Forum Ditutup Sehingga Diberitahu.

26 Jul 2008 Umum & Kemaskini 4,450 views

Forum Pergh dan Web ini sudah sampai ke tahap berikut, satu anjakkan ketahap yang jauh lebih tinggi dari segala tahap tinggi yang biasa diperlukan. Berikutan beberapa masalah lazim sesebuah web yang semakin membesar dari hari ke hari, maka mahu tidak mahu perkara seperti ini pasti berlaku.

Pergh sudah tidak layak berada di shared hosting service, walaupun shared hosting tahap tertinggi. Ia akan ke VPS atau Semi Dedicated atau Dedicated server. Dipindahkan sebahagian atau sepenuhnya belum dipastikan.

Untuk update terkini, ahli2 boleh dapatkan maklumat di web saya (mysticmind) selaku Founder  Pergh.com di NizamAhamad.com  atau juga di group Pergh @ Facebook .

Proses-proses ini mungkin memakan masa yang lama, telahan pula database forum pergh sahaja bukan sembarangan database. Dengan saiz yang sebegitu besar, dengan line streamyx berkelajuan hanya 1MB, apalah sangat yang boleh saya harapkan. Mustahil untuk disiapkan dalam tempoh semalaman.

Bermain dengan database dan pemindahan juga kerapkali berkaitan dengan masalah-masalah error. Kesilapan boleh berlaku dimana-mana. Samada semasa upload, semasa memasukkan data kedalam database server baru. Mahupun kesilapan kecil yang boleh menjejaskan.

Oh, tidak lupa juga… attachment yang ada mungkin mencecah berpuluh2 Gigabytes! (saya tidak pernah periksa itu, tapi yang pasti ianya jauh lebih besar saiznya). Sesetengah orang mungkin berfikir dan berkata…

“Ko delete dan buang jer file-file attachment lama dan database lama tu, amik user jer”.

Sorry,  maaf, sejak pergh.com ini wujud dari 1957 2001 , tidak ada pun data mahupun attachment dibuang begitu sahaja… kerana pepatah Pergh! ada mengatakan :

“Every single post, is a Pergh Treasure!”.

“Setiap satu pos mesej, adalah Khazanah Berharga Pergh!”

Yang Benar,
Nizam Ahamad a.k.a Mysticmind
http://www.nizamahamad.com

*korang masih boleh komen di bawah sini.

12 Comments to Forum Ditutup Sehingga Diberitahu.

emio
26 Jul 2008

salam..
komen byk2 tak yah..mmg sedia maklum..

tapi mekap muka ko tu mmg ada kelas tahap tertinggi gak..

hua hua hua.. walopon wajah mu ku kenal.. tetapi pergh tatapppppp menjadi pojaan hatikuuuuu..

hidup perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhh…!

vovin
26 Jul 2008

Jangan delete data lama. Mungkin berguna untuk cross-ref pada masa depan. Kita tak tahu apa yang kita nak nanti. Even untuk post “ok”.

Good luck

hkm
26 Jul 2008

Harap-harap,dengan penghijrahan Pergh.com ni membawa satu mesej yang lagi mendalam,walaupun mungkin orang akan kata,”ni cuma pemindahan server/database je”.

Ianya lagi mendalam dari tu.

Pergh.com kini bukan lagi budak-budak.Pergh.com dah besar,dari segi bilangan pengikutnya,mahupun improvement dari ahli-ahlinya.

Dengan pertukaran ni,diharap Pergh.com akan menjadi lebih matang dalam masa yang akan datang.

Go-Go Pergh!

degeng
27 Jul 2008

well said, mystic.. well said..

ApOgEE
27 Jul 2008

Semoga Pergh Forum akan kembali dan semakin mengganas!! Ganbatte Kodasaiiyooo!!!

webmaster
28 Jul 2008

Hari ini aku takleh wat pape..
aku kene tunggu server setel dulu. 😀
-mysticmind

webmaster
28 Jul 2008

@emio : Why so serieh?

@vovin : MMg takkan delete, tapi kadang2 time masukkan database tuh semula, ada ralat akan berlaku tanpa sedar.. apetah lagi kita bkan mampu nak check beribu2 posting. 😀

@hkm : no.. ia bukan saja pemindahan database dan server. ia pemindahan wang sekali. wakaka.

@degeng : well welll well..

@apogee: Lambat lagi kot..

Sham Razi
28 Jul 2008

Tak sangka Pergh sampai ke tahap nih dah…

Leydi
28 Jul 2008

Peristiwa ini seumpama Kedai Pak Mat tempat kita lepak hari2,
tiba2 tutup sbb Pak Mat cuti sebulan pergi mengerjakan Haji..
Aku memang tak reti nak lepak kedai lain dah…
Perghdotkom ni pada aku dah sampai tahap jadi candu.Ketagih siott!

Aku penchandu yg setia.

webmaster
29 Jul 2008

Update Today : Hosting management sware sepatutnya dah di install. Mungkin kene tunggu setting DNS tah ape dulu kat server tuh.. Lambat lagi la gayanya.. heh heh heh – mysticmind

Pak bih
21 Dec 2008

weh kalau ada masalah ngan server bagi tau je aku.. mana aku boleh bantu aku bantu heheh

spatt
04 Jan 2009

good morning, mysticmind… (dengan nada yang xberapa nak joker) 😀

Post a comment?

Pergh! | Lukis, Komik, Kartun, Animasi, Games Malaysia

All information and content contained in this website are provided solely for general information and reference purposes.

By browsing this web you agree to our privacy policy.

© 2001 - 2019 All Right Reserved by Vasqtech Network Malaysia