Review : Geng Pengembaraan Bermula bersama Upin dan Ipin.

Posted by on Wednesday, February 11th, 2009. Filed under category Books, Events, Komik Malaysia, Movies, Musics And TV's, Multimedia, Review. Tags: , , , , , , , ,

Pada 13 Januari lalu, saya berpeluang menonton screening filem Geng Pengembaraan Bermula yang turut dibintangi Upin & Ipin yang comel itu. Bertempat di panggung Cathay Cinileisure, Damansara. Terimakasih Les’ Copaque Production terutama kepada Zarin (atau dikenali sebagai mediahorizon yang juga salah seorang ahli pergh. 😀 )

poster_geng_med

Upin & Ipin adalah watak popular yang tidak perlu di perkenalkan lagi. Bahkan merupakan satu ikon kejayaan industri animasi 3D tempatan. Kecomelan dan kenakalan mereka, kepetahan berbicara dua beradik kembar ini boleh saya katakan sebagai satu fenomena baru dalam dunia animasi Malaysia. Tambahan pula dengan tagline trademark popular mereka iaitu “Betul betul betul!” atau pengulangan  1 perkataan sebanyak 3 kali berturutan dengan intonasi yang sama. Selain itu, lambang kejayaan siri Upin dan Ipin antaranya ialah ia telah di-pirate-kan merata-rata!. Hatta ke pelusuk kampung dan felda!. Selain itu ringtone ‘betul betul betul’ nya juga selalu didengari.

Memandang dari sudut liputan kawasan siaran TV9 yang terhad yang tidak terjangkau di banyak lagi negeri…, jadi ada juga bonusnya cd-cd lanun ini tersebar membawa brand Upin & Ipin. Walaupun kita memang kata tidak menyokong perkara seperti ini. Tetapi umum tahu, piracy ada dimana-mana dan mustahil dibendung begitu saja dalam dunia hari ini. Ini termasuklah di youtube, torrent, rapidshare dan segala bagai!.

Ada masanya saya terfikir, alangkah baiknya jika Upin & Ipin itu disiarkan di TV3 pada bulan Ramadhan. Kita doakan tahun ini atau hadapan agar Upin & Ipin siri yang lalu disiarkan di TV3 supaya lebih ramai kanak- kanak di Malaysia dapat menikmatinya! Ratingnya pasti tinggi, dan Les Copaque akan mendapat bayaran lagi dan lagi untuk membolehkan mereka menghasilkan Upin & Ipin atau sebarang siri lain di masa hadapan. 😀 Ah.. Baiklah, saya kembali kepada filem Geng Pengembaraan Bermula ini. (mula mula mula)

Cantik! Filem Ini Sangat ‘Cantik’!
– Nizam Ahamad founder Pergh.com.

Cantik! disini bukan sekadar cantik dari sudut visual, ia cantik juga dari sudut ke-Malaysia-an itu sendiri. Dengan suasana kampung Malaysia yang kaya dengan flora dan fauna. Dengan hutan malar hijau, dengan cahaya kelip-kelip yang berterbangan. Dengan ayam-ayam kampung yang memang perangainya suka lintas jalan tanpa melihat kiri dan kanan!. Tidak lupa dengan kemanusiaan dengan kejiranannya yang sudah hampir pupus di Malaysia pada hari ini terutama di lokasi urban dan metropolitan.

Ianya memang mengimbau pelbagai kenangan di kampung. Walaupun kampung saya tidaklah sekampung mana (tanah rancangan seumpama felda), tapi saya ada kenangan yang manis suasana seperti ini di kampung Nenek saya (sebelah ayah). Nenek saya dulu juga memelihara angsa dan itik (tapi dalam filem ini tiada itik rasanya). Nenek saya juga memelihara lembu yang banyak. Nenek saya juga ada pokok-pokok durian! dan ada sungai-sungai dimana saya mandi manda sampai merah mata. (Tapi dalam filem ini tiada mandi manda sungai pula – saya harap Geng #2 akan ada scene sebegini 😛 )

Saya mempunyai ingatan indah zaman kanak-kanak riang tentang bergayut di akar terjuntai pada pokok main ala-ala tarzan seperti Upin & Ipin itu. Bezanya pokok tersebut duduknya di tepi sungai, dan kami bergayut kemudiannya terjun kedalam sungai! Lagi best! (best best best!)

Kampung nenek saya di pahang itu ada bendang, dalam filem ini ada juga bendang rasanya. (maaflah, ingatan secara detail saya memang tak kuat ). Filem ini mempunyai rumah-rumah papan ketuanan sultan Melayu yang dah pupus sekarang. Rumah papan nenek saya juga sudah tiada sekarang. Rumah nenek saya dulu pun tandasnya di luar!!!!! seperti cerita ini. Tapi keliling rumah nenek saya ada pokok-pokok koko yang buahnya saya selalu makan senyap-senyap dengan adik saya. 😀 Indah sungguh kampung!, tapi yang mana duduk di bandar, tentu sekali tidak merasa lansung perkara sebegini. Ah!..Malang sungguh anda!. (betul betul betul!) Dah! cukup cerita pasal kampung nenek aku…

Sinopsis ringkas…

Geng Pengembaraan Bermula ini, bermula dengan kes kecurian buah-buah durian di kampung Durian Runtuh yang mana banyak perkara pelik juga berlaku sehingga pihak  stesen TV turun membuat liputan.  Badrol, budak bandar yang datuknya telah diwawancara oleh stesen tv tersebut telah terdetik hati untuk balik kampung menjenguk datuknya.

Badrol ini macam tak pernah balik kampung sendiri-sendiri jumpa atuknya (well… terus terang… budak-budak bandar sekarang banyak camtu) di Kampung Durian Runtuh. Dia pergi bersama rakannya Lim Guan Eng.. ehh.. salah salah salah, Lim saja. Dalam perjalanan pulang ke kampung, bas mereka rosak dan mereka terkandas. Kemudian menumpang lori untuk sampai ke Kampung. Setelah sampai di kampung, Badrol yang mohon ‘derhaka kampung’ mencari rumah datuknya yang dia sendiri tak tahu kat mana? Jadi sini muncullah watak Upin & Ipin,  menunjukkan jalan ke rumah datuk si Badrol. Keesokkan harinya mereka pergi ke kebun durian, mereka menemui tapak kaki yang pelik di dusun tersebut dan bermulalah beberapa babak yang… Mereka juga bertemu Opet! Siapa Opet?  haaa! korang kenalah tengok sendiri cerita ni!. (tengok tengok tengok).

Baiklah, cukuplah review setakat ini. Sekiranya berkesempatan, saya akan membuat ulasan lebih lagi tentang filem ini. Ulasan dan review rasanya 2 perkara berlainan. Terus terang, masa mula-mula saya nak masuk panggung, saya tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi. Tetapi, selesai menonton, saya lihat ramai yang memberi Standing Ovation! dan bertepuk tangan. Itu menandakan filem ini hebat. Ya! benar benar hebat dan ia telah meletakkan satu penanda aras (benchmark) dalam bidang animasi di Malaysia, animasi 3D Malaysia khususnya.

Dan untuk memberikan 1 kehebatan lagi… Saya berikan perumpamaan dan perbandingan berikut.

Filem ini tidak kalah dan hampir sama tahapnya dengan Madagascar #2 bahkan lebih dirasai dekat dihati kerana ke-malaysia-an-nya. Tapi dengan beraninya saya kata, ia adalah lebih hebat daripada Madagascar #2 kerana!!!

Madagascar – Escape 2 Africa  :  Bajet USD$150 juta (kira-kira RM540juta!)
Geng Pengembaraan Bermula  :  Bajet RM4 juta sahaja!!!! (kira-kira USD$1.1 juta)
HAH! AMBIK!!!! KAU KIRA SENDIRILAH! MALAYSIAN BOLEH!

So!.. Pergilah menonton beramai-ramai bawa semua anak-anak dan isteri-isteri dan kawan-kawan dan awek-awek! Pasti tidakkan menyesal!

*nota sendiri-sendiri : Aku rasa… dalam filem ini Kak Ros itu sangat lah ‘seksi’!

Pautan :
Diskusi Geng Pengembaraan bermula di Pergh Forum (sejak tahun 2007 iaitu 2 tahun lalu!)
Les’ Copaque Production
Laman Rasmi Geng  The Movie
Blog Geng Blogspot
Upin Dan Ipin





10 Comments to Review : Geng Pengembaraan Bermula bersama Upin dan Ipin.

dil_o_ais
February 12, 2009

betul betul betul

enrick_tm
February 12, 2009

repot kat kak ros kang abam mistik… kuikuikui

[…] telah membuat review filem Geng Pengembaraan Bermula ft Upin dan Ipin ini di pergh.com . So mulai semalam, filem ini dah dimainkan di panggung-panggung seantero […]

MR-CHOT
February 16, 2009

Seriously..ni la first time aku rasa tersangat-sangat puas hati denagn filem tempatan..nak mengalir air mata betapa aku terharunya..apapun sangat2 berkualiti..

Love it so much..go Les Copaque..

[…] lain….kenapa ak punye review lagi baik, hebat, gempak, kebabaow berbanding yang ini, ini, ini, ini dan ini. […]

ntah
February 22, 2009

layan arr ceter nih bg sepoloh bintang ^_^

ziza
February 25, 2009

mmg best giler.no wonder ade org yg sggp spent time n money sampai 8x tgk cite ni.aku sendiri dah tgk 2x..sesuai utk smua lpsn masyarakat.

ziza
February 25, 2009

proud to be malaysian…..

mat tepet
February 26, 2009

aku pun bagi diorang 7 bintang dari 5 bintang. 😀

anis
March 15, 2009

best ke citer ni?

  • Categories

  • Tags

  • Statistics

  • Archives