Pergh.com : Malaysia’s Premier Artist Community. Comics And Cartoons, Digital and Conventional Arts, Graphics and Animations, Many More!


Weekly Character Design Battle Exabyte Sales Cari Kerja?
Advertise With Us


2 Nov 2007

Komikoo : Komik Malaysia Yang Baru!

Dalam dunia kegersangan komik malaysia lewat ini, muncullah Komikoo - Bukan komik main-main!. Harap benarlah kata slogan itu hingga lewat abad ini setidak-tidaknya. :D
Komikoo - Komik Malaysia
Membariskan beberapa nama besar dan bukan calang-calang orang seperti Adijin , Aedes , Otai Baba Chuah , Kromosom , Nazim Masnawi (ah! baca ajelah nama kat cover tuh!). Pastinya berbaloi untuk dimiliki! Soal harga? Tolak ketepi! RM10 pun masih tetap berbaloi, persetankan soal komik2 luar yang lebih murah itu.

Siapa lagi yang lebih mengambil berat tentang ‘Perjuangan Ini’ jika bukan kita?
(eleh.. RM10 tuh beli topup bleh habis semalaman jer gayut ngan awek yang belum tentu jadi bini)..

Apa kata korang tinjau2 blog diorang kat sini! : Blog Komikoo
Dan baca juga pendapat-pendapat para juri profesional tentang komik Komikoo kat Pergh Forum. (Oh! , diorang pun kutuk kritik sama sendiri tau, janji maju!)

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • del.icio.us
  • Technorati
  • YahooMyWeb
  • Furl
  • Slashdot
Comments (1) + Kategori: Cartoons And Comics, Books, Komik Malaysia + Oleh: webmaster @ 11:22 am


30 Oct 2007

Komik Powder Oleh Ben

Aku secara peribadinya kadang-kadang suka juga membaca karya ben. Bekas kartunis (atau komikus atau comic artist?)  Gempak ini kini telah membawa haluan sendiri dan mencabar diri dengan menerbitkan komiknya sendiri. Powder? Bedak? atau tepung? ok ok, tepung is flour hehe.
Powder Comic By Ben

Kelihatan komik ini lebih feminin, bersifat ala ‘Shojo’ Jump iaitu lawan kepada Shonen Jump. Satu percubaan yang mungkin boleh dikirakan baik dan dalam niche yang tersendiri. Apa2 pun, semoga berjaya Ben!.

Baca topik ulasan Komik Powder ini di forum Pergh!

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • del.icio.us
  • Technorati
  • YahooMyWeb
  • Furl
  • Slashdot
Comments (1) + Kategori: Cartoons And Comics, Books, Komik Malaysia + Oleh: webmaster @ 9:28 am
28 Feb 2007

Kuala Lumpur International Book Fair 2007

Kuala Lumpur International Book Fair 2007.Pesta Buku AntaraBangsa Malaysia 2007.
(Kuala Lumpur International Book Fair 2007)
26 April - 6 May 2007
Putra World Trade Centre (PWTC) Kuala Lumpur.

KLIB 2007 has something for everyone involved in the book industry. A full range of products and services, educational programmes, and networking opportunities make this a must attend event! Every aspect of the fair is designed to provide resources and information to help publishers compete and succeed in today’s changing book industry. If you are in the book publishing industry, KLIB 2007 is the industry’s event where you can experience the entire scope of book publishing from Malaysia and the world - all in one place, all at one time.

New to KLIB 2007 web site is the online e-catalogue, which highlights the latest books and bestsellers by our Malaysian publishers and the world. It also includes a feast of books, periodicals and educational materials by university presses and government departments. For the public, experience a rich catalogue of bestsellers and new releases.

It is our utmost pleasure to cordially invite you to join us at the 26th KLIB 2007.

Diambil dari dan info selanjutnya di :
http://www.klibf.com/main.jsp?PAGEID=klibf_home

Rata-rata ahli pergh adalah khalayak yang boleh dikatakan agak rajin membaca buku :D. Sebagai sokongan juga kepada segala acara yang berkaitan buku di Malaysia maka saya mengambil inisiatif mewar-warkan Pesta Buku ini.

Selain itu juga, saudara Alifstyle iaitu salah seorang team Pergh yang kini berkerja di PTS (salah sebuah syarikat penerbitan Bumiputera yang semakin berkembang) turut memberitahu ada tawaran untuk pihak Pergh.com membuat sebarang persembahan percuma di pesta buku tersebut. Lihat topik di forum: Pergh dijemput buat persembahan percuma di PWTC . Perkara tersebut masih dalam perbincangan, dan rata-ratanya mengalami kesukaran kerana waktu ditawarkan adalah pada hari bekerja. :(

Dikesempatan ini, saya selaku seorang yang selalu berterus terang dalam menyampaikan pendapat ingin melahirkan buah fikiran saya tentang KLIBF ini. (Entry ini adalah panjang)

Bagi saya, kempen menggalakkan rakyat Malaysia membaca selalunya TIDAK DIAMBIL PERHATIAN YANG SEPATUTNYA. [ Read More… ]

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • del.icio.us
  • Technorati
  • YahooMyWeb
  • Furl
  • Slashdot
Comments (0) + Kategori: Events, Books + Oleh: mysticmind @ 11:23 am





This theme named "Seceria Warna Kasihku Padamu?".
Theme totally designed and coded by Nizam Ahamad a.k.a Mysticmind.
Those claimed himself as The Most 'Street Smart' Person in Malaysia
Powered by Superb Powerfull PHP Script on The World : WordPress
22 queries. 0.346 seconds.