General & Update
M.I.C.C : Morning International Comic Competition 2009
Morning International Comic Competition.
(They’ve change from “Manga” to “Comic” because they dislike manga-ish entry.
Short info :
INTERNATIONAL MANGA COMPETITION
presented by Weekly Morning, Kodansha, Japan
Competition entries being accepted now!
Morning, with a weekly circulation of more than 400,000 copies and more than 25 years of history, is Japan’s largest and most prominent comic magazine for mature readers. Since its very first issue, the magazine has been host to such megahits as Vagabond, The Drops of the Gods (Kami-no-shizuku), The Silent Service, Say hello to BLACK JACK, and GON, and has had continual and significant influence on Japanese society. We are currently broadening our horizons by holding a competition across the globe in order to seek out and develop new talent.
http://e-morning.jp/mimc/index.html for more information.
Pergh Forum discussion here [ Morning International Comic Competition ]
*thanks to masquevale
Mini Karnival Karangkraf 2009
Mini Karnival Karangkraf 2009
27 Februari hingga 1 Mac 2009
Buat julung-julung kalinya Kumpulan Karangkraf mengadakan Mini Karnival di premis mereka di Seksyen 15 Shah Alam. Kumpulan Karangkraf merupakan syarikat penerbitan terbesar Malaysia yang mempunyai 29 majalah terbitan juga turut menaungi beberapa jenama besar lain seperti Alaf 21, Karya Bestari, Buku Prima, Ultimate Print, dan Akhbar Sinar Harian.
Lihat gambar-gambar poster dan brochure dibawah untuk makluman lanjut:
*klik untuk besarkan

Peta lokasi dan senarai acara.



Datanglah beramai-ramai!
Forum terpaksa ditutup. (update 4)
Saya perlu melakukan beberapa siasatan lebih terperinci dan dalam, load server ini terlampau tinggi dan tidak menentu masanya. Setelah pelbagai cara dilakukan, seakan-akan tidak memberi kesan langsung. Ia tetap terlalu tinggi sehingga memori server habis!. (Out of memory)
Ini menjadikan server tersebut ‘hang’. Sana seperti CPU komputer anda juga, apa yang boleh dibuat selalunya adalah ‘restart’. Lagi,lagi dan lagi.
Sekiranya dilakukan banyak kali, maka anda juga tahu ia bukan hal yang baik. PC anda boleh rosak sistemnya, dan yang lebih teruk boleh rosak hardwarenya. Maka perkara yang sama juga boleh berlaku kepada server ini.
Apa yang anda juga tidak nampak ialah saya dan admin server ini ( Amran ) telah mencuba bermacam2 method. Dari meng-optimize punca-punca yang mungkin menyebabkan load tinggi. Menginstall cake php on server, mendisablekan beberapa function yang tidak perlu. Mengupdate kernel, whm, php & apache, software2 dan sebagainya perkara teknikal yang susah nak dijelaskan sudah tungkus lumus guling golek bagai.
Tiap2 kali terpaksa restart, 90% kebarangkalian database ada kerosakkan. Dan saya terpaksa check error2 yang keluar. Ada yang boleh direpair begitu saja, ada yang terpaksa check 1 demi 1. Ada yang kene taip command code. Ada juga yang merisaukan adalah jika ia tidak boleh dibaiki atau error semasa cubaan membaikpulih.
Saya sendiri ada masanya sudah merasa… lelah dan …. Saya percaya, ada yang marah, kecewa, frust, terkilan, tak puas hati bahkan ada yang mengata-ngata secara tak sedar ie : apalah, server asyik down aje. Apelah, tak boleh akses, apalah itu dan ini. Apa yang saya mampu buat? Entah…
Traffic ke web ini sudah cecah ribuan orang sehari, hitsnya pula sangatlah tinggi hingga ribu-ribu-ribu, mungkin setiap orang membuka 100 page sehari atau lebih. Memang saya sukakan traffic yang tinggi dan user yang bertambah tapi…
Apakah web ini perlu diupgrade ke dedicated server?… Kalau ikutkan, memang itulah yang sepatutnya.
Terima Kasih atas semua…
*****
Tiba2 Update 3 jer.
Siasatan dilakukan, ada kebarangkalian besar ada serangan D.d.o.s A.t.t.a.c.k. Pihak jaring sedang melakukan siasatan.
Buat pengetahuan anda juga… server p.u.t.e.r.a.com juga tlah kene attack yang teruk sebelum ini. Sehingga sekarang, masalahnya juga belum selesai.
*****
Update 4.
Malam tadi, 1 IP disyaki punca sebahagian attack telah diblock oleh pihak jaring. Pemantauan masih dilakukan kerana, walaupun forum telah ditutup sementara ini. Tiba-tiba ujud banyak akses atau dipanggil ‘traffic spike’. Ia tidak hanya menyerang pergh tetapi ibarat menyerang IP dan DNS. Perlu dikenalpasti samada ‘true traffic’ or something else. Not an easy task btw.
Spambot attack forums.
Masalah ini masalah global, forum pergh tidak terkecuali. Setiap hari saya kena monitor dan delete members yang sebenarnya spambot. Pelbagai method telah saya cuba, tapi tetap ada.
Ianya bukan masalah pergh dan smf forum scripts saja, spambots hari ini sudah evolved dan maju. mereka boleh melepasi (bypass) beberapa security protection seperti pengenalan image dan code sebelum pendaftaran sekalipun. Spambot juga boleh masuk melalui script injection dan sebagainya… Entah macammana saya pun tak faham.
Ia menyerang apa-apa jenis forum juga. Ini termasuklah SMF, PHPBB bahkan Vbulletin yang berbayar mahal itu juga. Jika blog-blog wordpress, memang sudah lazim diserang spambot, selalunya di bahagian komen. Tetapi wordpress sudah mempunyai plugin anti spam, yang digelar Akismet yang dicipta oleh owner wordpress iaitu Matt.
Konsep plugin Akismet ini ialah, ia merupakan satu database penyimpan data spammer / spambot. Jadi jika sesuatu pos komen dibuat, pos tersebut akan melalui plugin Akismet yang berfungsi sebagai penapis. Jika terdapat kebarangkalian pos tersebut adalah spam, secara automatik pos tersebut dihantar ke Spam comment. Bagus bukan? Malangnya, fungsi ini belum ada bagi forum. Sudah ada beberapa percubaan dilakukan, tapi belum ada yang betul-betul berjaya atau ‘proper & solid’ untuk digunakan.
Apa yang orang kebanyakkan tidak tahu, (bahkan admin2 forum pun tidak tahu).. Serangan bot spam ini boleh mengganggu operasi server. Ia boleh menjadi salah satu perkara yang menyebabkan load server menjadi tinggi. Boleh menjadi masalah dan menyakitkan hati. Spambot ini lazimnya boleh menghantar pos-pos lucah, private message kepada ahli dan sebagainya.
Langkah-langkah lazim yang mampu saya buat setakat ini hanyalah beberapa langkah termampu seperti:
- Menghalang spambot dengan robots.txt
- Menghalang spambot dengan block ip-ip spambot dengan .htaccess
- Mendelete spambot yang menjadi ahli forum pergh (ini bukan tugas mudah, saya perlu menyiasat, check IP dan sebagainya, takut terdelete manusia )
Spambot memang menyakitkan hati!…
*Sudah setahun lebih theme ini. WordPress pun sudah advanced. Saya perlu juga menukarkan theme ini kepada theme baru yang lebih bergaya.
. Harap-harap ada masa terluang…
Forum bermasalah… (updated 5)
15/16hb – Ada masalah berulang, erm… macam2 dah dibuat oleh Amran Rokawa as server admin yang hebat.
Macam2 gak yang dah aku buat kat forum, letih betul merepair database rosak la, crash la…. Pastuh membuat segala optimized yang patut… tapi banyak lagi bende nak kene buat nih… Tapi masih tak konsisten dan load server masih juga agak tinggi.. Macam kene Ddos attack je… Nampaknya, nanti nak kene upgrade lagi la server nih kepada 2GB RAM.. Ada sesapa anak sponsor server RAM?
—
14hb…. Ada masalah berulang, saya perlu tutup sebentar untuk mencari dimana punca masalah ini. Nasib baiknya ialah ia tidak rosak sehingga hilang data kerana table message data tidak crash.
—
Setelah langkah-langkah repair database gagal, dan segala method menyelamatkan database adalah gagal. Kerosakkan seperti ini boleh berlaku pada mana-mana database. Apatah lagi database yang besar… Lantaran itu, option yang tinggal hanyalah restore database backup terkini. Database backup terkini adalah pada 11hb Januari lalu. Server autobackup telah saya setkan autorun setiap minggu iaitu ahad malam Isnin. Untuk autorun backup setiap hari adalah sukar kerana ia akan membebankan server juga, jadi 1 minggu sekali sudah kira cukup bagus setakat ini.
So… segala pos topik dan mesej dalam 2 hari ini, (Isnin, Selasa 12 & 13hb) tidak dapat diselamatkan. Selain itu juga, Pergh.com sejak akhir2 ini turut mengalami peningkatan traffic hampir sekali ganda. Menyebabkan server juga mengalami load yang tinggi. Jadi saya masih perlu melakukan beberapa perkara teknikal lagi. Oh ya, database yang rosak.. cuma database forum sahaja, lain-lain database tidak terlibat.
—
13-hb: Pemberitahuan, forum kesayangan kita sedang menghadapi masalah.. database crash, segala perkara lazim seperti automatic repair, run optimize, manual repair command dan sepertinya tidak memberi kesan. Dengan itu… saya terpaksa hold dulu segala akses. Masalah ini kelihatan agak serius [code red]. Saya dan pihak admin server sedang melakukan kerja-kerja penyiasatan dan maintenance.
Update : Server Sudah Siap
Yay! Server baru sudah siap. (sudah test malam tadi
)
Cuma tinggal beberapa langkah lain seperti 2 DNS baru untuk server tersebut. (Ya.. ada harga yang perlu dibayar juga). Kini proses seterusnya ialah membuat beberapa percubaan terlebih dahulu sebelum melakukan pemindahan keseluruhan.Dibantu oleh pihak penyedia server (kenalan saya) yang baik hati.
. Walaupun begitu, tetap ada masalah-masalah luar jangka.
Semasa saya mencuba-cuba. Didapati server baru ini jauh lebih pantas dari server lama. Selain itu, ia lebih besar, lapang dan luas (buat masa sekarang). Lebih bebas dan lebih segalanya dan tentunya lebih jugalah kosnya. Apa-apapun, banyak jua yang sedang dirancang yang boleh dibuat diserver baru ini.
Sekarang… Saya mencari masa terbaik didalam kesibukkan ini untuk membuat kerja-kerja tersebut, malangnya keterbatasan waktu dengan segala bagai kerja, amat menggusarkan. Entah yang mana hendak dibuat dahulu. Jadi saya tidak terlalu mengharap proses pemindahan ini dapat dilakukan dalam tempoh yang terdekat. Sehabis awal pun minggu hadapan.
Oh Ya… Untuk yang berminat, berniat, simpati atau apa sekali pun sebabnya.. ikhlas mahu menyumbang untuk mengurangkan beban awalan ini . Bolehlah berbuat demikian:
Ini no. akaun Maybank saya :
106110014363 Muhamad Nizam Bin Ahamad
email : nizam.ahamad[-at-]gmail.com
Sekian terima kasih.
Nizam Ahamad.
www.NizamAhamad.com
Forum Ditutup Sehingga Diberitahu.
Forum Pergh dan Web ini sudah sampai ke tahap berikut, satu anjakkan ketahap yang jauh lebih tinggi dari segala tahap tinggi yang biasa diperlukan. Berikutan beberapa masalah lazim sesebuah web yang semakin membesar dari hari ke hari, maka mahu tidak mahu perkara seperti ini pasti berlaku.
Pergh sudah tidak layak berada di shared hosting service, walaupun shared hosting tahap tertinggi. Ia akan ke VPS atau Semi Dedicated atau Dedicated server. Dipindahkan sebahagian atau sepenuhnya belum dipastikan.
Untuk update terkini, ahli2 boleh dapatkan maklumat di web saya (mysticmind) selaku Founder Pergh.com di NizamAhamad.com atau juga di group Pergh @ Facebook .
Proses-proses ini mungkin memakan masa yang lama, telahan pula database forum pergh sahaja bukan sembarangan database. Dengan saiz yang sebegitu besar, dengan line streamyx berkelajuan hanya 1MB, apalah sangat yang boleh saya harapkan. Mustahil untuk disiapkan dalam tempoh semalaman.
Bermain dengan database dan pemindahan juga kerapkali berkaitan dengan masalah-masalah error. Kesilapan boleh berlaku dimana-mana. Samada semasa upload, semasa memasukkan data kedalam database server baru. Mahupun kesilapan kecil yang boleh menjejaskan.
Oh, tidak lupa juga… attachment yang ada mungkin mencecah berpuluh2 Gigabytes! (saya tidak pernah periksa itu, tapi yang pasti ianya jauh lebih besar saiznya). Sesetengah orang mungkin berfikir dan berkata…
“Ko delete dan buang jer file-file attachment lama dan database lama tu, amik user jer”.
Sorry, maaf, sejak pergh.com ini wujud dari 1957 2001 , tidak ada pun data mahupun attachment dibuang begitu sahaja… kerana pepatah Pergh! ada mengatakan :
“Every single post, is a Pergh Treasure!”.
“Setiap satu pos mesej, adalah Khazanah Berharga Pergh!”
Yang Benar,
Nizam Ahamad a.k.a Mysticmind
http://www.nizamahamad.com
*korang masih boleh komen di bawah sini.
Kelantan Delight KLCC & Pergh.com
Kisahnya.. sangat kecoh di TV sekarang perihal tiada lagi peniaga bumiputra di Suria KLCC . Saya tidak kisahkan sangat tentang melayu yang selalu mengharapkan superiority dalam semua hal… , sedangkan tak ramai melayu membudayakan perniagaan sebaliknya lebih suka mencari kerja tetap dan penakut dalam hidup (maknanya, lawan kepada hidup di zon selesa).
Apa yang lebih memberi kenangan kepada aku (setidak-tidaknya)… adalah kerana ramai ahli2 terawal pergh mempunyai kenangan hebat ini di Kelantan Delight KLCC. Tahun 2001 dulu, kami pernah bergathering di Kelantan Delight KLCC dengan kehadiran lebih dari 40 orang. Ada melayu, ada cina, ada kurus, ada gemuk, ada yang kaya dan ada yang miskin (saya pada masa itu miskin – dan sekarang pun tak kaya) dan sebagainya..
Turut hadir pada waktu itu adalah Sdr Aie sebagai VVIP bagi kami… yang dijemput khas oleh brader Sudin , turut disiarkan di majalah Aku dan Sesuatu Isu 10. Lihat gambar dibawah ini…
Rupa Baru Sempena 2007
Sedar tak sedar juga, muka depan yang lepas sudah dipakai lebih dari setahun. ^_^ . Jadi! Inilah rupa baru untuk 2007, mungkin juga sampai 2008. Bermula saat ini juga, aku berharap aku akan kekal meng-update muka depan pergh ini agak tidak seperti dulu.
Apa yang berubah mungkin corak pengisian muka depan ini tidak terlalu formal, dan juga ia mungkin ada pos-pos yang bersifat kontemporari dan sedikit sebanyak berbaur pandangan individual. Sebelum ini ia adalah terlebih formal dan sekadar mahu berita yang berkaitan membuatkan ia seperti tidak diupdate apabila tiada isu yang sesuai. Ah! Abaikan sahaja, mulai saat ini, isu-isu semasa jua mungkin dimasukkan di sini.
Walau bagaimanapun, rata-rata ahli pergh › Continue reading
Forum dah selesai diupgrade.
Forum dah selesai diupgrade. Versi terkini lebih stabil dan selamat. Kini saya akan menumpukan perhatian kepada muka depan pula.. Step by step. Tanpa bantuan dari mana-mana orang, semuanya perlu disiapkan sendiri..
Tutorial yang wujud juga sebenarnya sudah berlambak. Cuma semuanya melata diforum. Saya anggarkan, sudah lebih 100 tutorial. Cuma seperti dikatakan, tidak setempat dan tidak dikompilasikan. Saya akan letakkan ini sebagai ‘Primary Works To Do’ .
Sedar tak sedar sudah lebih 5 tahun pergh.com ini wujud. Dan pergh.com tidak pernah sunyi dari kunjungan teman-teman, sahabat2 seperjuangan dan bermacam jenis manusia lagi.
Terima kasih atas sokongan semua! Nantikan kehebatan Pergh.com 2007~!
