Advertising

Harga baru 2010 bagi pengiklanan di pergh.com
*update April 2010.

Berikutan trafik semakin tinggi iaitu meningkat lebih 1 kali ganda berbanding tahun 2009 dan juga tahap kualiti isi web ini serta pengunjungnya yang berkategori Pelajar, Professional, Penggiat Industri dan Individu yang mempunyai Kuasa Beli yang tinggi (purchasing power ). Maka harga-harga pengiklanan juga perlu disesuaikan kembali.

Banner pengiklanan yang ditawarkan buat masa ini hanyalah :
A – Banner bersaiz 117 X 60pxl.
B – Custom banner.
C – PR Editorial Support Content / Advertorial Bertulis.

Kesemua banner ini akan dipaparkan di laman utama ini, juga di laman forum pada kedudukan strategik iaitu ‘eye level’ dan ‘hot spot’ supaya mendapat ‘click thru’ yang lebih baik.  Walaupun begitu ia bergantung kepada tahap kreatif banner itu sendiri. Caj tambahan akan dikenakan jika mahu pihak pergh.com merekabentuknya, namun tiada jaminan atas ‘click thru’ yang tinggi di tawarkan. Manakala bagi Iklan C, ia akan dimasukkan ke muka hadapan dan room utama forum, gambar dan url sasaran boleh disertakan.

Iklan A
Harga dan pengiraan mudah seperti berikut:
RM 2 sehari.
RM 50 sebulan. (jimat +- RM10)
RM 140 per 3 month (jimat +- RM 40)!
Ruang iklan ini adalah berdasarkan ‘first come first serve basis’. Iaitu berdasarkan giliran.

Iklan B & C
Bagi banner ‘custom’. Harga adalah berdasarkan ‘special deal’ sahaja. Dalam masa terdekat ini juga, pembelian iklan custom atau premium ini boleh dibeli melalui ejen yang dilantik khusus (akan diumumkan dalam masa terdekat) oleh pihak Pergh.com.  Selain itu, hak menjual iklan dari pihak pemilik pergh.com sendiri.  Bagi iklan bertulis atau advertorial (Iklan C) pula, isi atau teks (write-up), hendaklah pihak pengiklan sendiri sediakan. Sekiranya mahu pihak pergh.com mengarangnya untuk anda, caj tambahan berasingan akan dikenakan.

Statistik dan Tracker
Kesemua pelanggan (client) pengiklanan akan diberikan 1 login ID dan password untuk akses bagi melihat statistik seperti Impression, Clicks, Conversion (banner) dan sebagainya melalui sistem pengiklanan cemerlang dengan OPEN-X di sub-site pergh.com iaitu http://ads.pergh.net . Pelanggan juga boleh menukar banner iklan sendiri contohnya seminggu sekali dan sebagainya melalui sistem tersebut.

Anti Scam.
Iklan-iklan skim cepat kaya, atau ada ciri-ciri penipuan (scam) dan yang dirasakan tidak sesuai akan ditolak oleh pihak pergh.com untuk menjamin tahap dan kualiti web ini terjaga.

Pembayaran di terima melalui :

1 – CIMB and Paypal. (online)
2 – Cek atas nama PERGH ENTERPRISE

Data-data trafik secara detail hanya diberikan kepada pelanggan yang benar-benar berminat sahaja.

Harap Maklum.

Hubungi Webmaster Untuk Keterangan Lanjut!

 

 

Pergh! | Lukis, Komik, Kartun, Animasi, Games Malaysia

All information and content contained in this website are provided solely for general information and reference purposes.

By browsing this web you agree to our privacy policy.

© 2001 - 2019 All Right Reserved by Vasqtech Network Malaysia