CRB 004: Bujang Lapok

Posted by on Wednesday, February 8th, 2012. Filed under category Pergh CRB. Tags: , , , , ,

04-original

 

Pok, pok, pok, bujang lapok,
Ada mancis tak ada rokok,
Jalan jauh tersenggok-senggok,
Tumit melecet hai lutut terbengkok.

Bait-bait melodi mendayu-dayu menggamit perasaan nostalgia kepada pendengarnya. Siapa yang membesar tanpa disogok dengan lagu-lagu P. Ramlee terutamanya dari filem-filem Bujang Lapok tak akan sedar betapa kosongnya hidup mereka. Bujang Lapok adalah watak tiga orang bujang Ramli, Ajis dan Sudin, yang begitu ikonik menjadi pilihan sayembara kali ini.

Mungkin kerana sayembara kali ini memerlukan pelukis merekabentuk semula tiga karakter berbanding hanya satu pada sayembara sebelumnya menyebabkan penyertaan berkurangan secara drastik. Namun ia tidak menyekat kreativiti 7 penyertaan yang berjaya mencuit imaginasi audiens di perghdotcom!

Pemenang Bersama: Samurai Bujang Lapok oleh Bohrtaag

 

04-bohrtaag

 

Bujang Lapok pandang ke timur! Bayangkan filem-filem Bujang Lapok diarahkan oleh Akira Kurosawa, bagaimanakah agaknya rupa filem Star Wars: A New Hope? Eksplorasi Bohrtaag dalam karyanya ini begitu menyakinkan dan realistik, ditambah dengan penggunaan warna yang lembut dan terkawal, menyerlahkan lagi impak klasik Samurai Bujang Lapok.

Pemenang Bersama: Pirates Bujang Lapok oleh tarakucha

 

04-tarakucha2

 

Pirates of the Carribbean! Atau mungkinkah Lanun Selat Melaka? Versi tarakucha ini amat mudah dikenali, terutamanya dengan teknik ala kartun atau animasi flash tampak comel dan mencuit hati. Kita hampir-hampir dapat melihat watak-watak tersebut hidup dan dengan tangkas melompat-lompat di atas dek memacu kapal menuju ke destinasi!

Pilihan Editor: Avengers Bujang Lapok oleh tarakucha

 

04-tarakucha1

 

Tarakucha kembali lagi dengan rendisinya kali ini Avengers Bujang Lapok! Avengers? Sekali imbas pastinya kita dapat mengenali watak-watak komik kumpulan Avengers – Ironman, Spiderman Venom dan Captain America yang diolah sedikit dengan logo Malaysia. Teknik persembahan yang kemas mencerminkan elemen komik superhero Marvel yang pastinya menggamit imaginasi ramai!

Pilihan Editor: The League of Extraordinary Bujang Lapok oleh azarimy

 

04-azarimy

 

Dari Jepun, ke Carribbean hingga ke America, kini Bujang Lapok singgah di United Kingdom dengan karya azarimy The League of Extraordinary Bujang Lapok! Rekabentuk ala Victorian mengimbas kembali zaman kegemilangan British serta komik Alan Moore yang begitu popular.

7 Penyertaan Keseluruhan: kromosom, Tangh, tarakucha (2), azarimy, Bohrtaag dan Leydi.

Untuk melihat semua penyertaan: Topik Undian 004





  • Categories

  • Tags

  • Statistics

  • Archives