CRB 015: Swamp Thing

Posted by on Sunday, February 19th, 2012. Filed under category Pergh CRB. Tags: , , , ,

 

015-original

 

Swamp Thing (c) DC Comics

Swamp Thing adalah watak komik yang direka untuk DC Comics di bawah genre fantasi-seram. Watak Swamp Thing ini begitu klasik dan pernah digarap menjadi filem, siri tv dan juga kartun/animasi. Keunikan dan sifat klasik watak ini menjadi sandaran utama dalam pertarungan minggu ini, dan sekiranya anda lihat hasil penyertaan di bawah, anda akan dapat mengecapi apa yang diperkatakan!

Sayembara ini telah berlangsung dari 17 November hingga 29 November 2007.

Pemenang Utama: Swamp Spam oleh Chakra

 

015-winner-chakra

 

Chakra jauh meninggalkan peserta-peserta lain dengan Swamp Spam rendisinya kali ini. Manipulasi cahaya dan bayang-bayang berjaya menimbulkan visual jasad watak tersebut, ditambah lagi dengan rekaan semula watak Swamp Thing yang bisa menyelami watak versi Alan Moore. Syabas Chakra kerana dedikasi yang tinggi!

Pilihan Editor: Soft Swamp oleh t a n g h

 

015-skynet

 

Keheningan dan ketenangan suasana di alam paya tergambar dalam illustrasi garapan t a n g h ini. Fokus lukisan dijuruskan kepada seekor rama-rama yang pada dasarnya terkeluar dari skema warna keseluruhan lukisan ini, menyebabkannya menjadi pemangkin cerita yang disampaikan.

Pilihan Editor: Makhluk Paya 2008 oleh Skynet

 

015-skynet

 

Skynet mengejar realisme di dalam illustrasinya ini. Dengan kabus nipis mendominasi latar belakangnya, Makhluk Paya Skynet tampak menakutkan, melangkah setapak demi setapak menghampiri latar hadapan. Dengan ini Skynet telah berjaya menghasilkan suasana paya yang begitu sinonim dengan komik-komik Swamp Thing!

Pilihan Editor: Penunggu Kg. Pisang oleh popiaman

 

015-popiaman

 

Selepas dilanda zombie, kini Kampung Pisang dihantui penunggu pula! Dengan palet yang amat restriktif, popiaman berjaya menggambarkan suasana hutan pisang (hah?) dan penunggunya bersiar-siar di dinihari…

Pilihan Editor: Kaler ala kadat oleh Little z3dD

 

015-little z3dd

 

Kegilaan tekstur dengan manipulasi berus digital Little z3dD terserlah dalam karyanya ini. Tidak berhenti setakat itu, Little z3dD juga menganyam cerita di sebalik hanya satu panel, menggambarkan seolah-olah terdapat satu jilid komik yang tidak dapat kita nikmati ;).

39 Penyertaan Keseluruhan: Irkusydamha, ALYRIDURA, d4z (2), TakoyakiChan, Spidey, bohrtaag, Garagerock (2), Silentgecko, Kerandutdalamalmari, popiaman, Chakra, Narami_san, Shin Chan, kromosom, Little_z3dD, Dwen_ke70 (3), Buckethead, Invictus, Deluzzion, azarimy, Stingray_flyz (2), Tarakucha (2), t a n g h (2), Skynet, Mohdhairy (2), Zarulizman (2), Fern, leydi, IceSoul dan Prem_Chopra.

Penyertaan kali ini adalah yang paling ramai setakat ini, dan mempersembahkan persaingan yang amat sengit di kalangan peserta.

Untuk melihat semua penyertaan: Topik Undian 015a, Topik Undian 015b dan Topik Undian 015c





1 Comment to CRB 015: Swamp Thing

odows
January 23, 2008

bila nak update ni bang? 😀

  • Categories

  • Tags

  • Statistics

  • Archives