CRB 031: Optimus Prime

Posted by on Monday, February 27th, 2012. Filed under category Pergh CRB. Tags: , , , , ,

031-original

Nah, siapa tak kenal Optimus Prime? Ketua Autobot dari siri animasi, komik dan filem Transformers ini merupakan idola pujaan kanak-kanak sekitar 80an sehingga kini. Terdapat pelbagai versi Optimus Prime digarap dalam pelbagai siri alternatif atau spin-off, dan kini Pergh CRB memberi peluang untuk ahli perghdotcom untuk mencelup berus ke dalam mangkuk idea masing-masing dan berikan yang terbaik!

Sayembara ini telah berlangsung dari 8 Mac hingga 15 Mac 2008.

Pemenang Bersama: Optimaxx Z! oleh little z3dD

031-winner-z3dD

Walaupun tidak menampilkan keseluruhan rekabentuk semula watak ini, ia tidak menghalang dari audiens mengimaginasi sendiri keseluruhan rekaannya sehingga menonjolkan little z3dD sebagai pemenang! Suasana suram diterangi cahaya lampu limpah menjadi ambiens yang menampilkan Prime di dalam konteks yang futuristik. Kita juga dihadiahkan dengan elemen-elemen dari pelbagai versi Prime yang terdahulu, digarap halus menjadi sebahagian dari cerita yang disampaikan. Ini menjadikan karya ini bukan hanya satu hasil visual, tetapi mempunyai pelbagai lapisan cerita tersirat disebaliknya!

Pemenang Bersama: kemuncak optimum klimax oleh hamzi

031-winner-hamzi

Bak pulang ke asal, hamzi merekabentuk semula Prime dengan menyadurkan elemen-elemen samurai Jepun. Dari pedang, perisai hinggalah kepada keperincian di segenap jasad besi Prime, hamzi cuba menerapkan bukan setakat rupa, tetapi juga gaya samurai mengorak tari pertarungan. Tetapi dia tidak berhenti di situ. Efek sambaran elektrik yang digunakan bersama-sama teknik pencahayaan yang baik menambahkan lagi impak pose yang digunakan.

Pilihan Editor: Optimus Prime 2099 oleh azarimy

031-azarimy

azarimy cuba lari dari warna-warni Prime yang dominan dengan persembahannya yang monokromatik. Tidak terhad di situ, Prime rekaannya juga tidak berdasarkan kenderaan darat, tetapi sebuah pesawat udara. Ini dapat dilihat dari elemen-elemen sayap, jet enjin dan sebagainya yang memberi bayangan pesawat asalnya.

Pilihan Editor: F22 Decepticon oleh Invictus

031-invictus

Beralih dari rekabentuk humanoid, Invictus mencabar minda dengan rekabentuk Prime yang telah jatuh ke dalam idealogi Decepticon. Rekabentuk Prime ini selari dengan rekabentuk robot-robot Decepticon di dalam filem Transformers baru-baru ini,  mungkin Invictus patut cuba membuat eksplorasi yang menjurus ke situ. Mana tahu, mungkin boleh mintak kerja di situ ;).

Pilihan Editor: Prime of Zenth oleh Hariszzz

031-hariszzz

Sekali imbas kita dapat lihat betapa uniknya rekabentuk Prime karya Hariszzz ini. Permainan tekstur permukaan yang diliputi ukiran-ukiran halus dengan bentuk-bentuk organik di seluruh jasadnya memberikan tafsiran berbeza kepada watak ini. Ini membuatkan kita cuba berfikir – apakah objek yang terbentuk apabila Prime ini berubah? Musykil, musykil.

17 penyertaan keseluruhan: lepazo (2), azarimy (2),  stingray_flyz, DinJerr, riznam, irkusydamha, hamzi, mantoto, Xilence Swordswind, little z3dD, jack oreo, babat:ism, hami_drfrix, Hariszzz dan Invictus.

Untuk melihat semua penyertaan: Topik Undian 031.





  • Categories

  • Tags

  • Statistics

  • Archives