Bawang Merah Bawang Putih Malaysia oleh Glue Studio!

Posted by on Monday, February 27th, 2012. Filed under category Animasi Malaysia, Review, Video. Tags: , , , , ,

Bawang Putih Bawang Merah (BMBP), tak perlu diperkenalkan lagi. Cerita Rakyat yang sejak sekian lama wujud di bumi Malaysia ini kini mendapat sentuhan baru dalam bentuk Animasi. Walaupun sebelum ini pernah ada animasi Putih, tapi saya tak menganggap ianya cukup baik, bahkan menghampiri tahap gagal.

Jika versi filemnya, sudah ada 2 iaitu filem asal yang popular pada tahun 1959 yang dibintangi oleh Latifah Omar, Umi Kalthom juga (Dato’) Mustapha Maarof yang kerapkali disiarkan di TV. Ada juga versi tahun 1986 sebagai remake (? aku pun tak tahu versi yang mana)

Apa-apapun versi dramanya tak perlulah dihebohkan, kerana tiada versi drama terbitan Malaysia tetapi sebaliknya versi sinetron dari seberang yang penuh dengan elemen hasad dengki, juga penuh moral tidak baik didalamnya. (Oh! Nia Ramadhani hot! tetap aku minat. ah.. tapi dia sudah kahwin pula haha)

Kini, versi animasi yang lebih mengujakan telah dibawakan kepada anda oleh GlueStudio. [www.gluestudios.my]. Gluestudio ini telah memenangi tempat pertama dalam Malaysia’s 13th TBS DigiCon6 dan baru juga telah memperolehi geran MSC Malaysia IP Creators Challenge 2011 untuk animasi Rimba Racer [check pos pergh untuk IPCC].

Walaupun cerita BMBP ini adalah klise, tipikal, dah semua orang tahu jalan ceritanya. Kali ini lebih ditumpukan kepada persembahan animasinya yang saya kirakan berisi dan berorientasi elemen lokal tetapi untuk pasaran global.

Elemen batik? Menarik! Digarap dalam intro yang lebih bersifat Motion Graphic berbanding animasi (saya rasa pakai Adobe After Effect hehehe).

Dan apa-apapun, banyak juga ubahan dilakukan mungkin dengan sebab tersendiri. Sesungguhnya ikan kaloi sebenarnya takdelah secomel dan berbentuk seperti ini.

Ikan Emas?

Wajah-wajah penjahat lazim.

Pokok beringin ini betul pula. :D

Bawang Putih in action!

Dan seperti biasa, happy ending akhirannya… Happily ever after. :)

Dari video teaser ini, kelihatannya masih belum siap sepenuhnya. Kita tunggulah sampai saatnya.

Dan semua gambar diatas adalah daripada video ini. Enjoy!!!

Mystic suka komen : Aku rasa, mimik muka dan emosi agak longgar. Tak cukup kuat. Mungkin kerana dah terbiasa lihat upin ipin dan boboiboy yang lebih punyai UMMMPH! dalam mimik muka dan expressi emosi, jadi terasa sedikit kurang dalam video preview ini. Tapi harap2 hasilan akhir nanti cemerlang lah!





2 Comments to Bawang Merah Bawang Putih Malaysia oleh Glue Studio!

Hyur
February 29, 2012

Awesome as hell!! Well done, production team.

“sudah ada 2 iaitu filem asal yang popular pada tahun 1959 yang dibintangi oleh Latifah Omar, Umi Kalthom juga (Dato’) Mustapha Maarof yang kerapkali disiarkan di TV. Ada juga versi tahun 1986 sebagai remake”

Jngn lupa versi animasi 2D ‘Putih’. Leydi & the geng ada terlibat tak silap. Pelakon suara Erra Fazira. Hahaaa..

hkm
March 6, 2012

Suka penggunaan pattern dengan warna flat yang ada dalam animasi ni.Animasi stail 2.5D pun nampak menarik.Stail yang tersendiri.

Dari segi visualnya puas; beberapa part lighting dia cantik,dan scene secara keseluruhan memang masuk.Dari segi animasi,ada ruang untuk improvement.

Good job gluestudios!

  • Categories

  • Tags

  • Statistics

  • Archives