CRB 033: King Arthur

Posted by on Monday, February 27th, 2012. Filed under category Pergh CRB. Tags: , , , , ,

033-original

King Arthur, pemerintah lagenda di England, merupakan satu ikon pra-medival yang menjadi kebanggaan bangsa Inggeris sehingga kini. Kisah-kisah keperwiraannya bersama-sama kesatria-kesatria Meja Bulat berjuang menumpaskan kekejaman, makhluk-makhluk mitos sehinggalah ahli sihir mistikal begitu meluas dari cerita kanak-kanak sehinggalah kepada filem epik berskala besar. Pelbagai rendisi telah digambarkan di dalam pelbagai media sejak zaman berzaman. Kali ini peluang kesatria-kesatria perghdotcom untuk menghasilkan gambaran mereka pula.

Sayembara ini telah berlangsung dari 22 Mac hingga 29 Mac 2008.

Pemenang Utama: musuh jangan dicari, kalau tersua jangan dielakkan oleh hamzi

033-winner-hamzi

Sekali lagi hamzi mengungguli pertarungan antara artis-artis perghdotcom ini. Memang tidak dinafikan, kombinasi pose heroik ini begitu menjiwai semangat King Arthur yang tampak masih gagah sungguhpun sudah berumur. Rekaannya keluar dari kongkongan rekabentuk baju zirah konvensional yang sinonim pada zaman pra-medival. Kita dapat amati unsur-unsur fantasi jepun diadun bersama kompleksiti rekaan barat dengan halus. Syabas sekali lagi kepada hamzi!

Pilihan Editor: Nick Carthur oleh mantoto

033-mantoto

Teknik skala kelabu bukanlah sesuatu yang baru, tetapi Mantoto bermain dengan teknik pencahayaan yang berkesan. Latar belakangnya sengaja dibiarkan putih dan kosong, sementara subjeknya dipenuhi dengan kehalusan dan ketelitian yang baik. Namun begitu, masih banyak yang perlu diperbaiki terutamanya dalam pembayangan dari dua atau lebih sumber cahaya.

Pilihan Editor: Arthur: The Return oleh Stella5

033-stella5

Stella5 mengekalkan identiti karyanya, tetapi kali ini cuba bermain dengan mood yang berbeza, kelam, dingin dan hening. Kisah Arthur muda bertemu dengan Excalibur menjadi cerita sentral di dalam karyanya ini.

Pilihan Editor – King Arthur vs Capcom oleh Bajak

033-bajak

Bajak menggunakan tema cross-over dengan membawa masuk watak-watak popular Capcom yang cuba menyahut cabaran mencabut Excalibur. Kalau Akuma tak cukup gagah menghunus Excalibur, mungkin Capcom patut masukkan Arthur sebagai Boss besar dalam instalmen Street Fighter seterusnya? Siapa tahu…





  • Categories

  • Tags

  • Statistics

  • Archives