CRB 018: Santa Claus

Posted by on Sunday, February 19th, 2012. Filed under category Pergh CRB. Tags: , , , ,

 

018-original

 

HOHOHOHO!

Sempena Hari Krismas 2007, perghdotcom mengambil kesempatan ini untuk menganjurkan sayembara yang bertemakan ikon paling popular dalam budaya barat. Santa Claus tak perlukan penjelasan lanjut. Anda semua tahu siapa Santa Claus. Ayuh nikmati pertarungang merekabentuk semula Santa Claus oleh member-member perghdotcom!

Sayembara ini telah berlangsung dari 8 Disember hingga 15 Disember 2007.

Pemenang Utama: Santa Girl oleh TakoyakiChan

 

018-winner-takoyaki

 

Penggunaan warna merah jambu yang mendominasi karya nukilan TakoyakiChan ini tidak menghalang ia dari menjadi favourite di kalangan pengundi-pengundi yang terdiri dari majoriti lelaki. Malah palet warna yang begitu terkawal menjadi kekuatan utama karya ini, ditambah lagi dengan pose yang diberikan, jelingan manja dan ukiran senyuman yang bersahaja. Dan sebagai kontras, font yang digunakan bagaikan cuba menggambarkan sesuatu yang sinister, misterius tetapi naif.

Pilihan Editor: Santa Claws! oleh Adijin

 

018-adijin

 

Setelah berjaya menyerap semangat Frank Miller, Adijin tanpa segan silu melampiaskan aura yang dikumpulnya dengan amalgamasi Santa Claus dan Wolverinenya. Sistem yang digunakan jelas – penggunaan teknik sapuan berus dakwat yang berat dan dikuatkan dengan satu lapisan warna merah menonjolkan gaya Frank Miller tetapi pada masa yang sama mengekalkan keaslian karya Adijin.

Pilihan Editor: Saint Luffy oleh Hamzi

 

018-hamzi

 

Kali ini kita disajikan dengan Santa Claus versi One Piece pula! Mungkin ada banyak persamaan antara perwatakan Luffy dan Santa Claus yang dapat kita saring bersama, tetapi imaginasi Hamzi dengan mudah merumuskan segalanya dalam karynya ini. Dengan ciri-ciri Luffy yang boleh melentur, sudah pasti dia dapat meloloskan diri lebih mudah ke dalam corong-corong asap di rumah masing-masing. Kalaulah di Malaysia ada corong asap… 😀

Pilihan Editor: Santesss oleh KiddieGrinder

 

018-kiddiegrinder

 

Seram, dark dan misterius. Itulah kata-kata yang sesuai untuk menggambarkan karakter Santa Claus yang direkabentuk semula oleh KiddieGrinder. Ada kalanya terasa macam Santa versi zombie; perutnya yang bulat macam orang tua pedofil yang suka makan budak; dan kerana ekor jengking yang terpacul di belakang Santa, terasa macam alien pula. Pendek kata, macam-macam cerita yang boleh kita gambarkan dari karyanya!

Pilihan Editor: Santa + Viking oleh Sayahan

 

018-sayahan

 

Karya Sayahan ini dipilih berdasarkan penyampaian cerita dan lukisan tongue-in-cheek yang bersahaja. Hasilnya kemas dan terkawal, tapi mungkin terlalu “skema” kerana ada banyak idea yang boleh diceburi dari cetusan idea ini. Namun kekuatannya masih pada penyampaian cerita, dan ia amat ketara di sini ;).

14 Penyertaan keseluruhan: Prem_Chopra, azarimy, adijin, Dwen_ke70, Katon_Aqhari, Shiori_LA, t a n g h, KiddieGrinder, hamzi, Sayahan, Narami_san, Irkusydamha, TakoyakiChan dan Yayafaridz.

Untuk melihat semua penyertaan: Topik Undian 018





  • Categories

  • Tags

  • Statistics

  • Archives