CRB 006 : Conan The Barbarian

Posted by on Tuesday, February 14th, 2012. Filed under category Pergh CRB. Tags: , , , , , , , , ,

006-original

Lebih 70 tahun yang lalu, satu idea bernas tercetus di dalam fikiran Robert E. Howard. Beliau membayangkan satu watak protagonis yang anti-hero, hidup di zaman Hyborian yang bermula selepas kemusnahan Atlantis. Di sinilah lahirnya watak Conan the Barbarian, satu watak yang begitu ikonik dalam dunia fantasi barat. Conan telah diadaptasi di dalam bentuk novel, komik, novel grafik, siri TV, kartun animasi hinggalah ke layar perak.

Pemilihan watak Conan di dalam sayembara ini diharap akan menjana imaginasi peserta ke genre fantasi dan seterusnya ke alam dongeng dan lagenda. Sayembara ini telah berlangsung dari 31 Ogos hingga 6 September 2007.

Pemenang Utama: Conan & “Friend” oleh Bohrtaag

 

006-winner-bohrtaag

Skema warna monotona nyata tidak menghalang Bohrtaag dari menjuarai sayembara kali ini. Apakah yang mungkin menjadi pemangkin kepada kejayaan Bohrtaag buat kesekian kalinya ini? Ya, sudah semestinya elemen “friend” di dalam karyanya menjadi penarik utama!

Pilihan Editor: Conan the Red oleh Kromosom

 

006-kromosom

Karya kromosom kali ini menggabungkan imejan dari satu lagi watak fantasi yang sudah tidak asing lagi: Hellboy! Dengan menggunakan teknik ala cell shading, kromosom berjaya menghasilkan amalgamasi Conan dan Hellboy dengan begitu mesra sekali.

Pilihan Editor: Conan the Librarian oleh azarimy

 

006-azarimy

Kalau Conan bersara awal, carilah dia di perpustakaan awam berhampiran rumah anda! Pastinya tak akan ada sesiapa yang berani mencuri buku atau lewat memulangkan buku :D .

Pilihan Editor: Conan the O’Brien oleh tarakucha

 

006-tarakucha

tarakucha buat lawak lagi! Kali ini Conan O’Brien pula yang menjadi mangsa. Cuma mungkin kita jarang tengok Conan O’Brien yang begitu gagah perkasa bak lakaran tarakucha.

Pilihan Editor: The Freak Brave Conan oleh Tangh

 

006-tangh

Gah! Mungkin begitulah rupa Conan versi zombie tua hasil nukilan Tangh. Dengan menggunakan teknik cell shading dengan kontras warna yang ketara menimbulkan lagi keperitan Conan yang semakin lapuk ditelan zaman :D .

20 Penyertaan Keseluruhan: Stingray_flyz (2), Tangh, d4z, MohdHairy, Sapot_poleng, Batmanbegins, Bickbong (2), tarakucha, Orangdiam2, Mat_spawn, Takara, Bohrtaag, Sayahan, Leydi, azarimy, Ajinda, kromosom dan Fern.

Untuk melihat semua penyertaan: Topik Undian 006





  • Categories

  • Tags

  • Statistics

  • Archives