1 Jun 2006
BENGKEL MOTIVASI KARYA
Oleh: Kartunis Zunar
TARIKH: 18 JUN 2006 (Ahad)
MASA: 10.00 pagi hingga 5.00 petang
TEMPAT: Sek Agama Al-Ikhlas Tmn Permata, berhampiran giant.
BAYARAN : RM 20
1. Mengenali bakat diri
2. Memaksimakan kekuatan karya dengan menguatkan kelemahan
3. Pemilihan tema, subjek dan elemen dalam berkaya berdasarkan kekuatan dan kelemahan bakat
4. Mencapai kejayaan dalam berkarya.
5. Mengekalkan kejayaan dengan pengisian ilmu.
6. Memasarkan karya.
Penyertaan terbuka untuk semua pelukis, pelukis kartun dan penulis
Untuk penyertaan sila hubungi/sms jOnOs : 012-917 8770[B]
* Dilaporkan oleh alifstyle
Gambar Pelan lokasi dan perbincangan di Forum : Mari pergi ramai-ramai!
Alifstyle Dengan Orang Kuatnya!
Dalam senyap-senyap dan sepi, rupanya2 kehilangan si Alifstyle dari pergh ini serta susah nak nampak online, seperti yang saya sangka beliau amat komited kepada kerjayanya. Muncul kini : ORANG KUAT!. Terbitan PTS - Lihat Detail

Lihat celoteh alifstyle di webnya : http://www.cartoonrama.com
* aku nak beli satu yang ditandatangani ekslusif ko alif. Jumpa di bengkel tu nanti..
.
8 May 2006

Pergh!atian Pergh!ting.
Proses ini akan dijalan :
- Nama : Dari IPB ke SMF.
- Bermula : 8 May 2006 - 2300hrs . (Waktu Malaysia - Sebab ada ramai gak Oversea :p)
- Siap : Sepantas 2 - 3 jam atau selewat 168 jam. Bergantung kepada masalah-masalah yang mungkin timbul dan segala macam masalah yang selalunya tidak terjangka. Tidak termasuk lagi segala line internet, masalah masa mahupun masalah kewangan.
Berikutan dengan permasalah ‘hijacking’ pada script Invision Power Board yang memerlukan patch dan patch itu gagal aku dapatkan kerana IPB tidak lagi memberikan scriptnya percuma. Pilihan terbaik yang aku ada pada masa ini ialah convert / bertukar kepada script forum yang lain. PHPBB? No!, dulu masa pakai phpbb 3 kali aku kene hack tau!. And also slow loading dan theme yang serabut (eh, aku nih kire pandai gak laa theme2 nih tau). So the best choice dan terbaik SEKARANG ialah SMF : http://simplemachines.org
Ada : Kelebihan SEO / Search Engine Optimisation. Dalam erti kata senang bagi si Buta Webprograming ialah “Mesra Dengan Enjin Carian”. Penting: FREE. Hehehe.
Dengan database yang mencecah ratusan MB, dan file-file yang sudah diupload pula agak-agaknya 1 - 2 Giga!, saya tidak boleh menjamin hal ini perkara mudah! Bayangkan, data-data dalam bentuk teks itu sahaja cecah Ratus Megabyte!
Besar bukan database pergh.com ini. Yang mana ianya barangkali adalah mesej-mesej anda, tunjuk ajar anda, mesej2 peribadi anda, kata-kata gurau anda, teman tapi mesra anda, musuh-musuh anda, kutuk-kutuk dan maki hamun anda, komplen pada editor2 komik, komen pada mereka-mereka yang perasan dan sedap duduk suka-suka supaya terjeda!, komen korang pada majalah2 Gempak - Starz - Urban Comics - UMBRA - JOM - G3 - Mato-Mato - Blues Selamanya - Apo? - Ujang… komen tentang segala bagai apa
saja dari korang, kawan-kawan korang dan aku.. bukan setakat tahun lepas dan tahun ini, tapi sejak 5 tahun yang lalu!. Dan segalanya boleh dikatakan yang didelete oleh pihak kami tidak sampai 1 % pun darinya.
Itulah pergh.com, kerana bagi kami, semua itulah ‘Nilai’ dan ilmu serta Nostalgianya kita sejak bertahun dulu. Mekasih.
” Doakan aku berjaya dalam misi Tak Berapa Mustahil nih. ” ~ Mysticmind the Mastermind. :p
2 May 2006

The Creative Multimedia Department of Multimedia Development Corporation (MDeC) is organizing an animation (2D/3D) pitching competition, under the MSC Creative Multimedia Content Initiative (M-CMCI). In this competition, companies or individuals will have to pitch their ideas or pre-production of their animated characters, the story and eventual background information of the show.
OBJECTIVE:
| • |
To use this as a content creation platform and to create more quality content that can be showcased or marketed globally. |
| • |
The competition will be an avenue to encourage and nurture new talents in turning their Ideas into reality. |
| • |
To attract animation content developers to come out with greater ideas and stories |
FIVE winners will be awarded a RM50,000 grant each, to support their trailer or pilot episode. The competition will be opened from 26 April 2006 until 14 June 2006.
*Refer/Rujuk thread: http://www.pergh.com/forum/index.php?showtopic=9254Â atau http://www.pergh.com/forum/index.php?showtopic=9231
24 Apr 2006
Jangan gunakan Internet Explorer pada waktu ini . Ini kerana ada masalah berkaitan security, script exploit, worm, trojan dan sebagainya pada script forum. Jangan download sebarang apa pun dari forum. Anda cuma ada 2 pilihan :
1 - Download Firefox di http://www.getfirefox.com
2 - Tinggalkan forum buat sementara sehingga ia pulih.
Untuk membaikpulih keadaan, pihak pergh memerlukan kebarangkalian 2 - 7 hari. Ini adalah kerana, script yang dipakai kini (Invision Power Board) versi yang tiada upgrade lagi berikutan IPB tidak memberikan sebarang support dan juga script barunya secara percuma. Apa yang boleh pihak webmaster lakukan kini ialah, menukar IPB ini kepada SMF (simple machine forum). namun begitu, dengan skala database yang BESAR dan proses ‘convert’ bukanlah sesuatu kerja yang mudah. Ia memakan masa dan memerlukan komitmen.
Saya tidak dapat menjanjikan apa2 yang terbaik pada waktu ini. Sekian.