Forum terpaksa ditutup. (update 4)

20 Feb 2009 Umum & Kemaskini 5,255 views

Saya perlu melakukan beberapa siasatan lebih terperinci dan dalam, load server ini terlampau tinggi dan tidak menentu masanya. Setelah pelbagai cara dilakukan, seakan-akan tidak memberi kesan langsung. Ia tetap terlalu tinggi sehingga memori server habis!. (Out of memory)

Ini menjadikan server tersebut ‘hang’. Sana seperti CPU komputer anda juga, apa yang boleh dibuat selalunya adalah ‘restart’. Lagi,lagi dan lagi.

Sekiranya dilakukan banyak kali, maka anda juga tahu ia bukan hal yang baik. PC anda boleh rosak sistemnya, dan yang lebih teruk boleh rosak hardwarenya. Maka perkara yang sama juga boleh berlaku kepada server ini.

Apa yang anda juga tidak nampak ialah saya dan admin server ini ( Amran ) telah mencuba bermacam2 method. Dari meng-optimize punca-punca yang mungkin menyebabkan load tinggi. Menginstall cake php on server, mendisablekan beberapa function yang tidak perlu. Mengupdate kernel, whm, php & apache, software2 dan sebagainya perkara teknikal yang susah nak dijelaskan sudah tungkus lumus guling golek bagai.

Tiap2 kali terpaksa restart, 90% kebarangkalian database ada kerosakkan. Dan saya terpaksa check error2 yang keluar. Ada yang boleh direpair begitu saja, ada yang terpaksa check 1 demi 1. Ada yang kene taip command code. Ada juga yang merisaukan adalah jika ia tidak boleh dibaiki atau error semasa cubaan membaikpulih.

Saya sendiri ada masanya sudah merasa… lelah dan ….  Saya percaya, ada yang marah, kecewa, frust, terkilan, tak puas hati bahkan ada yang mengata-ngata secara tak sedar ie : apalah, server asyik down aje. Apelah, tak boleh akses, apalah itu dan ini. Apa yang saya mampu buat? Entah…

Traffic ke web ini sudah cecah ribuan orang sehari, hitsnya pula sangatlah tinggi hingga ribu-ribu-ribu, mungkin setiap orang membuka 100 page sehari atau lebih. Memang saya sukakan traffic yang tinggi dan user yang bertambah tapi…

Apakah web ini perlu diupgrade ke dedicated server?… Kalau ikutkan, memang itulah yang sepatutnya.

Terima Kasih atas semua…

*****
Tiba2 Update 3 jer.

Siasatan dilakukan, ada kebarangkalian besar ada serangan D.d.o.s A.t.t.a.c.k. Pihak jaring sedang melakukan siasatan.
Buat pengetahuan anda juga… server p.u.t.e.r.a.com juga tlah kene attack yang teruk sebelum ini. Sehingga sekarang, masalahnya juga belum selesai.

*****
Update 4.
Malam tadi, 1 IP disyaki punca sebahagian attack telah diblock oleh pihak jaring. Pemantauan masih dilakukan kerana, walaupun forum telah ditutup sementara ini. Tiba-tiba ujud banyak akses atau dipanggil ‘traffic spike’. Ia tidak hanya menyerang pergh tetapi ibarat menyerang IP dan DNS. Perlu dikenalpasti samada ‘true traffic’ or something else. Not an easy task btw.

10 Comments to Forum terpaksa ditutup. (update 4)

enrick_tm
20 Feb 2009

rsenye dah kne pindah ke dedicate server kot.. tp mslh ngan kos yg admin kne tanggung lak.. hmmm… klu ikutkan cadangan pantas sy ialah, VIP members untuk menampung kos semasa… selain tu gak, pergh boleh adakan battle yg berbayar (ade hadiah) sebagai sumber sampingan sebagai penganjur… hmmm… sekadar cadangan… XD

Tany
20 Feb 2009

Tukar hosting atau dedicated server… seperti dreamhost, dia ada unlimited space & bandwidth.. ada juga dedicated server.. mungkin boleh menyelesaikan masalah.. satu lagi cadangan hehe

riz
20 Feb 2009

erm, terpaksa la buat something yang blh buat income pada komuniti. Kalo buat sumbangan RM1-RM10 setiap org pada setiap bulan aku rasa tak sakit sgt utk membayar. Kalo 300-600 penyanggup byr ada m2u la. Hehe.

tanpa nama
20 Feb 2009

Mistik, ako tao kao tak sampai hati nak mintak, tapi ako ingin sekali choba meringankan beban kao dan pergh, I have lived here for seven years now.

r0kawa
20 Feb 2009

Setakat ni kita orang suspect tak cukup RAM . Sekarang pakai RAM 512 MB. Aku target dalam 1GB ram dah ok. Akan diinform jika dapat setup server petang ni.

Nizam Ahamad
20 Feb 2009

Thanks Rokawa. U R always my sahabat. 😀
Tuh la.. penat seh…

Aku dah inspect gak, beberapa punca lain mungkin beberapa client hosting dalam server nih kene upgrade wordpress diorang dan disable plugin yang tak uptodate.

Aku ada jumpe gak beberapa plugin yang tak match ngan WP 2.7 yang bleh tambah beban server. So kene upgrade kepada newest 2.7.1

Ada banyak lagi nak kene buat. Tapi harap2 1GB ram tuh mampu la bertahan setahun dua sebelum betul2 pergi dedicated. Harap2 time aku dah banyak duit benar. Kah Kah.

Aku juga suka bende free.. dan aku masih harap pergh nih free untuk sesapa pun.

pemuda baik
21 Feb 2009

Free untok sesiapa pun memang la free. Tapi orang2 yang nak tolong kao tu, jgn la dihalang2. Bukannyer mencadangkan every user kena bayar pun. Sesiapa yang nak tolong dan nak tengok pergh hidup lama, diorang boleh contribute la sikit2.

dil_o_ais
21 Feb 2009

yeah…
akulah penyokong pergh…
aku tak tau nak buat apa2…
so aku hanya boleh doakan saja pergh kembali
pulih dan boleh ramai2 teruskan perjuangan..
free..yeah aku suka benda free…

trimas mistik…

dil_o_ais
21 Feb 2009

aku rasa aku boleh tolong
ngan klik kat ads sekali…

pemuda baik
21 Feb 2009

Ako bukan nak cadangkan every users/members kena bayar. Ako cadangkan, for those yang serius nak tolong, berkumpul dan buat collection, dan upgrade apa yang patut.

Kalau berkeras juga cuba tidak membebankan users; mungkin kita akan lebih kerap berforum di main page ni la kot gamaknya.

Post a comment?

Pergh! | Lukis, Komik, Kartun, Animasi, Games Malaysia

All information and content contained in this website are provided solely for general information and reference purposes.

By browsing this web you agree to our privacy policy.

© 2001 - 2019 All Right Reserved by Vasqtech Network Malaysia