Archive for February, 2009
Mini Karnival Karangkraf 2009
Mini Karnival Karangkraf 2009
27 Februari hingga 1 Mac 2009
Buat julung-julung kalinya Kumpulan Karangkraf mengadakan Mini Karnival di premis mereka di Seksyen 15 Shah Alam. Kumpulan Karangkraf merupakan syarikat penerbitan terbesar Malaysia yang mempunyai 29 majalah terbitan juga turut menaungi beberapa jenama besar lain seperti Alaf 21, Karya Bestari, Buku Prima, Ultimate Print, dan Akhbar Sinar Harian.
Lihat gambar-gambar poster dan brochure dibawah untuk makluman lanjut:
*klik untuk besarkan

Peta lokasi dan senarai acara.



Datanglah beramai-ramai!
Forum terpaksa ditutup. (update 4)
Saya perlu melakukan beberapa siasatan lebih terperinci dan dalam, load server ini terlampau tinggi dan tidak menentu masanya. Setelah pelbagai cara dilakukan, seakan-akan tidak memberi kesan langsung. Ia tetap terlalu tinggi sehingga memori server habis!. (Out of memory)
Ini menjadikan server tersebut ‘hang’. Sana seperti CPU komputer anda juga, apa yang boleh dibuat selalunya adalah ‘restart’. Lagi,lagi dan lagi.
Sekiranya dilakukan banyak kali, maka anda juga tahu ia bukan hal yang baik. PC anda boleh rosak sistemnya, dan yang lebih teruk boleh rosak hardwarenya. Maka perkara yang sama juga boleh berlaku kepada server ini.
Apa yang anda juga tidak nampak ialah saya dan admin server ini ( Amran ) telah mencuba bermacam2 method. Dari meng-optimize punca-punca yang mungkin menyebabkan load tinggi. Menginstall cake php on server, mendisablekan beberapa function yang tidak perlu. Mengupdate kernel, whm, php & apache, software2 dan sebagainya perkara teknikal yang susah nak dijelaskan sudah tungkus lumus guling golek bagai.
Tiap2 kali terpaksa restart, 90% kebarangkalian database ada kerosakkan. Dan saya terpaksa check error2 yang keluar. Ada yang boleh direpair begitu saja, ada yang terpaksa check 1 demi 1. Ada yang kene taip command code. Ada juga yang merisaukan adalah jika ia tidak boleh dibaiki atau error semasa cubaan membaikpulih.
Saya sendiri ada masanya sudah merasa… lelah dan …. Saya percaya, ada yang marah, kecewa, frust, terkilan, tak puas hati bahkan ada yang mengata-ngata secara tak sedar ie : apalah, server asyik down aje. Apelah, tak boleh akses, apalah itu dan ini. Apa yang saya mampu buat? Entah…
Traffic ke web ini sudah cecah ribuan orang sehari, hitsnya pula sangatlah tinggi hingga ribu-ribu-ribu, mungkin setiap orang membuka 100 page sehari atau lebih. Memang saya sukakan traffic yang tinggi dan user yang bertambah tapi…
Apakah web ini perlu diupgrade ke dedicated server?… Kalau ikutkan, memang itulah yang sepatutnya.
Terima Kasih atas semua…
*****
Tiba2 Update 3 jer.
Siasatan dilakukan, ada kebarangkalian besar ada serangan D.d.o.s A.t.t.a.c.k. Pihak jaring sedang melakukan siasatan.
Buat pengetahuan anda juga… server p.u.t.e.r.a.com juga tlah kene attack yang teruk sebelum ini. Sehingga sekarang, masalahnya juga belum selesai.
*****
Update 4.
Malam tadi, 1 IP disyaki punca sebahagian attack telah diblock oleh pihak jaring. Pemantauan masih dilakukan kerana, walaupun forum telah ditutup sementara ini. Tiba-tiba ujud banyak akses atau dipanggil ‘traffic spike’. Ia tidak hanya menyerang pergh tetapi ibarat menyerang IP dan DNS. Perlu dikenalpasti samada ‘true traffic’ or something else. Not an easy task btw.
Review : Geng Pengembaraan Bermula bersama Upin dan Ipin.
Pada 13 Januari lalu, saya berpeluang menonton screening filem Geng Pengembaraan Bermula yang turut dibintangi Upin & Ipin yang comel itu. Bertempat di panggung Cathay Cinileisure, Damansara. Terimakasih Les’ Copaque Production terutama kepada Zarin (atau dikenali sebagai mediahorizon yang juga salah seorang ahli pergh.
)

Upin & Ipin adalah watak popular yang tidak perlu di perkenalkan lagi. Bahkan merupakan satu ikon kejayaan industri animasi 3D tempatan. Kecomelan dan kenakalan mereka, kepetahan berbicara dua beradik kembar ini boleh saya katakan sebagai satu fenomena baru dalam dunia animasi Malaysia. Tambahan pula dengan tagline trademark popular mereka iaitu “Betul betul betul!” atau pengulangan 1 perkataan sebanyak 3 kali berturutan dengan intonasi yang sama. Selain itu, lambang kejayaan siri Upin dan Ipin antaranya ialah ia telah di-pirate-kan merata-rata!. Hatta ke pelusuk kampung dan felda!. Selain itu ringtone ‘betul betul betul’ nya juga selalu didengari.
Memandang dari sudut › Continue reading