Keputusan dan Pemenang Anugerah Pekomik 2010!

Posted by on Monday, March 29th, 2010. Filed under category Events, Komik Malaysia. Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,

Lewat petang semalam, sekitar jam 5 – 8 malam, 28 Mac 2010, di Dewan Kedah Johor PWTC, Anugerah Pekomik 2010 telah dilansungkan dengan jayanya. Anugerah buat kali kedua ini dilansungkan dengan meriah berbanding tahun pertamanya. Tidak perlulah diharapkan acara ini sehebat Juara Lagu atau anugerah-anugerah lainnya. Belum sampai masanya. Satu hari nanti pasti!

Berikut adalah senarai pemenang anugerah ini. Dipilih hasil debat para juri professional 100%, khabarnya sampai tahap nak bergaduh berdebat mengapa sesorang atau sesuatu karya itu adalah pemenang!. Tak mahu kontroversi seperti tahun lepas hah? ūüėÄ

Pemenang-pemenang Anugerah Pekomik 2010 adalah :

1. Kartun Satu Muka Terbaik (Best Loose Cartoon)
Pemenang: Jungle Jokes, Gila-Gila  oleh Jaafar Taib

2. Siri Komik Kartun Terbaik (Best Comic Series).
Pemenang: Tiga Dara Pingitan, Gila-Gila oleh  Cabai

3. Komik SuratKhabar Terbaik (Best Comic in News Paper).
Pemenang: Hanya Satu, Berita Harian oleh  Jayaputra

4. Anugerah Berus Emas PeKOMIK (Special PeKOMIK Award)
– Raja Hamzah

5. Penerbit Terbaik (Best Publisher)
Pemenang: GempakStarz

6. Lukisan Kulit Muka Terbaik (Best Cover)
Pemenang: Popcorn#2 oleh  Puppeteer

7. Ilustrator traditional /digital Terbaik (Best Painted Artist)
Pemenang: Silent Revolution oleh Puppeteer

8. Warnaan Terbaik (Best Colourist)
Pemenang: Maid Maiden oleh  Sunny

9. Komik Amatur terbaik (self-publish zine/doujin) (Best Amateur Comic Artist)
Pemenang: Love Letter oleh Chin Yew

10. Majalah Komik Terbaik (Best Comic Magazine)
Pemenang: Popcorn

11.   Pelukis komik antarabangsa/Pelukis komik online (International comic artist/online comic artist)
Pemenang: Bumble Bee oleh Chee

12. Penulis Terbaik (Best Writer)
Pemenang: Scary Ever After oleh John Ho

13. Siri Mini Komik Terbaik (Best Comic Mini Series)
Pemenang: Makan Malam, Gempak#239 oleh Scho

14.  Komik Baru Terbaik (Best New Comic)
Pemenang: Scary Ever After oleh John Ho

15. PeKOMIK (Pelukis Komik)Terbaik (Best Comic Artist) ):  warna atau hitam putih
Pemenang: Silent Revolution oleh Puppeteer

16.   Komik Terbaik (Best Comic)
Pemenang: TwinX#2 oleh Pac

Semoga anugerah ini semakin hebat dimasa akan datang! Oh, saya tak terasa nak mengulas lanjut, terlalu banyak yang menarik sebenarnya walaupun saya datang lewat akhir waktu kerana kurang sihat… ūüėÄ

Mahu lagi gambar?  Layari topik anugerah ini di Pergh.com! Eksklusif! dari jurufoto2 rasmi dan tidak rasmi!
Disini : http://pergh.com/forum/index.php/topic,14194.0.html





  • Categories

  • Tags

  • Statistics

  • Archives