2019 – Resurrection Process Begin!

17 Jan 2019 News 5,208 views

Maaf kerana lama mengabaikan laman web ini. Hidup ‘admin’ ini turun naik, (banyak yang turun dari yang naik sebenarnya). Lagipun di zaman media sosial berleluasa ini, sistem forum sudah ketinggalan di belakang. Pernah suatu ketika admin cuma fikirkan untuk menutup dan membuang sahaja domain dan juga isi-isi yang ada. Ah, bila difikirkan kembali, alangkah membazir pula kerana banyak juga data-data bahkan ilmu tinggalan rakan-rakan admin di dalam laman forum kami yang sebenarnya boleh dikatakan sebagai satu sejarah Malaysia.

Bukan nak mendabik dada tapi kami dengan yakin mampu mencanangkan bahawa forum ini antara yang terpahat dalam sejarah Malaysia secara tidak rasmi sebagai medium penting suatu masa dahulu. Sebut sahaja dalam bidang-bidang seperti kartun, komik, animasi, lukisan, penulisan, grafik, multimedia, bahkan banyak lagi cabang kreatif yang lain-lain yang terlalu banyak untuk disenaraikan. Forum yang mana merupakan ‘meeting point’ atau ‘melting pot’ komuniti ini di Malaysia sebelum zaman social media mengambil alih. Mengetemukan kami semua secara maya seterusnya berjumpa di alam sebenar. Forum pergh.com ini dalam sedar tidak sedar wujudnya kini hampir 2 dekad! (0_0). Pelbagai ragam suka dan duka, manis, pahit maung telah dilalui.

2019 ini, admin berazam untuk mengemaskini laman web ini secara total. Mahu tahu apa yang ada pada data di web dan forum ini? Admin bagi secara gambaran kasarnya seperti berikut. Ahli keseluruhan bagi sistem forum sahaja mencecah 35,000 orang. Topik dan pos yang dibincangkan pula mencecah sebanyak 410,000. Sejujurnya admin tidak terlalu memikirkan tentang ahli yang masih aktif ataupun sudah hilang ataupun sebagainya. Sebaliknya sesuatu data, tidak kira lama atau baru, tidak kira masih sah atau tidak, ia tetap mempunyai nilainya tersendiri bukan?. Ah.. walaupun ia mungkin sekadar catatan kehidupan seharian kami sahaja. :p

35,000 orang ahli, dengan hampir setengah juta pos akan admin gabungkan menjadi satu ‘content’ yang mungkin menjadikan web ini mega!. Proses ini tidak mudah dan sangat memakan masa. Admin akan update dari masa ke semasa. Bahkan admin akan berusaha secara konsisten membuat web atau portal ini kembali dikenali atau setidak-tidaknya pernah didengari oleh generasi zaman baru ini.

Nantikan update dari admin dari masa ke semasa. Boleh tahan juga berpeluh nak buat data convert dan migrate dari satu sistem ke sistem yang lain ni. Wish me luck.

Chaos!

– Nizam A.

 

 

No comments yet.

Post a comment?

Pergh! | Lukis, Komik, Kartun, Animasi, Games Malaysia

All information and content contained in this website are provided solely for general information and reference purposes.

By browsing this web you agree to our privacy policy.

© 2001 - 2019 All Right Reserved by Vasqtech Network Malaysia