Books
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010
Acara tahunan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur ini kembali lagi pada tahun ini.
Kurang dua minggu lagi, akan bermulalah Pesta Buku atau KL Book Fair kali yang ke 29!. Sudah 29 kali ujudnya, entah berapa kali pula anda semua pernah datang. Marilah beramai-ramai ke pesta buku,cukup-cukuplah asyik-asyik pesta hiburan sahaja.
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010
Kuala Lumpur International Book Fair
Tarikh : 19 – 28 Mac 2010
Tempat : PWTC Kuala Lumpur
Masa : Isnin – Khamis (10.00 pagi – 8.00 malam) – Jumaat – Ahad (10.00 pagi – 9.00 malam)
Maklumat lanjut sila ke : http://www.kualalumpurbookfair.com
Jumpa disana! .
Karnival Karangkraf 2010 ( 29 Jan – 1 Feb)
Pada tahun lepas, Karnival ini di panggil Karnival Mini. Namun atas sambutan yang menggalakkan, pada tahun ini karangkraf membuatnya lebih besar!. (Klik untuk besarkan gambar)
Berikut adalah peta dalaman susun atur booth, carilah booth pilihan anda!.
Turut sama dalam Karnival ini tentunya beberapa syarikat besar dalam Kumpulan Karangkraf, iaitu :
Karangkraf (majalah-majalah), Akhbar Sinar Harian, Alaf 21, Ultimate Print, Buku Prima dan beberapa lagi!
Datanglah beramai-ramai!
BookFest@Malaysia 2009
Acara ini di anjurkan oleh Gempakstarz /Art Square Creation:
Tarikh : Sabtu 22 Ogos 2009 – Isnin 31 Ogos 2009
Tempat : Kuala Lumpur Convention Centre KLCCJangan lepaskan peluang menghadiri ‘BOOKFEST @ MALAYSIA 2009′ yang akan berlangsung selama 10 hari pada Ogos 2009! Luangkan masa korang untuk menyertai aktiviti-aktiviti menarik bersama GEMPAK STARZ cam beramah mesra dengan artis komik, Keith & Kaoru gak rebut peluang memenuhkan almari korang dengan novel grafik feveret ramai!
Pautan:
http://www.facebook.com/event.php?eid=154565137288&ref=nf
http://www.gempakstarz.com/v2009/events.php
http://www.pergh.com/forum/index.php/topic,13723.0.html
*Pastikan datang dengan memakai topeng muka ya!
Pesta Buku Negeri Selangor, 25 Julai – 3 Ogos 2009
Pesta Buku Negeri Selangor,
Pesta Buku Negeri Terbesar Malaysia.

Tempat : Kompleks PKNS, Shah Alam
Tarikh : 24 Julai – 3 Ogos 2009
Jam : 10 pagi – 9 malam.
Datanglah beramai-ramai!..
Dah dah!.. cukup2 la main game dan internet tuh, sekali sekala pergi la membeli buku.
Maklumat lanjut : www.pestabukuselangor.com
Mini Karnival Karangkraf 2009
Mini Karnival Karangkraf 2009
27 Februari hingga 1 Mac 2009
Buat julung-julung kalinya Kumpulan Karangkraf mengadakan Mini Karnival di premis mereka di Seksyen 15 Shah Alam. Kumpulan Karangkraf merupakan syarikat penerbitan terbesar Malaysia yang mempunyai 29 majalah terbitan juga turut menaungi beberapa jenama besar lain seperti Alaf 21, Karya Bestari, Buku Prima, Ultimate Print, dan Akhbar Sinar Harian.
Lihat gambar-gambar poster dan brochure dibawah untuk makluman lanjut:
*klik untuk besarkan

Peta lokasi dan senarai acara.



Datanglah beramai-ramai!
Review : Geng Pengembaraan Bermula bersama Upin dan Ipin.
Pada 13 Januari lalu, saya berpeluang menonton screening filem Geng Pengembaraan Bermula yang turut dibintangi Upin & Ipin yang comel itu. Bertempat di panggung Cathay Cinileisure, Damansara. Terimakasih Les’ Copaque Production terutama kepada Zarin (atau dikenali sebagai mediahorizon yang juga salah seorang ahli pergh.
)

Upin & Ipin adalah watak popular yang tidak perlu di perkenalkan lagi. Bahkan merupakan satu ikon kejayaan industri animasi 3D tempatan. Kecomelan dan kenakalan mereka, kepetahan berbicara dua beradik kembar ini boleh saya katakan sebagai satu fenomena baru dalam dunia animasi Malaysia. Tambahan pula dengan tagline trademark popular mereka iaitu “Betul betul betul!” atau pengulangan 1 perkataan sebanyak 3 kali berturutan dengan intonasi yang sama. Selain itu, lambang kejayaan siri Upin dan Ipin antaranya ialah ia telah di-pirate-kan merata-rata!. Hatta ke pelusuk kampung dan felda!. Selain itu ringtone ‘betul betul betul’ nya juga selalu didengari.
Memandang dari sudut › Continue reading
Komikoo : Komik Malaysia Yang Baru!
Dalam dunia kegersangan komik malaysia lewat ini, muncullah Komikoo – Bukan komik main-main!. Harap benarlah kata slogan itu hingga lewat abad ini setidak-tidaknya. ![]()

Membariskan beberapa nama besar dan bukan calang-calang orang seperti Adijin , Aedes , Otai Baba Chuah , Kromosom , Nazim Masnawi (ah! baca ajelah nama kat cover tuh!). Pastinya berbaloi untuk dimiliki! Soal harga? Tolak ketepi! RM10 pun masih tetap berbaloi, persetankan soal komik2 luar yang lebih murah itu.
Siapa lagi yang lebih mengambil berat tentang ‘Perjuangan Ini’ jika bukan kita?
(eleh.. RM10 tuh beli topup bleh habis semalaman jer gayut ngan awek yang belum tentu jadi bini)..
Apa kata korang tinjau2 blog diorang kat sini! : Blog Komikoo
Dan baca juga pendapat-pendapat para juri profesional tentang komik Komikoo kat Pergh Forum. (Oh! , diorang pun kutuk kritik sama sendiri tau, janji maju!)
Komik Powder Oleh Ben
Aku secara peribadinya kadang-kadang suka juga membaca karya ben. Bekas kartunis (atau komikus atau comic artist?)Â Gempak ini kini telah membawa haluan sendiri dan mencabar diri dengan menerbitkan komiknya sendiri. Powder? Bedak? atau tepung? ok ok, tepung is flour hehe.

Kelihatan komik ini lebih feminin, bersifat ala ‘Shojo’ Jump iaitu lawan kepada Shonen Jump. Satu percubaan yang mungkin boleh dikirakan baik dan dalam niche yang tersendiri. Apa2 pun, semoga berjaya Ben!.
Kuala Lumpur International Book Fair 2007
Pesta Buku AntaraBangsa Malaysia 2007.
(Kuala Lumpur International Book Fair 2007)
26 April – 6 May 2007
Putra World Trade Centre (PWTC) Kuala Lumpur.
KLIB 2007 has something for everyone involved in the book industry. A full range of products and services, educational programmes, and networking opportunities make this a must attend event! Every aspect of the fair is designed to provide resources and information to help publishers compete and succeed in today’s changing book industry. If you are in the book publishing industry, KLIB 2007 is the industry’s event where you can experience the entire scope of book publishing from Malaysia and the world – all in one place, all at one time.
New to KLIB 2007 web site is the online e-catalogue, which highlights the latest books and bestsellers by our Malaysian publishers and the world. It also includes a feast of books, periodicals and educational materials by university presses and government departments. For the public, experience a rich catalogue of bestsellers and new releases.
It is our utmost pleasure to cordially invite you to join us at the 26th KLIB 2007.
Diambil dari dan info selanjutnya di :
http://www.klibf.com/main.jsp?PAGEID=klibf_home
Rata-rata ahli pergh adalah khalayak yang boleh dikatakan agak rajin membaca buku
. Sebagai sokongan juga kepada segala acara yang berkaitan buku di Malaysia maka saya mengambil inisiatif mewar-warkan Pesta Buku ini.
Selain itu juga, saudara Alifstyle iaitu salah seorang team Pergh yang kini berkerja di PTS (salah sebuah syarikat penerbitan Bumiputera yang semakin berkembang) turut memberitahu ada tawaran untuk pihak Pergh.com membuat sebarang persembahan percuma di pesta buku tersebut. Lihat topik di forum: Pergh dijemput buat persembahan percuma di PWTC . Perkara tersebut masih dalam perbincangan, dan rata-ratanya mengalami kesukaran kerana waktu ditawarkan adalah pada hari bekerja.
Dikesempatan ini, saya selaku seorang yang selalu berterus terang dalam menyampaikan pendapat ingin melahirkan buah fikiran saya tentang KLIBF ini. (Entry ini adalah panjang)
Bagi saya, kempen menggalakkan rakyat Malaysia membaca selalunya TIDAK DIAMBIL PERHATIAN YANG SEPATUTNYA. › Continue reading



