn style camni, most of the time aku tak sure apekejadah sbnarnya yg berlaku dlm panel2 tu. Kadang main agak2 je tanpa kepastian. Kadang2 nk kenal karektor2 yg dilukis pun payah. Tgk panel last yg dipaste tu, nampak cam vampire gigit orang.. tapi cam vampire tgh muntah darah pun ade. Heheh! Aku dah jual komik aku yg ni.

By the way, maybe kena buat thread baru la Markpiet.. letak list & review komik lama2 yg berbaloi dibaca + link utk download. Thread yg kita slalu lepak tu utk komik2 baru. Amcam, berani?
"The sacred month is for the sacred month, and for violations is legal retribution. So whoever has assaulted you, then assault him in the same way that he has assaulted you. And fear Allah and know that Allah is with those who fear Him." (Al Quran, Surah Al-Baqarah 2:194)

WAVE RIDER

  • Moderator
  • Ultra Member
  • *
  • Posts: 6628
    • View Profile
Re: 30 DAYS OF NIGHT - CBR
« Reply #2 on: November 17, 2014, 07:13:32 AM »
Aku tgk movienya teruss.. macam siol vampire bijak..
"Everybody runs.. Fletcher.. everbody runs..."

markpiet

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 538
  • Saudagar Cerita
    • View Profile
Re: 30 DAYS OF NIGHT - CBR
« Reply #3 on: November 19, 2014, 01:53:42 AM »
Setuju cadangan Aimurban. Perlu ada thread untuk ulasan komik/ novel grafik format digital (CBR) yg boleh kita simpan dalam smartphone/ tablet/ laptop. Tapi itulah dia, cuma komik lama sahaja yg dalam format digital, komik baru susah nak dapat dalam CBR.
there r kids in here... in d forum, in us.

aimurban

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1864
  • ibn ahmad
    • View Profile
Re: 30 DAYS OF NIGHT - CBR
« Reply #4 on: November 19, 2014, 06:47:36 AM »
Tapi itulah dia, cuma komik lama sahaja yg dalam format digital, komik baru susah nak dapat dalam CBR.

Sape plak kata takde, Markpiet? Zaman skarang, belum sempat komik tu nak sampai kedai komik kat Malaysia, dah bleh download. Bila market digital dah besar skarang ni, arini release yg digital copy ori, esok dah ade orang up yg cetak rompaknya. Hahahadoi! Try la gi ComicsForest.. aku slalu ambik dr sana. Last week pun mamat tu baru bukak forum.. time2 dia tak bz, bleh buat request lagi ape komik yg ko tgh cari.


"The sacred month is for the sacred month, and for violations is legal retribution. So whoever has assaulted you, then assault him in the same way that he has assaulted you. And fear Allah and know that Allah is with those who fear Him." (Al Quran, Surah Al-Baqarah 2:194)

aimurban

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1864
  • ibn ahmad
    • View Profile
Re: 30 DAYS OF NIGHT - CBR
« Reply #5 on: November 19, 2014, 07:04:25 AM »
Ko guna apps ape utk baca cbr/cbz, Marpiet? CBRReader tu rasa cam berat skit la kat laptop, lambat. Kat tablet, aku suka guna SideBooks, simple & mudah nak handle.. cuma masalahnya ade certain fail cbr/cbz yg dia tak bleh bukak. Yg tak bleh bukak kat kat SideBook, aku akan guna ComicRack.. aku belum jumpa fail cbr/cbz yg ComicRack tak bleh bukak, tapi aku tak suka sangat nak handle function dia, leceh skit. Nak cari apps yg simple cam SideBook tapi takde masalah nak bukak semua fail cam ComicRack.
"The sacred month is for the sacred month, and for violations is legal retribution. So whoever has assaulted you, then assault him in the same way that he has assaulted you. And fear Allah and know that Allah is with those who fear Him." (Al Quran, Surah Al-Baqarah 2:194)

markpiet

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 538
  • Saudagar Cerita
    • View Profile
Re: 30 DAYS OF NIGHT - CBR
« Reply #6 on: November 20, 2014, 04:20:50 AM »
Aku guna SimpleComic CBR. Dia boleh baca pelbagai format. PDF pun boleh juga.

Terimakasih Aimurban utk link tersebut! Ini sangat berharga buat diri ku!
there r kids in here... in d forum, in us.

aimurban

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1864
  • ibn ahmad
    • View Profile
Re: 30 DAYS OF NIGHT - CBR
« Reply #7 on: November 20, 2014, 06:39:10 AM »
Selamat mendownload, bro. Kena try SimpleComics tu. Memandangkan ko suka komik2 vampire atmosferik spt di atas, try download Dead Irons yg artnya by Jason Shawn Alexander. Kalau artwork Ben Templesmith diselamatkan oleh teknik colouring, artwork Jason Alexander mmg pure superbly crafted inkwork yumminess! Gile terbaik! Try siri American Vampire jugak.. skarang dah start second cycle. Komik terkini, download la ikut citarasa.. Hahah!
"The sacred month is for the sacred month, and for violations is legal retribution. So whoever has assaulted you, then assault him in the same way that he has assaulted you. And fear Allah and know that Allah is with those who fear Him." (Al Quran, Surah Al-Baqarah 2:194)

aimurban

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1864
  • ibn ahmad
    • View Profile
Re: 30 DAYS OF NIGHT - CBR
« Reply #8 on: November 20, 2014, 06:40:56 AM »
By the way, kalau berkenan dgn link kat website tu, cepat2 download.. slalunya link yg lama2 semua akan down. Biasa la barang panas..
"The sacred month is for the sacred month, and for violations is legal retribution. So whoever has assaulted you, then assault him in the same way that he has assaulted you. And fear Allah and know that Allah is with those who fear Him." (Al Quran, Surah Al-Baqarah 2:194)

markpiet

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 538
  • Saudagar Cerita
    • View Profile
Re: 30 DAYS OF NIGHT - CBR
« Reply #9 on: November 21, 2014, 01:24:06 AM »
Terimakasih Aimurban!

Aku dah download Dead Irons. Nampak begitu atmospheric. Nak baca nanti.
there r kids in here... in d forum, in us.