Forum Upgrade Progress Update.

01 Jul 2006 Umum & Kemaskini 3,296 views
hurufR.pngasanya sudah lama benar aku tidak berjaga malam sampai ke pagi. So semalam aku kembali ke tradisi lama sekejap. Tapi mata aku tak tahan, sampai jam 4 pagi jer aku dah mengantuk gila!. Nak upgrade forum pun tertangguh-tangguh. Sebab nak upgrade atau lebih tepatnya CONVERT atau beralih ke satu script yang lain nih tidaklah semudah yang disangka. So, kalau masa tak cukup, aku tak berani nak upgrade. Silap2 upgrade, abis semua database.. So cam di beritahu dulu tuh… Dari IPB ke SMF…

So, progress dia, memula backup semua data dulu cam biasa.

Aku selalunya masuk PhpMyAdmin, copy database tuh kepada satu database baru yang nama lain. Dedulu aku suka guna telnet, since tak semua hosting open telnet port.. pakai browser jer laa..

Kemudian, tarball gz script baru itu diupload dan di ekstract online. Seterusnya mencari dan upload converter scriptnya. Memerlukan masa juga nak faham menatang nih..

Kemudian, proses convert database nih laa yang makan masa gile babeng punya. Kalau database tuh tak lebih dari 100 post, sap sap sui jer kata orang. Tapi!, bayangkanlah, berapa besarnya database pergh.com nih!.. Database semenjak dari tahun 2001, sampai sekarang. Here’s the detail statistic (Sehingga 30 Jun 2006) :

Ahli Pergh : 3694
Topik : 7729
Pos / Mesej : 192346
Attachment : 4343 bilangannye.. 434983.07 KB! saiznya….
Lain-lain? : Mungkin Private Mesej korang, Avatar korang etc lagi. tuh tak tau baper..

Ahli Tak Ramai? Sebab pendaftaran strict. email sah dan unik, yang validating tak validate email tuh auto-delete dalam masa 7 hari. Kalau tak validate tambah2 clone semua sekali dulu. Atau lepas register bleh pos macam forum2 lain, aku jamin skang dah sampai 20 ribu ahli!. hahaha!.. Quality more important than Quantity. Kalau setakat berforum, tapi nak cerita pagi nih aku minum milo, atau jumpe awek, masalah pakwe, atau diari hari ini, baik tak payah!. :p

Proses men-convert-kan database tuh ambil masa yang sangat lama. Aku tak pasti berapa lama. Rasa-rasanya, cecah gak 2 jam, ditambah plak dengan line streamyx yang agak hampeh. 192346 post mesej.. bukan 100 mesej beb..

So!.. dah siap convert dah database tuh, dan dah running di satu folder yang secret buat masa nih. Aku nak test sorang2 dulu. Template aku ingat bior dulu laa.. Janji jalan elok dulu. Lepas tuh, attachment tuh kene convert. Lama gak, rupenye attachment dari folder forum lama tuh dicopy dan di set semula.. So, attachment tuh pun tak la sikit.. Tapi semua gambar-gambar tuh saiz bagak2 juga… Tinggal beberapa part yang leceh jer lagi. Jadi kebarangkalian korang bleh masuk pada malam ini, atau pagi esok. (sebab aku ada kerje berbayar yang penting dan perlu disiapkan dulu ). Mekasih!…

/ps: Sorang pun taknak komen atau bagi semangat kat aku.. Ceh!.. 😉

28 Comments to Forum Upgrade Progress Update.

skynet
01 Jul 2006

berusahalah!!! aku sokong dari jauh..:D

Nusantarian
02 Jul 2006

Semoga berjaya!! Upgrade sambil tgk bola kira ok gak pe.. hehe. Sronoknya England kalah.. 😉

Farah aka farahn
02 Jul 2006

“Quality more important than Quantity. Kalau setakat berforum, tapi nak cerita pagi nih aku minum milo, atau jumpe awek, masalah pakwe, atau diari hari ini, baik tak payah!. :p”

Emm.. kualiti. The mega reason saya pilih utk stick to PERGH forum in the first place banding local forum lain. Tapi lately kualiti post(& tajuk thread itself) makin merapu terutamaya kat ketegori Central Market. Saya dah pernah tegur bab2 kualiti post melalui Private Message kpd moderator tapi masing2 buat dunno je. Hadus.. bongkak kemain. So silalah pantau wahai mereka2 yang berkuasa. Pis! ^^

Anyway, harap forum cepat2 bukak balik. Tak sabo nak post & baca review korang pasal Superman Returns. 😛

Akhir kata, selamat meng upgdate PERGH. 😀

Jekael
02 Jul 2006

ye la ye la
meh aku bagi semangat kat ko
[SEMANGAT]

azarimy
02 Jul 2006

yea yea… aku support ni!

gila2 support!

mystic! mystic! mystic! mystic!

azarimy
02 Jul 2006

actually farah, CM tu dibuat semata2 supaya semuorang boleh channel that urge utk merapu ke satu tempat yg terkawal. sesapa yg merapu kat tempat lain memang kena delete. so biasanya memang tak dapat dibaca laa benda2 yg merapu tu.

jangan risau makcik, bebudak mod akan diketuk agar bekerja lebih gigih lagi.

seniman jalanan
02 Jul 2006

dipecah masuk lagi ke mystic, adush. anyway ko memang mempunyai tahap kesabaran tahap dewa ke8. teruskan usaha memartabatkan industri komik malaysia. usaha kau disertai doa aku dari jauh.

riderx
02 Jul 2006

gambate gambate!

Farah
03 Jul 2006

Azarimy, mekasih la akhirnya awak meng clarify kpd saya psl kualiti post tu. Kan senang kalau awak just explain kat sya pasal benda ni dgn membalas private message saya dulu? But, no. You decide to ignore it.

Saya bukan nak membebel. Saya cuma jalankan hak saya sebagai hak saya seorang forumer. Dah trang-tang-tang Kategori Central Market tu ditulis ‘NO NONSENSE!!!’, so apa salahnya saya menegur?.. memandangkan takde sape pun pernah bagitau “CM tu dibuat semata2 supaya semuorang boleh channel that urge utk merapu ke satu tempat yg terkawal. ”

Tapi since awak dah jelaskan.. ok, thanks.

PS: Marah ke org sebut ‘bongkak’ ?

webmaster
03 Jul 2006

Ala.. kadang2 aku tgk diorang stress semacam. sekali sekala, tapi tidak banyak ok la kot.. Cuma ada sesetengah orang tuh mmg suke merapu.. 🙂 takper.. next kite wujudkan kembali topik2 yang heavy.. What about you Farah mulakan satu topik heavy.. 🙂

Nuppy
03 Jul 2006

gud luck to mystic..

azarimy
03 Jul 2006

actually cik farah, aku tak dapat pun msg tu… 😀

kay
04 Jul 2006

cubalah sebaik mungkin…..

azarimy
04 Jul 2006

cuba lagi mistik! teruskan weh!

azarimy
05 Jul 2006

mystic, ada correction pada grammar headline kita tu. sekarang ni it reads:

malaysian’s artist lounge

buang apostrophe s tu. jadikan:

malaysian artist lounge

baru betul 😀

Farah aka farahn
05 Jul 2006

Eh, tak dpt ke Azarimy? Masih ada dlm outbox saya. Tapi takpe la, abaikan je. Yg penting, mesej nya dah disampaikan. Sori la yek… 😉

Mystic, dah bukak topik heavy dulu(tak seheavy mana pun). tapi rasa mcm tak cukup ummphh plak. Pis maaa.. 😀

webmaster
05 Jul 2006

kat mana aza?

Adeh.. masih gagal disiapkan..
aku rasa lewat sikit la..
aku sekarang tak larat sangat nak bejaga malam..

piss..

Jekael
05 Jul 2006

Malaysia’s Premier Artist Community.
More than that! : Cartoonist, Comic Artist, Graphic Designer, 2D and 3D Animator, Webdesigner, Photographer, Writer etc. Just named it!. We are all here!

merujuk dgn tagline kat atas ni
patutnye ditulis sbg ‘Just name it!’ instead of ‘Just named it!’

orang
05 Jul 2006

ceh…. nak mintak beri semangat laks…. ada kitrg nih kira dah beri semangat la.. kalu takda kitog takdak pergh!

azarimy
05 Jul 2006

pergh banner (yg ada muka orang menjerit tu) pun ada the same grammar mistake:

should be malaysia’s premier artis community

kalau tulis BM pun boleh. aku rasa bebudak semua takdehal:

komuniti artis malaysia terulung

or other variations like:

gugusan artis malaysia online
komuniti komik malaysia (pasal bukan semuorang artis)

efxtive
06 Jul 2006

yea…aku sokong…aku janji taknak cerita kisah milo, awek atau makwe atau gf atau marka’ lagie…

tanglong
06 Jul 2006

thank god ada kau nak bikin ini sume, syukran syukran

bipeds
06 Jul 2006

semoge cepat pergh online. saye dah lame tak mengepost kat sane.

39
06 Jul 2006

Teruskan berusaha… lain kali aku belanja keow teow kerang…
baru 3 hari aku balik kg, dah ilang pergh kejap… sabor ajelah…

LEYdi
09 Jul 2006

Heran gak aku….suma kat sini bin Said….hihi macam adik beradik lak.

webmaster
11 Jul 2006

okeh.. dah tuko grammar error bla bla tuh.. ada lagi ke?
aza?.. mana lounge?

39
01 Aug 2006

leydi… cuba tgk nama paling ngam kalau digabungkan dengan Said tuh..

suhaimy
21 Aug 2006

semoga berjaya

Post a comment?

Pergh! | Lukis, Komik, Kartun, Animasi, Games Malaysia

All information and content contained in this website are provided solely for general information and reference purposes.

By browsing this web you agree to our privacy policy.

© 2001 - 2019 All Right Reserved by Vasqtech Network Malaysia