CRB 025: Splinter (TMNT)

Posted by on Tuesday, February 21st, 2012. Filed under category Pergh CRB. Tags: , , , , , , ,

025-original

Sekali lagi kita mengimbas watak kartun yang kini telah diklasifikasikan sebagai klasik. Kartun Teenage Mutant Ninja Turtles (TMNT) pernah satu ketika dahulu mendominasi hampir semua media berorientasikan kanak-kanak, baik di TV, komik, buku mewarna, permainan hinggalah ke layar perak. Namun di sini kita tak cuba merekabentuk semula TMNT, tetapi memfokus kepada tok guru mereka, Splinter. Splinter adalah seekor tikus mutant yang mahir dalam ilmu ninjutsu yang membesarkan 4 ekor penyu mutant – Leonardo, Donatello, Raphael dan Michaelangelo – dan melatih mereka untuk melawat jenayah.

Sayembara ini telah berlangsung dari 26 Januari hingga 2 Febuari 2008

Pemenang Utama: Homato Yoshei Sensei oleh little_z3dD

025-winner-z3dd

Melihatkan pada sudut kamera pun sudah cukup untuk menonjolkan mengapa karya little_z3dD ini menjadi pilihan ramai. Ia dikuatkan lagi dengan fore-shortening yang menggambarkan kelincahan Splinter versi mahaguru ini. Awasi juga kombinasi tekstur lantai yang statik dengan garisan-garisan di latar belakang

Pilihan Editor: splinterMONO oleh Invictus

025-invictus

Seperti biasa Invictus menampilkan teknik dakwat manual yang amat terperinci. Kehalusan dan ketekunannya patut dijadikan contoh dan ikutan oleh sesiapa yang baru hendak menceburkan diri dalam pertarungan ini. Namun begitu, karya ini dapat dikukuhkan lagi dengan betul-betul mengawal keseimbangan hitam putih, seperti yin dan yang yang tertera di kelubung kepala Splinter ini.

Pilihan Editor: Ayahku Mengamuk Lagi oleh t a n g h dan silentgecko

025-tanghsilentgecko

Hasil kolaborasi t a n g h dengan silentgecko ini amat menjiwai semangat Violator dari Spawn karya Todd McFarlane. Tak tahulah samada ianya satu yang disengajakan atau tidak, tetapi teknik inking dan warna digitalnya begitu kemas, setaraf dengan karya-karya komik mainstream.

Pilihan Editor: Abang Splinter oleh Rook

025-rook

Rook mencuba sesuatu yang berbeza. Splinter telah diberi wajah baru dengan teknik catan ala marker basah dan cat air yang menjadi teknik kegemaran Masamune Shirow dalam komik-komiknya yang awal seperti Appleseed dan Ghost in the Shell. Mungkin sekiranya Rook menghabiskan lebih masa dalam menghias latar belakang ata sekurang-kurangnya menambahkan detail pada lantai/tanah, karya ini akan menjadi lebih menarik lagi.

Pilihan Editor: Splinter 2142 – Pemburu Kekura Terakhir oleh Ajinda

025-ajinda

Ini semestinya antara karya terbaik yang dihasilkan oleh Ajinda setakat ini. Kita dapat lihat pelbagai teknik berus yang digunakan untuk menghasilkan efek-efek tertentu. Contohnya tekstur cangkerang kura-kura, kulit lembut kura-kura, rambut Splinter, pakaian Splinter dan darah yang tersembur. Penggunaan warna yang monoton juga memudahkan Ajinda untuk memfokus kepada mengasilkan teknik pencahayaan yang baik.

Pilihan Editor: Pendekar MusRAT oleh bohrtaag

025-bohrtaag

Pilihan Editor: When Splinter meets the Ham-hams oleh azarimy

025-azarimy

Watak-watak hamster yang comel dari siri Hamtaro telah dieksploitasi oleh azarimy dalam usahanya untuk meraih undi. Teknik vektor yang digunakan menghasilkan persembahan yang kemas dengan warna-warna yang lembut, sesuai dengan imej animasi Hamtaro. Di sini teknik garisan yang kemas memainkan peranan penting, dan teknik vektor merupakan teknik yang paling sesuai.

41 penyertaan keseluruhan: Jack_Oreo (2), Katon_Aqhari (3), Hami_drfrix (2), WAVE RIDER (2), BatmanBegins, HKM, Oddy (2), babat:ism, TakoyakiChan, little_z3dD, Ajinda (2), ICeSoul, Irkusydamha, Hariszzz, deGenG, stingray_flyz (2), Prem_Chopra, t a n g h, silentgecko, bomb_piah (3), bohrtaag, hamzi, azharmaa, azarimy, kimBall, Yanjymz, orangdiam2, Skynet, kanben, Rook dan invictus.

Untuk melihat semua penyertaan: Topik Penyertaan 025





1 Comment to CRB 025: Splinter (TMNT)

azhar
June 2, 2008

saya suka ajinda punyerrrrrrrrrrrrrrrr

  • Categories

  • Tags

  • Statistics

  • Archives