Sedar tak sedar juga, muka depan yang lepas sudah dipakai lebih dari setahun. ^_^ . Jadi! Inilah rupa baru untuk 2007, mungkin juga sampai 2008. Bermula saat ini juga, aku berharap aku akan kekal meng-update muka depan pergh ini agak tidak seperti dulu.
Apa yang berubah mungkin corak pengisian muka depan ini tidak terlalu formal, dan juga ia mungkin ada pos-pos yang bersifat kontemporari dan sedikit sebanyak berbaur pandangan individual. Sebelum ini ia adalah terlebih formal dan sekadar mahu berita yang berkaitan membuatkan ia seperti tidak diupdate apabila tiada isu yang sesuai. Ah! Abaikan sahaja, mulai saat ini, isu-isu semasa jua mungkin dimasukkan di sini.
Walau bagaimanapun, rata-rata ahli pergh termasuk saya sendiri lazimnya tidak membincang isu semasa dari sudut orang kebanyakkan. Kami ada cara tersendiri yang mungkin segelintir orang tidak mampu membaca, menangkap, apatah lagi menerima apa yang kami semua suakan. Selamat datang tahun 2007. Tahun yang aku harapkan merupakan tahun paling Cemerlang Gemilang dan Terbilang atau temberang sekali. Jika tidak untuk semua orang, setidak-tidaknya buat aku cuma.
Berikut adalah antara ringkasan peristiwa berkaitan yang berlaku pada hari-hari yang berlalu. (sorry, tanpa turutan tarikh)
1 - Penubuhan Pekomik Akhirnya
2 - KunjungTamu (dan makan²) ahli pergh ke rumah Takara & Leydi di Melaka.
3 - 24 Hour Comics
4 - MDEC Comic Grant Competition
5 - Majlis berbuka puasa teramai dalam sejarah pergh!
6 - Banyak rupanya yang berlaku tahun lepas dan awal tahun ini.
Siapa kata pergh tak happening? :p










boley tahan gak website ko nih eks?..weih bile nak buat website aku plaks…
Comment by ejoy — February 22, 2007 @ 11:47 am
huhuhu.. ejoys-sakes..
apa crite ko skang? anak dah bape orang.. ghehehe.. duk bentong dah ker skang?
ah!.. ko sejak dulu nak website, sampai sudah x siap2.. huuhuh… ermm.. aku dengar, cc kesayangan kite dah tutup. Ye ker?
Comment by webmaster — February 22, 2007 @ 12:18 pm
Cayalah
lawa gilerr 
Comment by Labanon FlareBiz — February 22, 2007 @ 10:50 pm
alhamdulillah.. bertukar gak rupa depan ni.
semangat nampaknya.. hehe.. teruskan hidup PERGH ni inche Mistik..
aku tetap sokong.. bukan membawa rebah..
Comment by emio — February 23, 2007 @ 12:05 am
Cun siot… suka aku tengok themes ni.
Comment by Maizul — February 23, 2007 @ 9:19 pm
Pergh!
lawa siot..design dan layout sume cun..
3column lagi,same cam citerase aku gak :)..
brape lame bro buat themes ni?
Comment by krul — February 24, 2007 @ 12:31 pm