CRB 009 : Sadako

Posted by on Thursday, February 16th, 2012. Filed under category Pergh CRB. Tags: , , , , ,

 

009-original

 

Pertarungan minggu ini, di bawah kategori watak-watak filem dan TV, adalah pertarungan merekasemula watak Sadako dari filem Ringu (The Ring). Semua orang kenal dengan Sadako bagaikan jiran mereka sendiri, bukan? Dan ada yang menyampah dekat ex-boyfriend masing-masing sehingga sanggup hantar Sadako untuk menghantui mereka? Sayembara kali ini membuka peluang untuk para peserta tunjukkan bakat dalam mereka bentuk Sadako kegemaran masing-masing!

Namun begitu, sayembara kali ini membawa satu peraturan tambahan – hanya karya monokrom sahaja dibenarkan. Tujuannya adalah untuk menggalakkan lagi penyertaan dari artis-artis baru yang kurang mahir dalam mewarna atau catan. Sayembara ini telah berlangsung dari 22 September hingga 28 September 2007.

Pemenang Utama: Sadamatrixko oleh kromosom

 

009-winner-kromosom

 

Kalaulah kita boleh tukar watak Trinity dalam The Matrix dengan Sadako, mungkin kita akan berupaya menonton filem tersebut dalam genre scifi-seram pula! Rekabentuk Sadako oleh kromosom ini mengingatkan kita kepada watak Ghost  (Dark Horse Comics) yang pernah dipopularkan oleh Adam Hugh, namun ia tetap mengekalkan keunikan teknik dan gaya lukisan kromosom.

Pilihan Editor: Sadakoro oleh Leydi

 

009-leydi

 

Seperti kata-kata yang terpahat oleh Leydi sendiri, “tak seram langsung!”. Tetapi tak ada siapa yang boleh menafikan tujahan-tujahan jenaka yang menggerudi rusuk masing-masing apabila terbayang Sadako berambut afro. Sadako sendiri bagaikan tak percaya!

Pilihan Editor: Sadako-Pingu oleh Sapot_poleng

 

009-sapot poleng

 

Sadako Pingu? Alahai comelnya! Gayanya bersahaja, tetapi ideanya begitu mencuit hati. Mana sajalah kau korek idea ni, Sapot_poleng?

Pilihan Editor: Sadako Lidah oleh Invictus

 

009-invictus

 

Waargh! Invictus telah berjaya menangkap aura alam angker yang begitu efektif sekali dalam rendisinya kali ini. Garit-garit dakwat yang cermat membentuk tekstur yang begitu menyakinkan, menyebabkan sesiapa yang terpandang akan pasti terasa gerunnya.

27 Penyertaan Keseluruhan: Skynet, garagerock, dwen_ke70 (2), thirtynine, kromosom, narami_san, d4z, stingray_flyz, GRINDSICTANICS, bickbong, azarimy, mat spawn, Leydi, Bohrtaag, Orang diam2 (2), shahrulyusof, sapot_poleng (2), loque, invictus (2), ajinda dan Nusantarian (2).

Untuk melihat semua penyertaan: Topik Undian 009





  • Categories

  • Tags

  • Statistics

  • Archives