Archive for July, 2008
Update : Server Sudah Siap
Yay! Server baru sudah siap. (sudah test malam tadi
)
Cuma tinggal beberapa langkah lain seperti 2 DNS baru untuk server tersebut. (Ya.. ada harga yang perlu dibayar juga). Kini proses seterusnya ialah membuat beberapa percubaan terlebih dahulu sebelum melakukan pemindahan keseluruhan.Dibantu oleh pihak penyedia server (kenalan saya) yang baik hati.
. Walaupun begitu, tetap ada masalah-masalah luar jangka.
Semasa saya mencuba-cuba. Didapati server baru ini jauh lebih pantas dari server lama. Selain itu, ia lebih besar, lapang dan luas (buat masa sekarang). Lebih bebas dan lebih segalanya dan tentunya lebih jugalah kosnya. Apa-apapun, banyak jua yang sedang dirancang yang boleh dibuat diserver baru ini.
Sekarang… Saya mencari masa terbaik didalam kesibukkan ini untuk membuat kerja-kerja tersebut, malangnya keterbatasan waktu dengan segala bagai kerja, amat menggusarkan. Entah yang mana hendak dibuat dahulu. Jadi saya tidak terlalu mengharap proses pemindahan ini dapat dilakukan dalam tempoh yang terdekat. Sehabis awal pun minggu hadapan.
Oh Ya… Untuk yang berminat, berniat, simpati atau apa sekali pun sebabnya.. ikhlas mahu menyumbang untuk mengurangkan beban awalan ini . Bolehlah berbuat demikian:
Ini no. akaun Maybank saya :
106110014363 Muhamad Nizam Bin Ahamad
email : nizam.ahamad[-at-]gmail.com
Sekian terima kasih.
Nizam Ahamad.
www.NizamAhamad.com
Forum Ditutup Sehingga Diberitahu.
Forum Pergh dan Web ini sudah sampai ke tahap berikut, satu anjakkan ketahap yang jauh lebih tinggi dari segala tahap tinggi yang biasa diperlukan. Berikutan beberapa masalah lazim sesebuah web yang semakin membesar dari hari ke hari, maka mahu tidak mahu perkara seperti ini pasti berlaku.
Pergh sudah tidak layak berada di shared hosting service, walaupun shared hosting tahap tertinggi. Ia akan ke VPS atau Semi Dedicated atau Dedicated server. Dipindahkan sebahagian atau sepenuhnya belum dipastikan.
Untuk update terkini, ahli2 boleh dapatkan maklumat di web saya (mysticmind) selaku Founder Pergh.com di NizamAhamad.com atau juga di group Pergh @ Facebook .
Proses-proses ini mungkin memakan masa yang lama, telahan pula database forum pergh sahaja bukan sembarangan database. Dengan saiz yang sebegitu besar, dengan line streamyx berkelajuan hanya 1MB, apalah sangat yang boleh saya harapkan. Mustahil untuk disiapkan dalam tempoh semalaman.
Bermain dengan database dan pemindahan juga kerapkali berkaitan dengan masalah-masalah error. Kesilapan boleh berlaku dimana-mana. Samada semasa upload, semasa memasukkan data kedalam database server baru. Mahupun kesilapan kecil yang boleh menjejaskan.
Oh, tidak lupa juga… attachment yang ada mungkin mencecah berpuluh2 Gigabytes! (saya tidak pernah periksa itu, tapi yang pasti ianya jauh lebih besar saiznya). Sesetengah orang mungkin berfikir dan berkata…
“Ko delete dan buang jer file-file attachment lama dan database lama tu, amik user jer”.
Sorry, maaf, sejak pergh.com ini wujud dari 1957 2001 , tidak ada pun data mahupun attachment dibuang begitu sahaja… kerana pepatah Pergh! ada mengatakan :
“Every single post, is a Pergh Treasure!”.
“Setiap satu pos mesej, adalah Khazanah Berharga Pergh!”
Yang Benar,
Nizam Ahamad a.k.a Mysticmind
http://www.nizamahamad.com
*korang masih boleh komen di bawah sini.