CRB 008 : Sang Kelembai

Posted by on Thursday, February 16th, 2012. Filed under category Pergh CRB. Tags: , , , , , , ,

Siapakah Sang Kelembai? Sang Kelembai atau juga dikenali sebagai Sang Gedembai adalah sejenis makhluk gergasi yang mengikut dongeng Melayu tinggal di dalam hutan jauh dari penempatan manusia. Sang Kelembai hidup tersisih kerana sumpahan yang menghantuinya – setiap benda yang ditegurnya akan bertukar menjadi batu. Namun ada juga yang mengatakan ia bukannya sumpahan, tetapi anugerah. Macam cerita super hero pulak!

Sayembara ini mengimbau imaginasi peserta untuk membayangkan Sang Kelembai mengikut dongeng Melayu. Tiada gambaran awal untuk sayembara kali ini, dan semuanya berdasarkan kemampuan peserta untuk membuat kajian masing-masing terhadap subjek ini.

Sayembara ini telah berlangsung dari 14 September hingga 21 September 2007.

Pemenang Utama: Gedembai Emo oleh kromosom

 

08-winner-kromosom

Dengan menggunakan palet yang mudah, kromosom menyandarkan rekabentuk Sang Gedembai yang emosional. Kesedihan tergambar jelas di raut wajahnya, berjuxtaposisi dengan susuk tubuh yang gagah dengan lipatan kerak-kerak otot yang bersimpang siur. Gradien warna yang digunakan juga menambahkan lagi impak emosi suram pada karyanya ini.

Pilihan Editor: Siti Kelembai oleh Tangh

 

08-tangh

Tangh akhirnya menunjukkan taringnya dengan persembahan ala komik yang ringkas tetapi padat. Tak perlu dialog, tak perlu narasi. Hanya memek muka dan gerak tubuh menyampaikan cerita.

Pilihan Editor: Kelembaiku oleh popiaman

 

08-popiaman

Amarah dengan gegak gempita Sang Kelembai popiaman menyerbu keluar dari paparan skrin anda! Rekabentuk nukilan popiaman ini menonjolkan Sang Kelembai yang mungkin dipengaruhi makhluk siklop dari mitologi greek, tetapi tidak kurang impaknya dengan aksi pergerakkan yang menarik.

Pilihan Editor: Dark Kelembai oleh invictus

 

08-invictus

Ini pula adalah Sang Kelembai ala nenek kebayan. Namun invictus menyuntik elemen seram ke dalam rekabentuknya, menghasilkan Dark Kelembai. Penggunaan warna-warna gelap yang kontras dan disandarkan dengan warna latar belakang menguatkan lagi ambiens Dark Kelembai ini.

12 Penyertaan Keseluruhan: dwen_ke70 (2), Tangh, kromosom, Leydi, narami_san, d4z, Terrible Shogun, stingray_flyz, bickbong, popiaman dan invictus.

Untuk melihat penyertaan keseluruhan: Topik Undian 008 





  • Categories

  • Tags

  • Statistics

  • Archives