Forum dibuka semula.

Posted by on Friday, April 9th, 2010. Filed under category Umum & Kemaskini. Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

Forum secara rasmi dibuka semula. Setelah server overload, macam biasa pasti akan ujud masalah selepas server restart, kadangkala rosaknya parah gak sampai terpaksa install backup terakhir. Kali ini tiada data rosak (sangat). Cuma kene repair dan recount data dan beberapa lagi perkara rutin.

Kemudian alang-alang sudah ‘maintenance’, aku ambil kesempatan untuk upgrade script kepada latest, yang juga mengandungi ‘patch security hole’ iaitu tempat-tempat kebarangkalian boleh diattack oleh orang2 berkenaanlah. Turut sekali mencuba beberapa plugin packages dan sebagainya.

Malangnya selepas upgrade, didalam log error system ada beribu-ribu errors!. So kene check 1 demi 1 untuk tahu yang mana punca dan cari cara nak hilangkan error. Terlalu banyak error adalah bermaksud forum bermasalah. Setelah bersengkang mata dan berputar2 minda mengkaji disana sini dan membaca pos-pos di suppot forum untuk pemahaman dan sebagainya, akhirnya selesai.

Menarik juga SMF versi terkini mempunyai INTERNAL LOAD BALANCING system, yang membuatkan forum automatik stop beberapa fungsi pada forum berdasarkan meter server load!.  Dan sekiranya load terlalu tinggi, forum automatik diletak kembali kepada tahap limited access atau sepertinya. Bagus! Supaya kurang error dan selamat sikit jangka hayat server.

Iklan : Bagi yang mempunyai forum bermasalah (apa jenis pun), saya menyediakan khidmat trouble shoot, merepair forum anda juga khidmat ‘consultancy’ bagi forum anda. Saya adalah PAKAR dalam bidang ini. Apa 9 tahun bermain forum secara sendiri tidak cukup hebat? Juga apa2 jenis web-script sekali pun. Sediakan saja ongkosnya. 😉

Di kesempatan ini juga mengucapkan terima kasih kepada pihak-pihak pengiklan yang pernah mengiklankan sebarang produk dan sebagainya di sini. Terutamanya penyumbang terbesar setakat ini iaitu PTS Publication Sdn Bhd atau lebih khususnya kepada unit Komik-M. Sedikit sebanyak ia amat membantu mengurangkan beban. Juga pengiklan-pengiklan ‘runcit’ yang ada. Sumbangan anda amat saya hargai.  Selain itu, ahli-ahli berbayar PRO dan PREMIUM terima kasih juga saya ucapkan atas sumbangan anda. Dan tentunya terimakasih buat saya sendiri sebagai penyumbang paling besar hahaha…

Forum dan web ini sebenarnya sudah memerlukan server yang jauh lebih kuat dan ‘though’. Tapi berdasarkan keadaan dan kemampuan yang ada, ini sahajalah setakat ini.

Sekian,
Nizam ‘Mysticmind’ Ahamad melaporkan untuk pergh.com





  • Categories

  • Tags

  • Statistics

  • Archives