Kuala Lumpur International Book Fair 2007

Posted by on Wednesday, February 28th, 2007. Filed under category Books, Events.

Kuala Lumpur International Book Fair 2007.Pesta Buku AntaraBangsa Malaysia 2007.
(Kuala Lumpur International Book Fair 2007)
26 April – 6 May 2007
Putra World Trade Centre (PWTC) Kuala Lumpur.

KLIB 2007 has something for everyone involved in the book industry. A full range of products and services, educational programmes, and networking opportunities make this a must attend event! Every aspect of the fair is designed to provide resources and information to help publishers compete and succeed in today’s changing book industry. If you are in the book publishing industry, KLIB 2007 is the industry’s event where you can experience the entire scope of book publishing from Malaysia and the world – all in one place, all at one time.

New to KLIB 2007 web site is the online e-catalogue, which highlights the latest books and bestsellers by our Malaysian publishers and the world. It also includes a feast of books, periodicals and educational materials by university presses and government departments. For the public, experience a rich catalogue of bestsellers and new releases.

It is our utmost pleasure to cordially invite you to join us at the 26th KLIB 2007.

Diambil dari dan info selanjutnya di :
http://www.klibf.com/main.jsp?PAGEID=klibf_home

Rata-rata ahli pergh adalah khalayak yang boleh dikatakan agak rajin membaca buku :D. Sebagai sokongan juga kepada segala acara yang berkaitan buku di Malaysia maka saya mengambil inisiatif mewar-warkan Pesta Buku ini.

Selain itu juga, saudara Alifstyle iaitu salah seorang team Pergh yang kini berkerja di PTS (salah sebuah syarikat penerbitan Bumiputera yang semakin berkembang) turut memberitahu ada tawaran untuk pihak Pergh.com membuat sebarang persembahan percuma di pesta buku tersebut. Lihat topik di forum: Pergh dijemput buat persembahan percuma di PWTC . Perkara tersebut masih dalam perbincangan, dan rata-ratanya mengalami kesukaran kerana waktu ditawarkan adalah pada hari bekerja. πŸ™

Dikesempatan ini, saya selaku seorang yang selalu berterus terang dalam menyampaikan pendapat ingin melahirkan buah fikiran saya tentang KLIBF ini. (Entry ini adalah panjang)

Bagi saya, kempen menggalakkan rakyat Malaysia membaca selalunya TIDAK DIAMBIL PERHATIAN YANG SEPATUTNYA. Baik dari kalangan rakyat marhain apatah lagi Melayu, dan juga dari pihak kerajaan sendiri. Mengapa saya berkata demikian? Baik, lihatlah, adakah KLIBF ini diketahui ramai? Tentu tidak bukan? Sebaliknya heboh ia sekadar di kalangan orang2 yang berminat sahaja, tetapi individu yang biasa-biasa tidak langsung memandang perkara ini. Pihak2 sekolah sekitar kita jua macam endah tidak endah saja. Rombongan dari sekolah2 pun BELUM MENCAPAI TAHAP SEPATUTNYA.

Saya berasakan, pihak kementerian pelajaran, atau pihak2 yang berkaitan WAJIB melakukan langkah yang lebih hebat dan drastik dalam mempromosikan acara-acara seperti ini. Saya ingin bertanya, ADA ATAU TIDAK IKLAN DI TV pada seawal waktu yang mungkin? Kalau iklan tentang dunia hiburan, Nah!!! Lagi 3 bulan sebelumnya sudah di war-warkan, contohnya AIM (sekadar contoh). Prelude AIM diwarkan2 hampir 3 bulan awalnya bahkan setiap minggu siaran preludenya, tetapi iklan KLIBF ini haram tidak wujud pun di TV dan media2 massa yang lain!.

Saya tidak menjumpai acara ini diiklankan secara hebat di Akhbar2 harian, tidak juga di TV mahupun Radio. Ini satu perkara yang tidak boleh dipandang enteng. Membuat sesuatu acara tanpa sebarang Follow Up berterusan adalah satu kegagalan, ini menyebabkan ianya gagal mencapai target. Jika peratusan meningkat pun tiada gunanya kerana ia gagal di maksimakan pencapainya. jadi di mana hendak kita letakkan harapan supaya rakyat Malaysia supaya rajin membaca?

Apakah iklan KLIBF ini hanya akan wujud pada 2 minggu sebelum acara ini berlangsung? Ah! Itu satu perkara yang malang! Sebagai seorang individu yang pernah terlibat dalam advertising industry, 2 minggu terakhir bukan satu pilihan bijak. Mengapa? Kerana sesiapa pun perlukan masa untuk merancang pergi kesatu-satu tempat. Juga menyimpan budget dan merancang apa yang perlu dibeli bukan?. Jadi, jika diwarwarkan awal, alangkah baiknya. Antaranya saya mungkin boleh batalkan program balik kampung, batalkan dating atau mungkin merancang dating sambil berjalan di Pesta Buku sambil menghadiahkan novel2 cinta untuk kekasih hati saya (jika ada). Atau membatalkan pembelian handphone terkini kerana saya ada minat nak beli buku tentang Perniagaan Internet yang saya tak jadi2 nak beli. Atau apa2 saja.

Setidak-tidaknya dengan promosi awal, memungkinkan seseorang tidak berkata :
“Aiseh, aku baru tahu laa, duit dah terpakai beli Ipod Nano . Kalau tau awal ada less camnih, aku hold dulu beli bende alah nih. πŸ™ “. ~ Mr X


Dalam 1 bisnes ataupun acara (events) , penghebahan dan pemberitahuan awal adalah elemen penting, tanpa hebahan yang mencukupi, produk atau acara sebaik dan sehebat mana sekali pun tidak akan dapat dijual.!

Bangunlah! Celiklah mata wahai pihak2 yang berkaitan, ini bukan method mencari nama tetapi tanggungjawab adalah sesuatu yang perlu ditunaikan. Bahawasanya, para pemimpin adalah orang yang paling banyak disoal di akhirat kelak samada mereka sudah menjalankan tanggungjawab mereka sebaik mungkin atau sekadar makan gaji setiap bulan sambil menggoyangkan kaki!.

*Iklan sikit : Kunjungilah booth syarikat dimana saya bekerja disana! Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd dan anak-anak syarikatnya seperti Alaf21. (Ramai awek2, reporter2 kat sana nanti tau. Oh ya, novel2 cinta yang korang2 suke pun banyak hehe)

Bacalah! Dengan Nama Tuhanmu Yang Menciptakan.

{democracy:3}

Sekian, mysticmind melaporkan untuk pergh.com tentang Kuala Lumpur International Book Fair 2007





  • Categories

  • Tags

  • Statistics

  • Archives