Karangkraf
Keputusan dan Pemenang Anugerah Pekomik 2010!
Lewat petang semalam, sekitar jam 5 – 8 malam, 28 Mac 2010, di Dewan Kedah Johor PWTC, Anugerah Pekomik 2010 telah dilansungkan dengan jayanya. Anugerah buat kali kedua ini dilansungkan dengan meriah berbanding tahun pertamanya. Tidak perlulah diharapkan acara ini sehebat Juara Lagu atau anugerah-anugerah lainnya. Belum sampai masanya. Satu hari nanti pasti!
Berikut adalah senarai pemenang anugerah ini. Dipilih hasil debat para juri professional 100%, khabarnya sampai tahap nak bergaduh berdebat mengapa sesorang atau sesuatu karya itu adalah pemenang!. Tak mahu kontroversi seperti tahun lepas hah?
Pemenang-pemenang Anugerah Pekomik 2010 adalah :
1. Kartun Satu Muka Terbaik (Best Loose Cartoon)
Pemenang: Jungle Jokes, Gila-Gila oleh Jaafar Taib
2. Siri Komik Kartun Terbaik (Best Comic Series).
Pemenang: Tiga Dara Pingitan, Gila-Gila oleh Cabai
3. Komik SuratKhabar Terbaik (Best Comic in News Paper).
Pemenang: Hanya Satu, Berita Harian oleh Jayaputra
4. Anugerah Berus Emas PeKOMIK (Special PeKOMIK Award)
- Raja Hamzah
5. Penerbit Terbaik (Best Publisher)
Pemenang: GempakStarz
› Continue reading
Anugerah Pekomik 2010
Buat kali ke dua acara gilang gemilang ini diadakan. Maaf atas ‘short notice’.
Malam Kemuncak Anugerah PeKOMIK 2010
Ahad 28 Mac 2010,
Bermula 5 petang.
Dewan Kedah Johor,
Putra World Trade Center (PWTC)
Kuala Lumpur.
Maklumat lanjut :
http://pekomik.com
http://anugerahpekomik.blogspot.com/
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010
Acara tahunan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur ini kembali lagi pada tahun ini.
Kurang dua minggu lagi, akan bermulalah Pesta Buku atau KL Book Fair kali yang ke 29!. Sudah 29 kali ujudnya, entah berapa kali pula anda semua pernah datang. Marilah beramai-ramai ke pesta buku,cukup-cukuplah asyik-asyik pesta hiburan sahaja.
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010
Kuala Lumpur International Book Fair
Tarikh : 19 – 28 Mac 2010
Tempat : PWTC Kuala Lumpur
Masa : Isnin – Khamis (10.00 pagi – 8.00 malam) – Jumaat – Ahad (10.00 pagi – 9.00 malam)
Maklumat lanjut sila ke : http://www.kualalumpurbookfair.com
Jumpa disana! .
Karnival Karangkraf 2010 ( 29 Jan – 1 Feb)
Pada tahun lepas, Karnival ini di panggil Karnival Mini. Namun atas sambutan yang menggalakkan, pada tahun ini karangkraf membuatnya lebih besar!. (Klik untuk besarkan gambar)
Berikut adalah peta dalaman susun atur booth, carilah booth pilihan anda!.
Turut sama dalam Karnival ini tentunya beberapa syarikat besar dalam Kumpulan Karangkraf, iaitu :
Karangkraf (majalah-majalah), Akhbar Sinar Harian, Alaf 21, Ultimate Print, Buku Prima dan beberapa lagi!
Datanglah beramai-ramai!




