Pergh.com : Malaysia’s Premier Artist Community. Comics And Cartoons, Digital and Conventional Arts, Graphics and Animations, Many More!


Battle CRB? Advertising Pergh My Ride Zenpipe Hosting


10 Nov 2007

Unit Komik PTS Milenia

Masih minat buat komik? Apa masih ada peluang? Apa masih ada penerbit?
Jawapannya… SUDAH TENTU!!!

PTS logoSebelum ini ramai peminat komik negara tertanya-tanya mengenai status Komik Malaysia di PTS Millennia Sdn Bhd. Ramai yang membuat pelbagai tanggapan. Ada yang positif dan ada yang negatif. Ada yang mengatakan Komik Malaysia dibatalkan, ada yang kata tidak mungkin wujud unit komik di PTS Millennia dan pelbagai lagi.

Pada hari ini saya dengan rasminya mengumumkan penubuhan unit Komik Malaysia di PTS Millennia Sdn Bhd. Unit ini diletakkan di bawah editor berpengalaman iaitu saudara Wan Zuhairi Wan Zainuddin , seorang individu yang terkenal dalam mewujudkan…

- Petikan diatas dari web PTS  (tapi web mereka sedang di naik taraf ) Jadi saya tak tahu mana duduknya pos asal. Jadi anda boleh baca di topik ini :  PTS Millenia unit komik is official! - Di beritahu oleh Encik Azhar Tuan Presiden Pekomik

Updated! : 24 November 2007. Jam 10.30 pagi.  Meeting di Pejabat PTS Wangsa Melawati. [Baca selanjutnya di sini dan peta lokasi]

Comments (0) + Kategori: Cartoons And Comics, Events, Komik Malaysia + Oleh: webmaster @ 12:21 pm
.
2 Nov 2007

Komikoo : Komik Malaysia Yang Baru!

Dalam dunia kegersangan komik malaysia lewat ini, muncullah Komikoo - Bukan komik main-main!. Harap benarlah kata slogan itu hingga lewat abad ini setidak-tidaknya. :D
Komikoo - Komik Malaysia
Membariskan beberapa nama besar dan bukan calang-calang orang seperti Adijin , Aedes , Otai Baba Chuah , Kromosom , Nazim Masnawi (ah! baca ajelah nama kat cover tuh!). Pastinya berbaloi untuk dimiliki! Soal harga? Tolak ketepi! RM10 pun masih tetap berbaloi, persetankan soal komik2 luar yang lebih murah itu.

Siapa lagi yang lebih mengambil berat tentang ‘Perjuangan Ini’ jika bukan kita?
(eleh.. RM10 tuh beli topup bleh habis semalaman jer gayut ngan awek yang belum tentu jadi bini)..

Apa kata korang tinjau2 blog diorang kat sini! : Blog Komikoo
Dan baca juga pendapat-pendapat para juri profesional tentang komik Komikoo kat Pergh Forum. (Oh! , diorang pun kutuk kritik sama sendiri tau, janji maju!)

Comments (3) + Kategori: Books, Cartoons And Comics, Komik Malaysia + Oleh: webmaster @ 11:22 am





This theme named "Seceria Warna Kasihku Padamu?".
Theme totally designed and coded by Nizam Ahamad a.k.a Mysticmind.
Those claimed himself as The Most 'Street Smart' Person in Malaysia
Powered by Superb Powerfull PHP Script on The World : WordPress
19 queries. 0.221 seconds.