CRB 021: Puteri Gunung Ledang

Posted by on Monday, February 20th, 2012. Filed under category Pergh CRB. Tags: , , , , , , , ,

Puteri Gunung Ledang adalah satu watak lagenda yang sudah tidak asing lagi dalam masyarakat Malaysia. Ini ditambah pula dengan adaptasi lagenda tersebut ke dalam filem bajet besar dengan tajuk yang sama lakonan Tiara Jacquelina. Ada yang suka, tak kurang juga yang kurang bersetuju dengan garapan PGL sebagai puteri Jawa. Jadi sayembara perghdotcom kali ini membawa peserta untuk mengimaginasikan semula Puteri Gunung Ledang.

Sayembara ini telah berlangsung dari 29 Disember 2007 hingga 4 Januari 2008.

Pemenang Utama: Invictus – PGLgold

 

winner - invictus

 

Untuk pertandingan kali ini, Invictus tak teragak-agak untuk menghasilkan sebuah karya berskala besar dengan perincian yang halus dan teliti. Rekabentuk PGLnya ini dihalusi dengan elemen-elemen organik bermotif tumbuh-tumbuhan, tetapi diberi nafas baru dan tidak dikongkong oleh elemen organik kemelayuan. Ketekunannya terbukti berhasil apabila PGLgold telah mendapat undian tertinggi, lantas menakluki semua peserta-peserta lain. Syabas Invictus!

Pilihan Editor: hamzi – Ketua Pandu Puteri

 

021-hamzi

 

hamzi memilih untuk menggunakan unsur-unsur fantasi moden untuk rekabentuk PGLnya. Pose yang diberikan begitu menarik dan dinamik, aksinya boleh diintepretasikan kepada pelbagai cerita. Penggunaan warna yang lembut tetapi dikontraskan dengan hiasan-hiasan keemasan memberi penyudah yang amat baik dan terkawal.

Pilihan Editor: rosh – Puteri Gunung Ledang

 

021-rosh

 

Baladewa rosh bagaikan tidak perlu bersengkang mata dalam menghasilkan rekabentuk PGLnya. Di sini rosh mengekalkan imej tradisional PGL di dalam kedua-dua versi rekaannya. Mungkin ini memudahkan audiens untuk memilih PGL mana yang lebih sesuai untuk diundi – dan apapun pilihan mereka, mereka tetap mengundi rosh!

Pilihan Editor: Sapot_poleng -Puteri Gulung Benang

 

021-sapot_poleng

 

Ah sudah, bila masa pulak PGL pandai main yo-yo? Idea PGL main benang ini amat unik, terutama sekali apabila kita berpintal lidah nak mengaitkan nama Puteri Gunung Ledang dengan Puteri Gulung Benang. Gaya sketchy yang digunakannya amat bersesuaian dalam menghasilkan aksi pergerakkan PGL yang sedang menari. Mungkin kalau dapat diperincikan lagi pada bahagian ekspresi wajah dan jari-jemari, mungkin karya ini boleh mencuri perhatian pengundi lebih lagi!

Pilihan Editor: Skynet – PGL2008

 

021-skynet

 

Karya Skynet ini perlu diberi kredit kerana persembahan penuh yang semakin jarang dihasilkan oleh peserta-peserta sayembara ini. Pemandangan air terjun dengan remang mentari di ufuk horizon bagai meraikan laungan PGL ini hinggakan kita dapat rasakan Skynet mahu menyampaikan suatu cerita kepada audiens. Tak perlu belon dialog, tak perlu kapsyen, tak perlu naratif! Semuanya telah tersirat.

22 Penyertaan Keseluruhan: riz, rosh, TakoyakiChan, hamzi (2), riznam, adzakael (2), Rook, t a n g h, sapot_poleng, katon_aqhari (2), shiori_LA, Skynet, azharmaa, Prem_Chopra, kromosom, ICeSoul, invictus, ajinda dan buckethead.

Untuk melihat keseluruhan penyertaan: Topik Undian 021.





4 Comments to CRB 021: Puteri Gunung Ledang

peminat setia
May 16, 2008

haaa! camni la..nak lagi! nak lagi! ๐Ÿ˜€

Yaaaa…betul..betul…inilah yg kami tunggu2 selama ni….syabas diucapkan kepada admin/mod yg bertugas dgn jayanya…..heh….

azarimy
May 19, 2008

yelah yelah… aku paham sangat ๐Ÿ˜›

fiti
August 12, 2011

memang betul pun tau

  • Categories

  • Tags

  • Statistics

  • Archives