CRB 003 : Chun Li

Posted by on Wednesday, February 8th, 2012. Filed under category Pergh CRB. Tags: , , , ,

03-original

Chun Li ™ dan (c) Capcom

Oho! Chun Li!

Siapa tak kenal Chun Li? Chun Li adalah antara karakter game paling ikonik dalam tahun 90an, dipopularkan melalui permainan arked Street Fighter II dan versi-versi seterusnya, termasuklah media lain seperti filem animasi dan komik. Populariti Chun Li disandarkan dalam pertandingan ini kerana hanya Chun Li dapat menjana penyertaan sehingga 31 penyertaan secara seluruhnya!

Sayembara ini telah berlangsung dari 10 Ogos hingga 17 Ogos 2007.

Pemenang Utama: Hmmmm…. ™ oleh ZoOL!

 

03-winner-zool

Tak perlu fancy costume, tak perlu gajet tambahan, tak perlu kata-kata indah! Karya ZoOL cukup mengatakan segalanya. Pos yang diberikan oleh Chun Li begitu dinamik, betul-betul merungkai ciri-ciri Chun Li yang tangkas dan lincah. Teknik catan yang dipersembahkan oleh ZoOL juga begitu kemas dan rapi, menambahkan lagi keperincian karakter olahannya.

Pilihan Editor: Chun Li by Nike oleh Adijin

 

03-adijin

Kalau Chun Li masuk olimpik, barangkali Nike akan menjadi sponsor utamanya! Ada sesuatu yang begitu unik dalam penampilan Chun Li seperti yang digambarkan oleh Adijin ini, mungkin kerana fokus lukisan kepada pos dinamik dan bukan watak itu sendiri. Kerana keunikan ini, karya Adijin dipilih sebagai pilihan editor.

Pilihan Editor: Chun Li Hyper Super Kill Combo!!! oleh Sup

 

03-sup

Pasti ada yang terbatuk darah melihat Yu Fa (Yan) menjiwai watak Chun Li! Tak kenal Yu Fa? Barang siapa peminat Stephen Chow dan filem-filemnya pasti tak akan terlepas dari bertembung dengan watak Yu Fa, si jejaka lembut yang kerap kali mencuri tumpuan. Dan Sup tidak melepaskan peluang menjiwai semangat Yu Fa… errr… Chun Li!

Pilihan Editor: ehem oleh LobakOren dan Just_jimi19

 

03-lobakoren dan just_jimi19

Anda pasti dapat rasakan kehangatannya! Usahasama LobakOren dan Just_jimi19 ini berjaya menghasilkan satu suasana yang panas dan berahi, cukup untuk memacu hormon audiens ke hyperdrive! Warna suam-suam suram yang digunakan menambahkan lagi bahang Chun Li!

Pilihan Editor: Chun Li Majapahit oleh azarimy

 

03-azarimy

Ayuh ke nusantara! Mungkin begitulah rupa Chun Li sekiranya beliau lahir di bawah kerajaan Majapahit. Penggunaan tekstur batik dan elemen perhiasan budaya Jawa oleh azarimy memberikan keunikan gabungan dua budaya.

31 Penyertaan Keseluruhan: Tangh (3), Amirzakirana, kromosom, azarimy (2), Adijin, tarakucha (2), ZoOL!, Xilence Swordswind, Silentgecko (5), Ayridura, syarul (2), Sup, little Z3dD (2), Devil_mumu, Terrible Shogun, Just_jimi19 (2), Mono-activ, Chayrot, Mat_spawn, Leydi, Aimo, popiaman, LobakOren, IceSoul dan LukisanPasar.

Untuk melihat semua penyertaan: Topik Undian 003





  • Categories

  • Tags

  • Statistics

  • Archives