CRB 005 : Kapten Malaysia

Posted by on Wednesday, February 8th, 2012. Filed under category Pergh CRB. Tags: , , , ,

“Aku nak komen sikit pasal Captain America dan mengapa Kapten Malaysia tampak (bagi aku jela) kurang original dan kurang relevan (walaupun percubaan memberi nafas baru kepada beliau di sini lebih dari memuaskan, malah mengiurkan dan membangkitkan nafsu serakah yang tidak homo-erotis)

Pertama sekali, Captain America lahir semasa semangat ke’amerika’an begitu mebuak-buak, semasa perang dunia kedua. Pada masa itu, Caps melawan tentera German di Eropah bersama tentera biasa.

Kapten Malaysia lahir dari keinginan untuk mencipta sesuatu ‘watak’ yang mampu menandingi Superman dari US. Nota: Teori aku semata-mata. Tiada kaitan sebenar.

Nampak perbezaannya? Caps lahir dari ‘semangat kebangsaan’ atau nationalisme, manakala Kaps lahir dari? Iri hati? Semangat melawan kolonialisasi? Kuasa barat?

Aku fikir dalam me’redesign’ Kaps, kita juga harus me’redefine’ mengapa Kaps lahir di Malaysia. Gambar watak dengan KLCC terbakar kat belakang tu mungkin boleh dijadikan titik tolak kepada sebab wujudnya Kapten Malaysia. Mengapa dia perlu wujud dalam dunia kita sekarang ini?

Jika kita lihat, Caps di US masih bertahan karektornya, kerana landasannya yang begitu kukuh. Begitu juga sepatutnya Kaps.” – mockingbird

Berdasarkan perbincangan di atas, kita dapat lihat predicament yang dilalui oleh kebanyakkan penggiat komik Malaysia, terutamanya apabila membincangkan watak Kapten Malaysia, satu watak superhero Malaysia yang diperkenalkan dalam tahun 80an. Sayembara kali ini mengimbas rekabentuk-rekabentuk Kapten Malaysia yang mungkin terbit sekiranya ia direka pada hari ini.

Sayembara ini telah berlangsung dari 23 Ogos hingga 31 Ogos 2007 sempena sambutan Hari Merdeka dan Tahun Kemerdekaan ke-50 Malaysia.

Pemenang Utama: Kapten Malaysia 50 oleh Bohrtaag

 

05-winner-bohrtaag

Kapten Malaysia! Dengan warna-warna primer yang sinonim dengan Jalur Gemilang, wajah yang terpampang ke bijaksanaannya, serta tubuh yang gagah perkasa, rekaan Bohrtaag cukup untuk menggambarkan aspirasi rakyat Malaysia akan hero yang akan menyelamatkan mereka.

Pilihan Editor: Kapten Malas-sial oleh tarakucha

 

05-tarakucha

Karya tarakucha kali ini begitu menyambar dengan lidah-lidah pedas! Malah namanya sendiri sudah cukup untuk menggambarkan sifat dan sikap kebanyakkan masyarakat Melayu di Malaysia. Siapa yang termakan cili, dialah yang akan terasa pedasnya!

Pilihan Editor: Kapten Malaysia punya anak saudara oleh Adijin

 

05-adijin

Kalau Kapten Malaysia tak ada, siapa yang akan menyelamatkan kita? Kapten Malaysia punya anak saudara! Gaya bersahaja yang digunakan oleh Adijin begitu selamba, berani dan terus terpahat di minda. Apatah lagi dengan kain merah terikat di leher dan gula-gula lapan sebagai topeng muka, karya Adijin kali ini menyampaikan mesejnya yang tersendiri. Tetapi apakah ia? AHA!

12 Penyertaan Keseluruhan: kromosom, tarakucha, Adijin, WaveRider, Stingray_flyz (2), Bohrtaag, Tangh, Hamzi, MohdHairy, azarimy dan Matspawn.

Untuk melihat semua penyertaan: Topik Undian 005





  • Categories

  • Tags

  • Statistics

  • Archives