Pergh.com : Malaysia’s Premier Artist Community. Comics And Cartoons, Digital and Conventional Arts, Graphics and Animations, Many More!


Weekly Character Design Battle Exabyte Sales Cari Kerja?
Advertise With Us


21 Mar 2006

Topik Forum Yang Panas Februari / Mac 06

hotter.gifSejak awal web ini dilancarkan. Ia menggunakan bahasa Rojak, bercampur aduk antara Bahasa Inggeris mahupun Bahasa Melayu. Walaupun pada awalnya mungkin diketawakan sesetengah pihak atau pesaing web yang lain. Tapi kami membuktikan bahawa keselesaan dalam perbualan/forum kami lebih memberikan impak dan berhasil. Ada juga yang kemudiannya berubah menjadi rojak seperti kami. Selain itu juga, mengamalkan cakap tanpa tapisan dan tidak perlu protokol karut serta birokrasi dan kasta. Keutamaan tetap kepada daya intelek dan matang fikiran. Sesungguhnya Rojak itu sedap, yang penting isi dan rasanya. :) . Sedar tak sedar dah hampir masuk tahun ke-5 Pergh.com ke online . Nantikan 1st Official Gath Kami Yang Terlampau!

Berikut adalah topik-topik panas pilihan di forum yang masih berjalan sehingga kini :

- Nostalgia Pergh.com
” Masa first2 aku masuk Pergh, aku suka cari gaduh…
… dulu aku kat forum antarabangsa… banyak kena cakap BI. Skali jumpa ni, horey! Boleh cakap Melayu rojak! ” kata Vulpine_Ninja bersungguh-sungguh.

- Petrol Naik 30 sen
“Ada yang suruh berjimat gila **** la, ada yang kutuk kerajaan laa, ada yang boikot la. Ape kejadahnya semua ini? Mengapa bila minyak naik kita kena berjimat? Mengapa kita tidak mahu menjadikan diri kita LEBIH KAYA hingga tak terasa pun hal kenaikan 30 sen itu, mahupun RM3.00!” - mysticmind ber-emosi sekali sekala benci ngan peel orang2 melayu yang duk forward email cambest, yang sama peel melayu 10 tahun dulu salahkan sana salahkan sini kondem sana kondem sini, tapi tak pernah cube fikir arah lain atau menongkah arus atau menjadi lain dari orang2 kebanyakkan. Tak pernah fikir memajukan diri pun dan kuat melenting!.

- Sesapa Nak Try Freegan?
Azarimy - ” Pada asalnya diamalkan di kalangan orang2 homeless, freegan sekarang menjadi ikutan fanatik pecinta alam yg ingin mengurangkan kadar waste di bandar2 besar. mereka terdiri dari golongan professional yg berpendapatan tetap. hard to believe eh?”

- Dan banyak lagi topik-topik kontroversi yang tak perlu atau malu untuk disebutkan disini. :D

Share and Enjoy:
  • Digg
  • del.icio.us
  • Technorati
  • YahooMyWeb
  • Furl
  • Slashdot
+ Kategori: General & Update + Oleh: webmaster @ 7:21 pm


No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URL

Leave a comment






This theme named "Seceria Warna Kasihku Padamu?".
Theme totally designed and coded by Nizam Ahamad a.k.a Mysticmind.
Those claimed himself as The Most 'Street Smart' Person in Malaysia
Powered by Superb Powerfull PHP Script on The World : WordPress
20 queries. 0.170 seconds.