derhaka sultan
Review : Geng Pengembaraan Bermula bersama Upin dan Ipin.
Pada 13 Januari lalu, saya berpeluang menonton screening filem Geng Pengembaraan Bermula yang turut dibintangi Upin & Ipin yang comel itu. Bertempat di panggung Cathay Cinileisure, Damansara. Terimakasih Les’ Copaque Production terutama kepada Zarin (atau dikenali sebagai mediahorizon yang juga salah seorang ahli pergh.
)

Upin & Ipin adalah watak popular yang tidak perlu di perkenalkan lagi. Bahkan merupakan satu ikon kejayaan industri animasi 3D tempatan. Kecomelan dan kenakalan mereka, kepetahan berbicara dua beradik kembar ini boleh saya katakan sebagai satu fenomena baru dalam dunia animasi Malaysia. Tambahan pula dengan tagline trademark popular mereka iaitu “Betul betul betul!” atau pengulangan 1 perkataan sebanyak 3 kali berturutan dengan intonasi yang sama. Selain itu, lambang kejayaan siri Upin dan Ipin antaranya ialah ia telah di-pirate-kan merata-rata!. Hatta ke pelusuk kampung dan felda!. Selain itu ringtone ‘betul betul betul’ nya juga selalu didengari.
Memandang dari sudut › Continue reading