Selepas Yasmin Ahmad berjaya memikat penonton dengan Sepet, dia kembali dengan buah tangan nya yg terbaru, Gubra ( Lihat laman rasmi Gubra ) . Aku rasa bukan aku sorang je yg menunggu filem ni tapi kalangan korang kat sini pun sure nak tgk jugak selepas kita enjoy dengan Sepet. What interest me more, Gubra adalah kesinambungan dari Sepet so kita dapat tonton balik kemesraan family Pak Atan dalam Gubra pula.
Filem ini di mulakan dengan kalimah Bismillah yg tertulis di papan hitam. Gubra sebenarnya bukan lah 100% sambungan dari Sepet tapi filem ni memaparkan 2 cerita dalam satu filem tetapi selari dengan tema keseluruhannya, kasih sayang. Dalam Gubra kita masih dapat menikmati lakonan2 yang real dan sekali lagi, dialog2 yang bersahaja from great actors/actresses.
Dua cerita ini, iaitu kisah Oked dan kisah seorang bilal dengan isterinya di gerakkan selari dan aku menjangkakan 2 kisah ini “bersatu” di akhir cerita tetapi jangkaan aku meleset. Kisah Oked dan familynya tiada kene mengena dgn si bilal dan isterinya. Aku sebenarnya tak ingat nama watak bilal dan isterinya because to be frank, cerita bilal dan isterinya ni tak memberikan apa2 impact kat aku.
Aku sebenarnya tak pasti samada Gubra mampu memikat kebanyakan penonton kita sebab dari pemerhatian aku, Gubra lebih ‘adult’ berbanding Sepet. Oked tidak lagi bercinta dengan budak Cina tetapi dia menjalani kehidupan dengan suaminya lakonan Adlin Aman Ramlee. Kemesraan yang di tonjolkan antara mereka dan keluarga Oked cukup memikat dan bersahaja. Yes, filem ni masih ada humor nya dan korang masih mampu ketawa dgn humor2 bersahaja ala Yasmin Ahmad dalam Gubra. Banyak scene2 yang bagi aku sebenarnya remeh utk di paparkan utk filem2 Melayu lain tapi perkara2 remeh yang di tonjolkan ini sebenarnya memberi impact pada persembahan filem ini. Oh ya, kalau korang nak tau Jason memang betul mati ke tak, jawapannya ada dalam Gubra…haaa.
Gubra juga masih memaparkan dialog2 Inggeris tetapi sayangnya takde subtitle utk dialog2 English ni sebab bagi aku, utk keadilan semua orang aku rasa lebih baik kalau di buat subtitle Melayu supaya boleh di fahami oleh semua golongan penonton.
To be honest, personally Gubra kurang memberikan impact bagi aku berbanding Sepet. Walaupun ending nya meaningful dan lain dari yang lain tapi masih tak mampu untuk di diskas kan sepertimana ending Sepet dan aku terasa yang aku pun tak enjoy sangat review filem ni macamana aku enjoy review Sepet. The “sweetness” dalam Sepet aku rasa kurang dalam Gubra.. tapi aku masih dapat rasakan honesty yg ditonjolkan Yasmin dan itu sudah cukup baik memandangkan kita takkan dapat semua honesty dan realiti itu dalam filem2 Melayu yang lain.
Dalam wayang tadi (kat Mines) tak ramai sangat yg tonton berbanding Sepet dan aku perasan 1 couple Cina.. tapi aku pelik la.. dalam Sepet dulu ada satu group lelaki lembut yg tonton dan dalam Gubra ni pun ada gak group lelaki lembut tgk. Bukan apa.. jarang sgt aku tgk dorang2 ni tgk filem Melayu dan aku perasan dorang ni dalam Sepet dan Gubra.. hmmm
p/s: Jangan tinggal panggung sehingga habis credit roll.
* Ulasan oleh Hanafi Ishak
* Perbincangan di Forum Pergh : http://www.pergh.com/forum/index.php?showtopic=9179










FILEM GUBRA NI DISABOTAJ OLEH ORANG2 YANG DENGKI. BOLEH BACA LEBIH KAT BLOG DIA DENGAN BLOG AFDLIN SHAUKI. MARILAH SOKONG DAN SELAMATKAN FILEM NI!.
http://yasminthestoryteller.blogspot.com/
http://afdlinshauki.blogspot.com/
Comment by someone — April 15, 2006 @ 1:23 am
gubra is a movie worth the effort of watching it in cinema…tolonglah tgk..bukan pe..aku support m’sian movies yg camnila…
Comment by kay — April 16, 2006 @ 10:34 am
Saya dah tengok movie ni.. Bagi saya, filem ni best dan ini adalah salah satu filem yang berkualiti. So rugi kalau tak tengok.
Comment by Azlin — April 16, 2006 @ 11:39 am
GUBRA adalah filem yang aku rase mmg berkualiti dan betul2 memaparkan wajah malaysia. bukan sahaja menampilkan pelakon2 yang hebat, tapi jalan ceritanya menarik dan sarat dgn mesej. kisah benar dalam masyarakat kite (malaysia) dipersembahkan dalam gaya humor dan bersahaja tetapi masih mampu meninggalkan kesan yang positif. jika ada yang mengatakan filem ini kurang memberi impact berbanding sepet, memang aku x setuju. GUBRA si one of the greatest masterpiece of Yasmin dan aku rase, kalau filem ni masuk dlm festival film malaysia, x mustahil leh jd best filem lagi. tp sayangnya gubra tidak akan dipertandingkan dalam mane2 festival film kat malaysia, too bad.
Comment by yuda — April 23, 2006 @ 5:13 am
gubra satu cerita lucah yang aku tak tahu mana letak ‘malaysian’ nya…pada lawak lucah begitukah? mungkin aku sedikit emosi kerana pada aku..jangan merosakkan nama Allah dengan meletakkan perkataan Bismillah pada awal cerita kalau kau nak buat cerita yang penuh dengan kelucahan dan perkataan ‘double-meaning’ yg sebenarnya tak ‘double’ pun…maaf..komen ini beremosi..
Comment by mie_amour — April 24, 2006 @ 9:36 pm
mie , bukankah begitu realitinya dimalaysia?
Sinikalnya bismillah antara perihal negara islam tapi maksiat merata-rata. Btui kan?
aku rasa tiada produser yang buat filem sejujur yasmin. semua stok penakut ramai la.. owh.. razak mohaideen?.. itu yang ko suke kot.. :kidding:
Comment by mysticmind — April 25, 2006 @ 8:46 am
hmm..dh bemacam2 aku baca pasal gubra nih..kcewa..aku xpaham ape masalah yasmin nak buat cite camni..aku terase,xtau la korang terase ke x,sebab maybe aku je yg emo tp bg aku trus terang, kenape nk mempersendakan Islam?sekalipun memang aku akui maksiat berleluasa kat mesia, tapi ape perlunya menghasilkan filem yang menonjolkan lagi bende2 tu seolah2 memang maksiat tu sesuatu yang diterima dalam masyarakat,x salah peluk2 raba2 sume tu..xpaham aku..kalo nk kate sinis,bg aku bukan itu tujuannya,dan jika itu tujuannya sekalipun, matlamat tak menghalalkan cara..waAllahu’alam..
Comment by hampes — April 25, 2006 @ 9:42 am
komen faizal tehrani… nah ambik:
http://tehranifaisal.blogspot.com/2006/04/gubra-yang-sesat-lagi-menyesatkan.html
Comment by just me — April 27, 2006 @ 10:58 am
aku stuju 100% dengan pendapat Faisal Tehrani…
kita orang “seni muslim” so pandai2 lah..
dari segi plot n gaya fotografi sgt baik tapi jika motif cerita sangat spekulatif n menimbulkan kontrovesi agama baik hati2 beb..
Comment by zawawi — May 2, 2006 @ 11:04 am
semua filem pelukx2, cium2, bukan muhrim, papar aurat, dedah aurat, salam bukan muhrim memang sah ler haram, takyah tanya diri sendiri atau pada pak menteri, datin2 ke ape tapi tanyalah pada budak2 umur 7,8 tahun yang belaja sekolah agama,
“adik2, apa hukumnya berpeluk macam filem gubra..?”
“HARAM………..”…..jwp adik2 kita yg masih suci …
“moga kita dirahmatiNya.. Amin..”
lebih lanjut tengok blog faisal tehrani…
Comment by kucingrimau — May 22, 2006 @ 10:20 am
bg aku, mmg la mesia ni nama je negra Islam..tp maksiat bersepah je.tht’s the fact but it doesn’t mean u all leh wat filem yg tunjuk reality mesia ni..mcm mnyokong je dgn current situation nih.kalu ye pun,bwat la filem yg mnyangkal atau mnegah reality mesia ni.ni tidak..bwat filem yg searus je ngn reality mesia ni..hanyuttt lerr sesama..
[maaf klu tak setuju ye..]
Comment by Aku nak — August 14, 2006 @ 3:49 pm