Seperti biasa, Laman Seni Kuala Lumpur. Sabtu minggu pertama
setiap bulan. Maaf terlewat pos disini. Sibuk, atau malas mungkin. Saya secara peribadinya amat merasakan laman seni ini kurang pendedahan. Sayang betul, pihak berkaitan seolah-olah kurang mengambil berat tentang dunia seni ‘ini’ di Malaysia ini.
Kurang impak, kurang daya tarikan, kurang macam-macam lagi. Perlu dilakukan sesuatu langkah yang radikal sealiran dengan zaman ini, bukan hanya statik. Mungkin elok juga diadakan event seperti , grafifiti (seni conteng?), persembahan band-band underground (yang mana mempunyai pengikut yang ramai). Apa yang perlu disediakan cuma Drum dan Audio system yang baik (tidak melebihi RM2K pun!). gitar biasanya musician akan bawa sendiri punya… Bising-bising dan alunan muzik boleh menarik crowd/ perhatian orang.
Jika dulu pekedai hanya perlu tunggu dikedai, tapi sekarang pekedai mencari pembeli. Ah!, ape yang aku cerita nih?
. Apa-apa pun, sokong tetap sokong!
Datanglah beramai-ramai wahai penyokong dan peminat dunia seni ‘ini’.
Setidak-tidaknya ia dapat menjamin kewujudannya.
Berikut ialah aturcara laman Seni Kuala Lumpur pada 6 Mei 2006 :
Diambil dari http://artgallery.gov.my/
| PENGISIAN PROGRAM LSKL 6 MEI 2006 | ||||
|
||||
| AKTIVITI PENGISIAN LAMAN SENI KUALA LUMPUR 6 MEI 2006* DEMONSTRASI & BENGKEL KARTUN ( terbuka untuk semua ) Waktu – 9.30pg – 12.30tgh ( Sessi I) Waktu – 2.30ptg -4.30ptg ( Sesi II) (Tempat - Khemah Interaktif)* DEMONSTRASI KHAT ISLAM ( terbuka untuk semua ) Waktu – 10.00pg – 12.30tgh ( Sessi I) Waktu – 2.30ptg -4.30ptg ( Sesi II) (Tempat - Khemah Interaktif) * BENGKEL SENI JAHITAN / SULAMAN DEWASA * BENGKEL SERAMIK * SESI BERCERITA * PERMAINAN TRADISIONAL * DEMONSTRASI & BENGKEL UKIRAN BUAH * RAIKAN BERSAMA KAD UCAPAN HARI IBU * KUIZ LAGENDA SENI – ALLAHYARHAM TAN SRI P.RAMLEE * BICARA SENI SIGMA POLKE (GALERI 3B) Sebarang pertanyaan sila hubungi En Shamsul/ Cik Norazlina di talian 03- 40254990 atau fax 03 –4025 4987 atau email : Shamsul@artgallery.gov.my |
||||









