X-Men 3 : The Last Stand Review

Posted by on Tuesday, May 30th, 2006. Filed under category Movies, Musics And TV's.


x-men-05.jpg

X-MEN: THE LAST STAND
review oleh
vovin

X-Men adalah salah satu komik pujaan aku selepas Spiderman. Mungkin ada orang berkata “aku peduli apa” tapi demi intro, sajalah aku nak ceritakan. Hoho! Adapun aku ternanti-nanti saat tibanya mata aku menjamu aksi-aksi orang-orang mutant dalam filem ini. Buat yang tidak tahu, X-Men: The Last Stand adalah adaptasi dari komik (antara terlaris), secara asasnya iaitu X-Men terbitan Marvel. Ia juga kesinambungan dari 2 buah filem X-Men sebelum ini yang diarahkan oleh Bryan Singer. Penyanyi tersebut (‘Singer’) beralih arah untuk melaksanakan misi projek Superman Returns dan X-Men bergolak mencari pengarah sebelum mamat Brett Ratner (Rush Hour) tampil.

Banyak muka lama kembali seperti (sudah tentunya) Hugh Jackman (Wolverine), Jean Luc…oppss Patrick Steward (Prof X), Famke milf Janssen (Jean awek aku Grey), Halle Berry (Storm), Anna Paquin (Rogue), Rebecca Romjin (Mystique) dan sudah pasti, Ian MCKellen (Magneto). Tambahan muka baru seperti Kelsey ‘Frasier’ Grammer (Hank McCoy), Vinnie Jones (Juggernaut), Olivia Williams (Moira) dan si comel Ellen Page (Kitty Pride).
intro.jpg
Terdapat 2 kisah utama yang berkait rapat dalam The Last Stand. Satu ialah sambungan dari kes kehilangan Jean Grey. Dimana minah psikik tersebut muncul kembali, tetapi ‘dark-side’ diri telah menguasai sepenuhnya mindanya. Satu lagi perihal ‘The Cure’ yang dikatakan boleh ‘mengubati’ para mutant untuk menjadi manusia normal dan bebas melakukan aktiviti harian termasuk ke perpustakaan tanpa bayangan prejudis dari manusia ‘normal’ yang lain. Semacam biasa si rebel Magneto membantah dan mengumpul tentera mutant termasuk si jahat Jean Grey untuk memulakan perang sementara si baik hati Prof X cuba menggunakan diplomasi untuk menangani konflik tersebut. (Aku juga dengar khabar bahawa untuk adegan intro melibatkan flashback Prof X dan Magneto, satu software kesan khas baru digunakan dimana ianya berfungsi untuk ‘memudakan’ wajah pelakon-pelakon tersebut).

Okey, apa masalah dengan The Last Stand?

Mula-mula sekali aku katakan inilah filem ‘summer flick’ yang paling menghiburkan untuk tahun ini. Mengatakan demikian tidak bermakna tiada aspek yang aku kira mengecewakan, walaupun sedikit.

Masalah dengan cerita yang ada karakter berdozen-dozen ini ialah bagaimana sang penulis lakon layar dan pengarah bertanggungjawab membahagikan peranan masing-masing. Sudah tentulah ada karakter yang muncul lebih lama dari karakter lain lantas menjadi hero cerita. Disini, tak payah tengok filem kita sudah boleh agak, Wolverine tetap menjadi tunjang karakter. Berbanding dengan 2 filem sebelum ini, akhirnya karakter Storm juga kita boleh nampak banyak kali. Aku juga agak suka dengan action sequence melibatkan Storm. Walaupun tak terbang macam dalam komik, tapi sekurang-kurangnya kali ini dia terbang jugaklah. Bagi aku 2 karakter ini menjadi pemimpin untuk geng X-Men baik dan kedua-duanya berkongsi masa filem dengan agak baik. Storm sebagai seorang ketua konservatif yang menjadi calon menggantikan Prof X sementara Wolverine si radikal yang masih suka memikul tanggungjawab.

Karakter berdozen-dozen ini memberi kesan kepada beberapa karakter seperti Rouge. Dalam filem pertama dia adalah tunjang konflik (Magneto perlukan dia untuk mencapai matlamatnya), filem kedua, wataknya mengalami penurunan, menjadi tempelan untuk kisah cinta dengan Iceman dan dalam The Last Stand, peranannya bukan sahaja bertambah turun, malah aku katakan – selain untuk menunjukkan point pilihan menjadi manusia atau mutant (dalam filem ni, Rouge sukarela pergi untuk ‘mengubat dirinya’), karakter Rouge mengalami satu transisi yang cukup mengecewakan aku.

Satu lagi karakter yang aku rasa memang langsung tidak membawa makna dalam filem adalah Angel (Ben Foster). Aku tak nampak kenapa karakter ini perlu wujud sebagai mutant selain dari terbang sana sini dengan sayap putihnya. Dah la jadi intro filem, lepas tu aku rasa dalam filem itu sendiri Wolverine, Storm dan lain-lain rasanya tak sedar kewujudan dia. Malahan nama dia pun mereka semua tidak tahu.

Antara karakter baru yang menarik perhatian aku adalah Kitty Pride. Awek boleh tembus apa sahaja objek ini memainkan peranan sebagai orang yang buat Rouge cemburu. Sifat caring mamat ais itu terhadap Kitty yang nampak vulberable membangkitkan (sedikit) konflik cinta tiga segi remaja tra la la mereka. Walaupun tak banyak kembangannya, karakter ini juga banyak membantu tatkala perang terakhir di Alcatraz bila dia menggunakan kuasanya untuk mengatasi Juggernaut yang bapak ganas gile seterusnya menyelamatkan ‘The Cure’. Hank McCoy juga tampil mengadun peranan sebagai seorang mutant yang percaya kepada diplomasi tetapi akhirnya berdiri bersama Wolverine menggunakan kekuatan menumpaskan tentera Magneto. Selain itu buat fanatik X-Men, mereka boleh alert dengan kehadiran begitu ramai mutant yang familiar seperti Madrox, Callisto, Psylocke, Jubilee, Kid Omega dan ramai lagi serta Dr. Moira MacTaggart yang cun. Masing-masing muncul dengan kuasa yang boleh korang kata “Wau, itu Madrox, Wau, itu bla bla. Perhatikan juga Iceman! Hoho!

Karakter juga membuatkan The Last Stand nampak mengecewakan. Tidak banyak pembangunan karakter ditunjukkan. Lantas ianya memberi kesan kepada aspek penceritaan. Lantas juga sebenarnya gabungan cerita ‘The Cure’ dengan ‘Phoenix’ tidak selawa mana. Phoenix, mengikut komik mendapat reputasi sebagai satu tanda ‘kecelakaan’ yang cukup cukup besar walhal didalam filem, elemen itu ada tapi penyampaianya tidak memberi feel ‘Phoenix’ seperti yang pernah aku kenal di dalam komik. Tahap kengerian kuasa si Phoenix (selain dikatakan menjadi mutant paling hebat) tidak aku nampak dengan jelas. 2 insiden Phoenix cuba menjadi satu elemen yang ngeri, satu dalam rumah keluarga Grey dan satu ketika climatic ending filem. Kedua-duanya, bukanlah tidak best, tapi tidak mencapai tahap reputasi karakter itu sendiri.

Namun aku boleh katakan bahawa aksi-aksi lagak ngeri, lawan-lawan serta sepak tumbang dalam The Last Stand cukup menghiburkan. Lengkap ramuan sebagai sebuah action flick pop corn. Pace untuk aksi agak baik dan aku rasa istilah menghiburkan itu cukup untuk filem ini. Juga kemunculan Danger Room yang sebenarnya aku tunggu-tunggu sejak dari filem pertama lagi. Sentinel? Mmmm…mmmmm….mmmm….mengecewakan.

Seperti Nazim Masnawi, aku juga suka dengan konsep ‘The Cure’ yang dibawa dalam filem ini. ‘The Cure’ itu datang bukan hasil kajian penemuan eureka seorang doktor atau jabatan perubatan tapi ianya dari seorang mutant digelar Leech. Budak tersebut mempunyai kuasa dimana sesiapa sajaha mutant yang datang menghampirinya akan kehilangan apa sahaja ‘kuasa’ mutant yang dimilikinya. Lantas dari budak tersebut, manusia mencipta sejenis ubat yang dinamakan ‘The Cure’. Jelasnya, karakter ini adalah yang paling ‘grey’ dalam semua karakter. Dimana kuasanya sendiri menceritakan bagaimana kita tidak tahu kepada pihak manakah sebenarnya dia berada.

Muzik latar, untuk taste aku, adalah paling mengecewakan. Muzik latarnya langsung tidak membangkitkan berahi aku sebagaimana muzik dalam Batman Begins dan Spiderman. Adakalanya aku merasakan seperti iringan muzik untuk sesetengah adegan langsung tidak membangkitkan mood. Satu contoh tatkala Phoenix mengamuk di Alcatraz dimana aku langsung tidak merasai tragedi yang dibawakannya melalui muzik latar.

Aku juga tertarik dengan jumlah kematian mutant dalam The Last Stand. Untuk tidak memberikan spoiler lebih besar, cukup aku katakan terdapat beberapa kematian yang cukup memilukan hati peminat X-Men. Siapa dia? Aha! Aku memang suka dengan elemen ‘filem tak sayang karakter ni’.

Kiranya X-Men: The Last Stand memang lebih baik dari X-Men 2: X-Men United (Macam nama kelab bola). Adunan aksinya memang menghiburkan dan berbaloi untuk menonton dipawagam. Tapi jika mahu membuat perbandingan, Batman Begins jauh bertiang lebih bagus sebagai sebuah filem adaptasi komik Superhero dan Spiderman II boleh tersenyum riang kerana X-Men The Last Stand tidak mempu melawannya, jika keseluruhan aspek diambil kira.

Nota: Tunggu betul-betul sampai habis kredit sebab ada ‘hidden scene’. Adegan ini semacam satu klue untuk sambungan barangkali? Dan berdasarkan intrepretasi aku, semacam ada satu storyarch komik X-Men dalam perancangan saja? Wohoho!

Originally from: dunia vovin

Baca Juga: Top 25 X-Men Dari IGN

Perbincangan kami di forum PERGH!





5 Comments to X-Men 3 : The Last Stand Review

mak
May 31, 2006

anyway beb mana leh samakan batman begin(cerita satu hero) ngan x-men(cerita hero berkumpulan).

anyway x-men 3 tidak menghampakan malah aku mengharapkan agar cerita x-men dipanjangkan kepada 3 jam, 2jam tak cukupa ..baru duduk lawan sikit dah abis.

anyway harap ader x-4 lak…tak pun keluar cerita lain cam wolfverine movie atau iceman movie dan sbgnya….

good review beb.

amir
June 6, 2006

perght ko memang X-men diehardfan yang bebetul diehard kat malaysia aku raser,aku pun minat gile kat X-men gak dri sekolah rendah lgi,idup X-men.

Ivanders
June 28, 2006

menurut gw , X-men 3 ini X-men yg paling bagus diantara X-men 1,2,3. Filmnya keren bagus, karakternya juga keren. Apalagi ada si Kitty, cakep banget asli. Dia aktris pendatang baru yah? Kok gw ga pernah ngeliat dia ya?…

maberik
July 6, 2006

aaghh X3 filem X-Men paling hampeh.didnt even surpass the original X-Men film.

The first half was like Rush Hour 3(penuh dgn one-liner yg cam bangang).

The middle half was boring.

The last half was considerably good, fortunately.But still, tak boleh compare dgn X2(almost flawless).

bagi aku lah.

ajmi
December 14, 2006

filem x-men baguih la’ aku respect giler dgn jane yg bertukar ke dark side she hotts aku suker biler pompuan yg baik tukaq jadik evil . hidup jane a.k.a phoenix!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

  • Categories

  • Tags

  • Statistics

  • Archives