CRB 030: Han Solo & Chewbacca

Posted by on Friday, February 24th, 2012. Filed under category Uncategorized.

030-original

Kali ini kita bermain dengan dua ikon yang tidak asing lagi – Han Solo dan Chewbacca! Hubungan “hutang nyawa” antara Chewbacca dengan Han Solo merupakan antara contoh chemistry layar perak yang terbaik, sungguhpun tak ada siapa pun yang faham apa yang dituturkan oleh Chewie. Chemistry inilah yang cuba diketengahkan dalam sayembara kali ini. Marilah kita lihat bagaimana para baladewa dan perajurit semua menafsirkan chemistry ini.

Sayembara ini telah berlangsung dari 1 Mac hingga 8 Mac 2008.

Pemenang Utama: Tengen Toppa Solo Briged! oleh little z3dD dan Bajak

030-winner-z3dd bajak

Misi pandang ke timur little z3dD dan Bajak berjaya menggondol gelaran pemenang utama dalam sayembara kali ini. Kekuatan karya ini terletak pada penafsiran semula setiap watak utama di dalam Star Wars (tidak terkongkong kepada Hans Solo dan Chewbacca sahaja), dan dijukstaposisikan dengan dunia Tengen Toppa Gurren Lagann. Gaya yang digunakan juga mengamati persembahan siri anime tersebut. Peminat-peminat kedua-dua filem dan animasi ini pasti teruja!

Pilihan Editor: Undi Wars: Episode XII Revenge of the Sris oleh silentgecko dan ZoOL!

030-silentgecko zool

Karya hasil usahasama dua pendekar terbilang ini mengekalkan ciri-ciri poster Star Wars yang unik, dengan reintepretasi dua watak tersebut yang menarik. Permainan efek cahaya pada senjata masing-masing menjadi tumpuan utama, lebih-lebih lagi apabila diapit dengan warna hitam di sekelilingnya. Amati juga rekaan semula Han Solo dengan tangan sibernetiknya, dan Chewbacca dengan kapak/tukul yang futuristik.

Pilihan Editor: Sayahan Solo and Chewbazooka on Myvi Falcon oleh kimBall

030-kimball

Adaptasi mitologi Star Wars ke dalam dunia Lego mungkin bukan sesuatu yang baru, tetapi kimBall mengolahnya dengan lebih mendalam lagi. Penggunaan warna yang cerah ditambah dengan lorekan tekstur memberi karakter kepada karya ini,  begitu juga dengan cerita yang disampaikan dengan jelas dapat dilihat dari ekspresi wajah watak Solo dan Chewie yang sedang kalut diserang oleh Empire. Mungkin lebih hebat lagi sekiranya kimBall dapat mempersembahkan karya ini dalam bentuk jalur komik siap dengan dialog sekali :D.

Pilihan Editor: Hans Takut Lipas! oleh LobakOren dan Stella5

030-lobakoren stella5

Berani lawan Empire, tapi Han Solo takut lipas? Mungkin itu yang tertera di minda Chewbacca! LobakOren dan Stella5 menggambarkan hubungan domestik (?) antara Hans dan Chewie, tapi jangan pandai-pandai nak memesongkan maksud di sini ya! Persahabatan ini digambarkan dengan teknik ala manga yang kemas, bersahaja dan comel, menggunakan ekspresi wajah dan tubuh badan sebagai kekuatan karya ini.

Pilihan Editor: Sandarkan pada kenangan oleh hamzi

030-hamzi

Seperti biasa hamzi tidak mengecewakan dalam setiap pertandingan yang disertainya. Kita dapat lihat elemen-elemen komik barat dan timur bergabung di bawah berus hamzi. Ekspresi setiap watak di sini dipersembahkan dengan rapi dan teliti, yang mana persahabatan mereka dapat digambarkan dari pos back-to-back, siap sedia untuk menghadapi lawan dari bertentangan arah. Mungkin sedikit perhatian perlu diberikan pada bayang-bayang mereka yang agak terlalu bersahaja.

Pilihan Editor: armyOFtwo oleh ajinda dan kromosom

030-ajinda-kromosom

Penyertaan bersama ajinda dan kromosom ini memperlihatkan eksplorasi tekstur dan rupa yang eksesif yang dapat dilihat pada rekabentuk semula watak Chewbacca. Kehalusan teknik catan dan rendering yang digunakan berjaya memperkaya hasil akhir. Lihat sahaja keperincian pada seluar dan baju Hans Solo, serta wajah siborg Chewbacca yang menggerunkan. Ini adalah antara hasil karya yang tak perlu ditokok tambah dengan latar belakang yang mengada-ngada.

33 penyertaan keseluruhan: azharmaa, adijin, irkusydamha, mantoto (3), lepazo (2), katon_aqhari (2), oddy (3), rabun (2), riznam (2), little z3dD, Bajak, silentgecko, ZoOL!, hamzi (2), LobakOren, Stella5, tarakucha, kimBall, c u r d, ajinda, kromosom, odows, Skynet dan Prem_Chopra.

Untuk melihat semua penyertaan:  Topik Undian 030 Group 1, Topik Undian 030 Group 2.





  • Categories

    • No categories
  • Tags

  • Statistics

  • Archives