022: Solid Snake (Metal Gear Solid)

Posted by on Monday, February 20th, 2012. Filed under category Pergh CRB. Tags: , , , , , ,

022-original

Bagi peminat-peminat game Metal Gear Solid di konsol PS3, watak Solid Snake ini sudah pasti tidak asing lagi. Watak ini diperkenalkan pada tahun 1987 adalah kombinasi perisik, gerak khas dan mersenari yang bertugas untuk Foxhound, dan kemudiannya Philanthropy di dalam edisi game yang seterusnya. Watak ini begitu ikonik di kalangan gamers, walaupun ada yang mengakui tidak pernah melayan game-game MGS. Pertandingan kali ini cuba meneroka idea-idea baru dalam merekabentuk semula watak terkemuka ini.

Sayembara ini telah berlangsung dari 5 Januari hingga 12 Januari 2008.

Pemenang Utama: The Legend of Solid Snake oleh popiaman

022-winner-popiaman

Tengok betul-betul. Jangan dok terkebil-kebil. Ya, karya ini terlalu hebat sampai ramai yang merasa tak perlu diundi lagi. Dengan aksi dan cerita yang sarat, perincian yang halus dan teliti, teknik catan yang pseudo-realistik, komposisi yang dinamik dan berfokus meluas, popiaman membelasah semua penyertaan-penyertaan lain sehingga ramai yang balik menangis.

Pilihan Editor: Desert Snake oleh bohrtaag

022-bohrtaag

Di dalam karya ini, bohrtaag cuba menggambarkan Solid Snake dalam kamoflaj padang pasir. Teknik yang digunakan mudah, sesuai dengan gaya manga-bersadur-kartun yang semakin menjadi identiti bohrtaag. Cuma kali ini bohrtaag menggunakan tekstur tambahan yang dapat dilihat pada permukaan kamoflaj Desert Snake ini, menambahkan lagi depth dan menguatkan lagi penyampaian ceritanya.

Pilihan Editor: Ketua Pengakap Slim Shady Snake oleh hamzi

022-hamzi

Kali ini hamzi membuat satu eksplorasi terhadap teknik-teknik yang pernah dia gunakan sebelum ini. Ketua Pengakapnya tidak memerlukan pose yang penuh aksi, hanya perlu gaya yang tenang. Kekuatan karya ini sebenarnya bukanlah terletak pada wataknya, tetapi keberanian hamzi menjukstaposisikan ketelitian wataknya dengan warna putih yang menjadi latar belakang. Kita dapat lihat bagaimana cahaya putih itu melimpah ke atas watak Ketua Pengakap ini, menjadikannya begitu hening dan tenang.

Pilihan Editor: Ultimate Snake Plastesin Snake oleh Kimball

022-kimball

Kalau peserta-peserta lain sibuk menghasilkan karya dalam bentuk painting, Kimball membawa pertandingan ini ke satu media yang lebih maju – skulptor! Walaupun hanya menghasilkan bust, namun ukirannya yang halus dan terperinci cukup untuk menundukkan petanding-petanding yang lain. Mungkin Kimball patut menghantar skulptor ini untuk dihasilkan menggunakan tembaga atau logam-logam lain!

Pilihan Editor: Twin Snake – Gotcha! oleh little_z3dD

022-littlezedd

little_z3dD memberikan antara persembahannya yang terbaik setakat ini, dan hanya tewas tipis kepada karya unggul popiaman. Komposisinya agak konservatif, dengan paparan foreground, middleground dan background yang jelas. Tetapi ia berjaya menimbulkan efek yang dinamik, terutama apabila subjek-subjeknya disusun off-center dan tidak tertakluk kepada paksi yang skema.

37 penyertaan keseluruhan: d4z (5), aoisora119 (2), t a n g h, azharmaa, Navigator(r) (2), deGeng, yanjymz (4), shahrulyusof, popiaman, ICeSoul, Sayahan, buckethead(2), katon_aqhari, Billy_Zee, hkm (2), little_z3dD, kimball, hamzi, Prem_Chopra (2), shiori_LA, Skynet (2), tarakucha, invictus, bohrtaag, azarimy, sapot_poleng dan irkusydamha.

Untuk melihat semua penyertaan: Topik Undian 022 Kumpulan 1, Topik Undian 022 Kumpulan 2





3 Comments to 022: Solid Snake (Metal Gear Solid)

peminat setia lagi
May 20, 2008

mana komentar yg lain ni? meh la letak komen kasi meriah skit..geng admin..kata nak letak shoutbox..ni rasa nak mengamuk nih. kekeke.

azarimy
May 20, 2008

sabar bang, sabar. tukang bikin shoutbox belum datang lagi… ๐Ÿ˜€

akan disegerakan, insyaallah.

bohrtaag
May 21, 2008

“dengan gaya manga-bersadur-kartun yang semakin menjadi identiti bohrtaag”

wahh! like, finally! lama gila aku struggle nk develop stail sindri (obviously it’s still on-going) good to see it’s getting there ๐Ÿ™‚
+++

mistik, bg img dlm page ni x betul. aku rasa aku lupa nk kasi kt ko aritu, ataupun aku x de buat. maybe ganti je la “kubrickbgwide.jpg” ni dgn “kubrickbg-ltr.jpg” yg ada skang ni. tengs..! mistik hebat + genius! ๐Ÿ˜€

oh, dan aku rasa txt highlighting dlm forum ni sgt cool! txt tukar kaler, tp x de tukar kaler bg.

  • Categories

  • Tags

  • Statistics

  • Archives